Assalamualaikum
Salam hari Jumaat 22 Rabiul Awal 1435 Hijrah. Entri kali
ini sekadar berkongsi pandangan jer. Hurm. Aku sedih sebenarnya bila tengok
gelagat segelintir orang melayu kita ni yang gadai tanah hasil peninggalan
nenek moyang mereka tu. Habis dijual kepada bangsa lain.
Diorang tak terfikir ker macam mana nasib anak cucu cicit
diorang nanti masa akan datang? Alasan diorang pasal tak tau nak usaha apa
tanah peninggalan nenek moyang mereka tu? Dari dibiarkan macam tu lagi baik jual. Hurm.
Pada pendapat aku lah kalau wang hasil jual tanah tu disimpan atau dilaburkan
di tempat yang kalis Inflasi takpa la juga. Tak pun beli aset hartanah lain ker kan? Tapi sayang dihabiskan kepada benda yang susut
nilai dan tak sepatutnya.
Yelah tanah diorang kan? Lantak diorang
lah nak buat apa pun betul tak? Aku nak sibuk sibuk apa citaaa? Memang betul
tanah diorang cuma cuba fikirkan kesan kepada anak cucu cicit nanti macam mana?
Tambahan sekarang nak beli rumah bukannya harga macam dulu dulu dah? Macam
dekat penang ni? Fuh! Gila bapak ahhh punya mahal harga rumah beb!
Andaikanlah kalau untung hasil jual tanah tu RM
500,000. Kalau disimpan atau dilaburkan di tempat yang kalis Inflasi agak agak
berapa bakal dapat? (Anggaran purata kadar pulangan setahun 10%-15%)
Andaikan anggaran kadar pulangan setahun = 10%
FV = PV (1+i)^n
FV = ?
PV = RM 500,000
i = 10%
n = (andaikan 7 tahun)
FV = RM 500,000 (1 + I)^n
FV = RM 500,000 (1 + 10%)^7
FV = RM 500,000 (1.1)^7
FV = RM 500,000 (1.9487171)
FV = RM 974,358.55
Nampak tak kalau disimpan atau
dilaburkan di tempat yang bagi anggaran kadar pulangan setahun 10% dalam tempoh
tahun 7 tahun nilai wang RM 500,000 tu akan berkembang kepada RM 900,000 lebih.
Lagi lama wang tu disimpan dan dilaburkan lagi berkembang kembanglah nilai wang
tu.
Sekali
lagi aku tekankan dari dibazirkan macam begitu sahaja wang hasil jual tanah
nenek moyang kepada benda yang susut nilai dan tak sepatutnya adalah lebih baik
di simpan dan dilaburkan ke tempat yang kalis Inflasi. Sekurang kurangnya dapat
la juga wang tu berkembang dari di bazirkan macam tu sahaja kan? Tanah pun dah
habis gadai kan? Tu belum kira bab berkelahi riuh rendah pasal berebut tanah! Sekadar pandangan jer. Jom layan klip video dekat bawah ni. Hehehe. ;) Sekian, Wassalam.
BL: Jom
gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Berminat? Sini.
1 ulasan:
Hello Admin!
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Catat Ulasan