Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Informasi. Papar semua catatan

Selasa, 6 Ogos 2013

Roh Yang Kembali Di Bulan Ramadhan?

Assalamualaikum

Entri kali ni sekadar nak berkongsi satu artikel tentang Roh yang kembali di bulan Ramadhan. Tahukah korang bahawa apabila tiba bulan Ramadhan semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T. untuk kembali ke bumi?


Isnin, 22 Julai 2013

Apakah Formula Untuk Mencari Prospek?

Assalamualaikum


Prospek? Apakah itu prospek? Senang cerita prospek ni kira bakal pelanggan yang kita nak cari la. Korang kalau berniaga mesti ambil tahu tentang prospek ni. Setiap sesuatu perniagaan mempunyai ciri dan jenis prospek yang berbeza.


Selasa, 9 Julai 2013

Takwim Ramadhan 1434 Hijrah/2013 Masihi

Assalamualaikum

Sekadar nak berkongsi jadual waktu berbuka puasa dan waktu imsak bulan Ramadhan 1434 Hijrah/2013 Masihi. Semoga takwim Ramadhan 1434 Hijrah/2013 Masihi ni dapat memudahkan kita merancang waktu untuk berbuka puasa dan bersahur. Sekian, wassalam.




Isnin, 10 Jun 2013

Mengapa simpanan untuk persaraan perlu mula dari usia muda?

Assalamualaikum

Simpanan untuk persaraan? Bagi segelintir anak muda macam aku ni mungkin tak berapa nak kisah sangat kan? Umur 30 tahun pun belum masuk lagi. Apa nak sibuk sangat pasal simpanan untuk persaraan betul tak? Hurm. Dulu memang aku fikir macam tu. Tapi sejak aku mula aktif dalam kerjaya sebagai perunding kewangan ni bagi aku perancangan simpanan untuk persaraan harus bermula dari usia muda yakni sekarang!


Mengapa simpanan untuk persaraan ni harus bermula dari usia muda? Sebelum tu aku nak berkongsi kisah keluhan seorang pakcik semasa aktiviti aku dengan business partner buka kaunter jualan di sebuah pejabat kerajaan minggu lepas. Pakcik ni mengakui dia menyesal kerana tidak mulakan langkah merancang simpanan untuk persaraan dari usia muda lagi. Kini dia dah berusia 58 tahun dan masih lagi bekerja akibat bebanan hutang.

Jumaat, 30 Disember 2011

Kisah Bermulanya Anak Tarzan

Assalamualaikum

Sekadar renungan bersama.. Ini la hakikat yang sering terjadi dalam masyarakat kita..


Sabtu, 22 Oktober 2011

Fesyen Tudung Menyerupai Rahib Kristian?

Assalamualaikum


Macam-macam fesyen tudung aih yang ada kat pasaran sekarang ini.. Kalau pergi lepak dekat luar boleh perasan gadis/wanita yang mengayakan fesyen tudung yang pelbagai jenis bukan? Lebih lebih lagi yang digayakan oleh geng geng artis.. (Boleh kira dengan jari) Dari sudut positif bagus juga la bila ada fesyen tudung yang pelbagai ini.. Sekurang-kurangnya dapat juga la nak tarik minat gadis/wanita yang sebelum ini tidak pernah bertudung kepada bertudung kan? Walaupun hanya segelintir.. Alhamdulillah..

Tapi, sejak kebelakangan ini BL perasan ramai pula yang menyebarkan artikel di laman Facebook tentang isu fesyen bertudung yang dikatakan menyerupai rahib Kristian.. Hurm.. Macam macam aih.. Maka BL tertarik nak berkongsi dengan pembaca jawapan dari Ustaz Ahmad Adnan Fadzil sendiri tentang isu ini.. Jom sama sama kita renungkan bersama..

Selasa, 18 Oktober 2011

Fakta Tentang Jin

Assalamualaikum


Salam semua.. Kali ini nak kongsi sedikit tentang Jin.. BL dapat info ini dari kuliah Ustaz Haji Ismail kamus.. Kenal tak siapa? Kalau tak kenal rajin rajin la 'google' apa yang patut.. Hurm.. Tahukah korang apakah itu Jin sebenarnya? Ni bukan Jin Kazama watak games Tekken itu okay.. Jin yang BL nak kongsikan ini merupakan antara makhluk ciptaan Allah S.W.T. seperti Malaikat dan juga Manusia.. Mengikut sumber dari kuliah ustaz Haji Ismail Kamus, Jin berasal dari Jan (Bapa Jin) dan gelarannya adalah Azazil.. Azazil ini dicipta dari api berwarna biru, dan telah beramal berpuluh ribu tahun lamanya..

Khamis, 6 Oktober 2011

Pandangan Mereka Tentang Hudud

Assalamualaikum

Alahai.. Sedih bila baca komen komen artis pasal hukum hudud ini.. Adoiii.. Nak salahkan siapa? Wartawan pasal tanya soalan kepada artis artis tersebut? Habis tu macam mana pula dengan pandangan Sisters in Islam yang mendakwa hukum hudud tidak adil kepada wanita? Haish! Haru biru betoi la depa ni.. Bagi BL la kan.. Kalau sesuatu perkara tu kita tak tahu, lebih baik diamkan diri aja.. Sebab bila dah tersalah cakap, nampak sangat diri tu jahil! 

Mengapa nak dipersoalkan pasal hukum hudud tu? Ni hukum Allah S.W.T. okay.. Ada yang cakap tak sesuai diamalkan dizaman ni la.. Kesian la.. Itu la.. Ini la.. Apa kes?! Kalau tak tahu duduk diam sudah! Jangan bikin malu diri sendiri wei! BL tak nak komen apa apa.. Korang nilai sendiri gambar dekat bawah ni.. Hurmmm..

Rabu, 5 Oktober 2011

Temuduga Terbuka Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kulim Di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Assalamualaikum

Sekadar berkongsi sedikit maklumat yang baru saya perolehi.. Jabatan Tenaga kerja (JTK), Kulim dengan kerjasama Politeknik Sultanah Bahiyah akan mengadakan Program Penempatan Pekerjaan (3P).. 

Ahad, 2 Oktober 2011

Khasiat Pokok Ayam Emas

Assalamualaikum


Subhanallah, memang unik kejadian Allah S.W.T. Pagi tadi setelah sarapan di restoren Subaidah, Seberang Jaya, BL terus bergerak ke Pasar Tani, Padang Serai. Macam biasa la aktiviti hari minggu cari bahan dapur apa yang patut. Sampai saja ditempat yang dituju, BL tertarik melihat sejenis tumbuhan yang bagi BL agak unik dan pelik la. Kira kali pertama la BL jumpa tumbuhan pelik macam ni. Tapi sekadar tengok aja la. Tak beli pun. Hehehe. Mungkin ada segelintir pembaca pernah dengar tentang pokok Ayam Emas ni.

Jumaat, 16 September 2011

Panduan Memilih Buah Durian Yang Baik

Assalamualaikum 


Salam semua.. Haa.. Korang peminat durian? Rasanya semua kenal kot durian ni benda apa kan.. Ada yang tak kenal? Sedap wooo lebih lebih lagi dimakan dengan pulut dan santap.. Peh! Melelehhhh.. Rugi la kalau ada yang tak minat dengan buah durian ni kan.. Okay sebelum tu nak terang serba sedikit info tentang buah durian ni.. Mereka mereka yang tak gemarkan durian sila abaikan entri ni.. Hehehe.. 

Durian merupakan sejenis buah tropika yang berasal dari Asia Tenggara yang isinya manis, lembut dan aromanya yang enak.. Ia menjadi kegilaan peminat buah-buahan tempatan yang sentiasa menantikan kedatangan musimnya saban tahun.. 

Khamis, 25 Ogos 2011

Projek Belon Angkasa 2013

Assalamualaikum


Projek belon angkasa? Projek apa pula ni? Haish.. Macam macam.. Haa.. Projek ni bukan untuk orang sebarangan tau.. Hanya golongan tertentu sahaja terutama usahawan yang berpeluang menaiki belon angkasa ni.. Belon yang diberi nama The Bloon ini mempunyai ukur lilit 129 meter dan mampu terbang setinggi 35.4 kilometer.. Golongan usahawan yang suka melancong ke tempat-tempat yang 'luar biasa' akan berpeluang mengembara ke ruang stratosfera bumi dengan menaiki belon udara dalam tempoh dua tahun dari sekarang..

Marilyn Monroe Pengaruh Negatif?

Assalamualaikum


Anda peminat filem "Transformers"? Mesti kenal siapa Megan Fox bukan? Kenal tak? Tipu la kalau tak kenal kan.. Hehehe.. Tahukah anda bahawa Megan telah membuang tatu simbol seks lagenda Hollywood terkenal, Marilyn Monroe dibadannya? Dia mengambil tindakan sedemikian kerana tidak mahu menarik unsur-unsur negatif yang boleh memperngaruhi hidupnya terutama berakitan karier.. Megan telah melakukan rawatan laser pada bahagian lengan bawah kanan sejak awal tahun lagi..

Jason Momoa Bawa Watak Conan The Barbarian?

Assalamualaikum


Haa.. Anda peminat filem Hollywood? Kenal tak Jason Momoa? Tak kenal? Ya mungkin nama Jason Momoa masih belum dikenali di Hollywood.. Sama seperti Arnold Schwarzenegger ketika dia mula memegang watak utama dalam filem Conan the Barbarian pada tahun 1982 dahulu.. Sapa tak kenalkan pelakon yang femes dengan filem terminator ni.. Hehehe.. Kemungkinan Jason Momoa juga bakal mengecapi kegemilangan sama seperti yang dikecapi Schwarzenegger mulai 30 tahun dari sekarang.. Peh! Lama lagi tu..

Aktor Lagak Ngeri 'Todd Green' Maut Semasa Melakukan Pertunjukkan Udara

Assalamualaikum


Isk isk isk.. Tersilap langkah membawa maut! Ramai penonton menyangka kemalangan itu sebahagian daripada aksi ngerinya.. Namun tidak.. Seorang pelakon lagak ngeri veteran Amerika Syarikat (AS), Todd Green, 48 tahun, maut selepas terjatuh semasa melakukan pertunjukkan udara.. Beliau telah berkecimpung dalam aksi lagak ngeri lebih 25 tahun dan merupakan anak kepada legenda aksi lagak ngeri AS, Eddie ‘The Grip’ Green, yang juga pernah beberapa kali melakukan aksi ngeri berpindah dari pesawat ke helikopter..

Sinar Harian Mohon Maaf?

Assalamualaikum


Hurmmm.. Dah beberapa hari tak online.. Berita satu apa pun tak tau.. Buka aja laman yahoo.. Jumpa satu artikel ni.. "'Kristian "Halal Pelacuran': Sinar Harian Mohon Maaf".. Menurut artikel ni akhbar Sinar Harian memohon maaf atas penyiaran satu kolum berhubung "rancangan pemusnahan umat Islam" yang didakwa didalangi kumpulan kristian.. Kolum bertajuk 'Matlamat Gerakan Kristian" itu diakui "silap" dan "tidak tepat.. Pihak akhbar Sinar Harian telah menarik semula (kolum) info tersebut dan memohon maaf kepada semua pembaca Sinar Harian, khususnya kepada para penganut agama Kristian di atas kesilapan yang dilakukan.. Hurmm.. Aku tak mau komen apa apa pasal isu ni..

Ahad, 21 Ogos 2011

Perkataan Woot! Disenaraikan Dalam Kamus Oxford?

Assalamualaikum


Salam semua.. Korang rajin tak gunakan kamus sebagai sumber untuk merujuk apa apa perkataan yang tak paham? Pernah tak? Pernah tak? Haa.. Ka tak kisah langsung? Hehehe.. Jangan marah.. Sekadar nak berkongsi bahawa sebanyak 400 perkataan baru akan disenarakan dalam kamus Oxford edisi ringkas ke-12.. Biar betul? Haa.. Memang betul.. Antara perkataan baru yang disenaraikan termasuklah 'Woot!'. Perkataan 'Woot!' ini merupakan perkataan yang melahirkan kegembiraan. Betul ker? Ce cuba sebut tengok.. Woot! Woot! Gembira tak? Hehehe.. Macam pernah dengarkan?

Saintis Cipta Dinosaur?

Assalamualaikum


Anda percaya kewujudan dinosaur? Percayakah anda bahawa saintis telah berjaya cipta dinosaur? Biar betul kan? Tak mungkin lah. Hurmmm. Sebenarnya hanya sekadar kajian dibuat oleh saintis barat yang telah berjaya mengubah komposisi DNA ayam bagi menghasilkan embrio yang mempunyai muncung seperti buaya berbanding paruh yang berkemungkinan menukar ayam biasa menjadi Maniraptora, iaitu sejenis dinosaur kecil yang terdiri daripada 10,000 spesies burung.

Usia Sebenar Bulan 4.36 Bilion Tahun?

Assalamualaikum


Hurmmm. Pernah terfikir tak berapakah usia sebenar bulan? Tahukah anda bahawa usia sebenar bulan kemungkinan sudah mencapai 4.36 tahun? Dalam satu kajian yang telah dilaporkan dalam jurnal Nature, kajian terbaru terhadap batu bulan yang dikutip angkasawan Apollo 16 menunjukkan usia bulan mungkin lebih muda 60 tahun berbanding apa yang dilaporkan sebelum ini. Berdasarkan kajian yang dibuat ke atas pembentukan kerak, telah wujud kesilapan dalam menentukan usia sebenar bulan.

Robot Kepala Manusia Boleh Membaca Skor Muzik Dan Menyanyi

Assalamualaikum


Pehhhhh. Anda pernah melihat robot boleh menyanyi? Sama ada percaya atau tidak sebuah robot berkepala manusia yang mampu membaca skor muzik sebelum menyanyikan lagu dengan suara tiruan telah berjaya dicipta di Taiwan. Kebiasaan kebanyakan pemuzik memerlukan beberapa minit untuk melihat kerja muzik yang baru dan masih memerlukan masa menghafal. Namun robot ini boleh membaca muzik dalam 40 saat dan menutup matanya untuk menyanyi.

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)