~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Kemerdekaan Yang Ke-54

Assalamualaikum


Salam semua.. Haa.. Macam mana persiapan raya? Dah beli baju raya ka? Kuih raya dah siap ka? Bila balik kampung? Haa.. Yang tengah memandu tu.. Hati hati la ye.. Ingatlah orang yang tersayang.. Hehehe.. Mesti ramai tak sabar sabar nak beraya bukan.. InsyaAllah.. Kemungkinan hari ni hari terakhir kita berpuasa.. Esok kita bakal menyambut hari kebesaran setelah sebulan berpuasa kan.. Lepas ni tunggu lagi 11 bulan lagi la menanti ketibaan Ramadhan yang bakal tiba.. Sedih gak la.. Sebab rasa macam amalan tahun ni agak kurang berbanding tahun tahun sebelum ni.. Semoga dipanjangkan umur bertemu lagi ramadhan tahun depan.. InsyaAllah..

Khamis, 25 Ogos 2011

Projek Belon Angkasa 2013

Assalamualaikum


Projek belon angkasa? Projek apa pula ni? Haish.. Macam macam.. Haa.. Projek ni bukan untuk orang sebarangan tau.. Hanya golongan tertentu sahaja terutama usahawan yang berpeluang menaiki belon angkasa ni.. Belon yang diberi nama The Bloon ini mempunyai ukur lilit 129 meter dan mampu terbang setinggi 35.4 kilometer.. Golongan usahawan yang suka melancong ke tempat-tempat yang 'luar biasa' akan berpeluang mengembara ke ruang stratosfera bumi dengan menaiki belon udara dalam tempoh dua tahun dari sekarang..

Marilyn Monroe Pengaruh Negatif?

Assalamualaikum


Anda peminat filem "Transformers"? Mesti kenal siapa Megan Fox bukan? Kenal tak? Tipu la kalau tak kenal kan.. Hehehe.. Tahukah anda bahawa Megan telah membuang tatu simbol seks lagenda Hollywood terkenal, Marilyn Monroe dibadannya? Dia mengambil tindakan sedemikian kerana tidak mahu menarik unsur-unsur negatif yang boleh memperngaruhi hidupnya terutama berakitan karier.. Megan telah melakukan rawatan laser pada bahagian lengan bawah kanan sejak awal tahun lagi..

Jason Momoa Bawa Watak Conan The Barbarian?

Assalamualaikum


Haa.. Anda peminat filem Hollywood? Kenal tak Jason Momoa? Tak kenal? Ya mungkin nama Jason Momoa masih belum dikenali di Hollywood.. Sama seperti Arnold Schwarzenegger ketika dia mula memegang watak utama dalam filem Conan the Barbarian pada tahun 1982 dahulu.. Sapa tak kenalkan pelakon yang femes dengan filem terminator ni.. Hehehe.. Kemungkinan Jason Momoa juga bakal mengecapi kegemilangan sama seperti yang dikecapi Schwarzenegger mulai 30 tahun dari sekarang.. Peh! Lama lagi tu..

Aktor Lagak Ngeri 'Todd Green' Maut Semasa Melakukan Pertunjukkan Udara

Assalamualaikum


Isk isk isk.. Tersilap langkah membawa maut! Ramai penonton menyangka kemalangan itu sebahagian daripada aksi ngerinya.. Namun tidak.. Seorang pelakon lagak ngeri veteran Amerika Syarikat (AS), Todd Green, 48 tahun, maut selepas terjatuh semasa melakukan pertunjukkan udara.. Beliau telah berkecimpung dalam aksi lagak ngeri lebih 25 tahun dan merupakan anak kepada legenda aksi lagak ngeri AS, Eddie ‘The Grip’ Green, yang juga pernah beberapa kali melakukan aksi ngeri berpindah dari pesawat ke helikopter..

Ramai Rela Hati Peluk Islam Ketika Ramadan Di Sana

Assalamualaikum


Alhamdulillah.. Bertambah lagi saudara Islam di sana.. Ketika negara kita tegang dengan isu murtad.. Di sana pada dua minggu awal Ramadhan.. Ramai warga asing memutuskan untuk memeluk Islam, dimana lebih separuh daripadanya adalah rakyat Filipina.. Subhanallah.. Terbuka juga hati mereka untuk memeluk Islam.. Tapi.. Bila kenangkan isu murtad di negara kita.. Sedih.. Siapakah yang harus dipersalahkan? Diri sendiri?

Wanita Dibelasah Dan Dikurung Selama 4 Hari Oleh kekasih Suami

Assalamualaikum


Hohoho.. Ganaih betoi la.. Sampai cabut gigi guna player tu.. Ni nak kongsi sikit akhbar metro kelmarin.. Dah baca kot? Seorang wanita telah diculik dan didera oleh isteri kekasihnya.. Kes ni berpunca akibat tindakan si suami menjalinkan hubungan sulit dengan wanita tersebut.. Fuhhhh! Dasat kannn.. Nak tau lebih.. Cari akbar metro kelmarin.. Hurmmm.. Macam macam..

Sinar Harian Mohon Maaf?

Assalamualaikum


Hurmmm.. Dah beberapa hari tak online.. Berita satu apa pun tak tau.. Buka aja laman yahoo.. Jumpa satu artikel ni.. "'Kristian "Halal Pelacuran': Sinar Harian Mohon Maaf".. Menurut artikel ni akhbar Sinar Harian memohon maaf atas penyiaran satu kolum berhubung "rancangan pemusnahan umat Islam" yang didakwa didalangi kumpulan kristian.. Kolum bertajuk 'Matlamat Gerakan Kristian" itu diakui "silap" dan "tidak tepat.. Pihak akhbar Sinar Harian telah menarik semula (kolum) info tersebut dan memohon maaf kepada semua pembaca Sinar Harian, khususnya kepada para penganut agama Kristian di atas kesilapan yang dilakukan.. Hurmm.. Aku tak mau komen apa apa pasal isu ni..

Ahad, 21 Ogos 2011

Perkataan Woot! Disenaraikan Dalam Kamus Oxford?

Assalamualaikum


Salam semua.. Korang rajin tak gunakan kamus sebagai sumber untuk merujuk apa apa perkataan yang tak paham? Pernah tak? Pernah tak? Haa.. Ka tak kisah langsung? Hehehe.. Jangan marah.. Sekadar nak berkongsi bahawa sebanyak 400 perkataan baru akan disenarakan dalam kamus Oxford edisi ringkas ke-12.. Biar betul? Haa.. Memang betul.. Antara perkataan baru yang disenaraikan termasuklah 'Woot!'. Perkataan 'Woot!' ini merupakan perkataan yang melahirkan kegembiraan. Betul ker? Ce cuba sebut tengok.. Woot! Woot! Gembira tak? Hehehe.. Macam pernah dengarkan?

Saintis Cipta Dinosaur?

Assalamualaikum


Anda percaya kewujudan dinosaur? Percayakah anda bahawa saintis telah berjaya cipta dinosaur? Biar betul kan? Tak mungkin lah. Hurmmm. Sebenarnya hanya sekadar kajian dibuat oleh saintis barat yang telah berjaya mengubah komposisi DNA ayam bagi menghasilkan embrio yang mempunyai muncung seperti buaya berbanding paruh yang berkemungkinan menukar ayam biasa menjadi Maniraptora, iaitu sejenis dinosaur kecil yang terdiri daripada 10,000 spesies burung.

Penemuan Kubur Terbiar Sejak 50 Tahun Dalam Hutan?

Assalamualaikum


Huh? Kubur terbiar dijumpai dalam hutan? Biar betul? Sepasang suami isteri telah mendedahkan tentang penemuan lebih 50 kubur yang dianggarkan terbiar sejak 50 tahun lalu di Kampung Bukit Beruang, Kuala Sungai Baru. Kemungkinan besar kawasan perkuburan yang telah dinaiki hutan itu merupakan penempatan satu perkampungan besar orang Melayu pada suatu ketika dahulu.

Usia Sebenar Bulan 4.36 Bilion Tahun?

Assalamualaikum


Hurmmm. Pernah terfikir tak berapakah usia sebenar bulan? Tahukah anda bahawa usia sebenar bulan kemungkinan sudah mencapai 4.36 tahun? Dalam satu kajian yang telah dilaporkan dalam jurnal Nature, kajian terbaru terhadap batu bulan yang dikutip angkasawan Apollo 16 menunjukkan usia bulan mungkin lebih muda 60 tahun berbanding apa yang dilaporkan sebelum ini. Berdasarkan kajian yang dibuat ke atas pembentukan kerak, telah wujud kesilapan dalam menentukan usia sebenar bulan.

Robot Kepala Manusia Boleh Membaca Skor Muzik Dan Menyanyi

Assalamualaikum


Pehhhhh. Anda pernah melihat robot boleh menyanyi? Sama ada percaya atau tidak sebuah robot berkepala manusia yang mampu membaca skor muzik sebelum menyanyikan lagu dengan suara tiruan telah berjaya dicipta di Taiwan. Kebiasaan kebanyakan pemuzik memerlukan beberapa minit untuk melihat kerja muzik yang baru dan masih memerlukan masa menghafal. Namun robot ini boleh membaca muzik dalam 40 saat dan menutup matanya untuk menyanyi.

Sabtu, 20 Ogos 2011

NGO Islam Dakwa Kristian Guna Hak Asasi Ganggu Akidah Muslim

Assalamualaikum


Salam semua. Sekadar berkongsi artikel berita yang di ambil dari laman yahoo.com. Satu badan NGO Islam telah membuat dakwaan bahawa kumpulan-kumpulan Kristian telah "mempergunakan" Perlembagaan Perseketuan dan hak asasi manusia sebagai jalan untuk menyebarkan agama mereka kepada umat Islam.

Jom Muat Turun Filem Garo: Red Requiem

Assalamualaikum




Salam semua.. Lama rasanya tak buat entri pasal tokusatsu kan.. Ada sapa sapa spesis suka layan cite macam ni.. Ala pedulikan lah apa orang nak kata.. Cite budak budak ker.. Apa ker.. layan sudahhh kan.. Hehehe.. Kali ni aku nak kongsi satu filem tokusatsu.. Sebelum tu aku nak tanya pernah layan drama bersiri Garo tak? Kalau pernah filem Garo Red Requiem merupakan filem yang terbaru.. Filem ni baru ditayangkan pada 30 Oktober tahun lepas di Jepun.. Filem tahun lepas??? Apsal filem terbaru pulak???

BLOG PILIHAN SAYA IALAH

Assalamualaikum



Isteri 'Playgirl' Kikis Teman Lelaki Di Laman Sosial Facebook

Assalamualaikum


Perghhhhh! Tajuk mesti panasss kan? Kalau tak bukan Metro la namanya.. Hehehe.. Macam macam aih kes sekarang nih.. Seorang lelaki telah membuat pendedahan mengenai sikap isterinya yang mengikis wang kekasihnya di laman sosial Facebook.. Lelaki yang dikenali sebagai Nawab ni terpaksa membuat pendedahan bagi menyelamatkan lebih daripada 10 lelaki yang menjadi mangsa jerat isternya itu.. Hurmmm.. Nak tahu lebih? Dapatkan akhbar Metro hari ni..


BEN ASHAARI NAK BLOG DENGAN SEGERA

Assalamualaikum



Amacam? Berminat? Klik aja header tu okay. ;)

Orang Simbah Asid Wajar Dikenakan Hukuman Berat!

Assalamualaikum


Haish! Kes menyibah asid semakin menjadi jadi sekarang ni. Orang awam yang tak bersalah menjadi mangsa si penyimbah asid yang bertindak liar. Apakah motif diorang ni bertindak sedemikian rupa? Kes terbaru berlaku kepada seorang lelaki, Mohd Rafie Abdul Latiff (27) yang kini berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur. Mangsa kemungkinan akan menyambut Aidilfitri di Hospital.

Gambar dipetik dari Yahoo

Kenangan Masa Sahur Di Kampus

Assalamualaikum

Tepat pukul empat setengah pagi alarm handphone aku memainkan rentak lagu royal jelly memecahkan kesunyian pagi ramadhan.. Aku dengan mamai meraba raba mencari handphone dekat atas meja tulis.. Capai handphone tengok jam set balik alarm pukul lima pagi.. Aku sambung tidur balik.. Zzzzzzz.. Jeng.. Jengg.. Jenggg.. Alarm memainkan rentak yoyal jelly entah kali keberapa.. Meraba raba lagi aku cari handphone atas meja tulis.. Capai handphone aku tersentak..

Khamis, 18 Ogos 2011

SAYA BLOGGER PRIHATIN

Assalamualaikum




Bantulah Mereka Ini

Assalamualaikum




Sedih bila lihat keadaan mereka di sana sampai macam tu sekali.. Sedangkan di sini kita mewah menikmati pelbagai juadah yang pelbagai.. Jika kita kata kita susah.. Cuba bandingkan dengan mereka pula.. Macam mana? Apa salahnya hulurkan sedikit bantuan kepada mereka ini.. Sekurang kurangnya nilai wang yang sedikit itu dapat juga membantu mereka di sana.. Cuba lihat video di bawah ni..

Rabu, 17 Ogos 2011

Segmen MO (Bloglist) : Saya Anak "Sulung" dalam Keluarga

Assalamualaikum


Salam semua.. Hurmmm.. Agak blur dua tiga hari ni.. Nak buat entri pasal isu murtad tu pon.. Ramai dah buat.. Korang pandai pandai terjah la kan.. Siyes.. Isu isu macam ni jangan dibuat main main.. Sepatutnya tindakan diambil terhadap golongan yang dah murtad tu.. Tapi aku tengok macam saling dok salah antara satu sama lain pulak.. Sedih la kan isu penting macam ni pon nak kaitkan dengan politik juga.. Sepatutnya kena saling bersatu la kan banteraskan masalah ni.. Hurmmm.. Entah la..

Memandangkan blog usang ni pun dah agak kureng update sejak kebelakangan ni.. Maka nak kasi sapu sikit sikit sawang sawang yang dok ada.. Aku join satu segmen bloglist yang dianjurkan oleh saudari MO ni.. Berminat nak join.. Sini..

Ahad, 14 Ogos 2011

Lelaki Usia Emas Dangdut Sampai Sahur

Assalamualaikum


Hurmmm.. Entah la.. Patut bulan Ramadhan yang mulia ni berlumba lumba cari pahala.. Tapi ada juga segelintir mereka mereka ni yang berlumba lumba cari dosa.. Hasih! Korang dah baca belum akhbar metro hari ni? Kalau belum isu kali ni tentang golongan lelaki belang termasuk yang dah berusia emas sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan leleki Islam dengan berfoya foya di sebuah kelab dangdut di ibu kota Kuala Lumpur sampai sahur pada bulan Ramadhan yang mulia ini.. Sungguh memalukan!



Jangan Boros Berbelanja Sangat!

Assalamualaikum


Hari minggu.. Memang tak lekang shopping coplex kalau tak dipenuhi manusia.. Tak kan binatang pulak nak pergi beli belah ye dak.. Hehehe.. Jangan marah.. Biasa la.. Lagi separuh aja puasa dah nak raya kan.. Semua pakat berduyun duyun bawa anak bini, sanak saudara pergi beli belah.. Raya setahun sekali ye dak.. Hehehe.. Aku pergi window shopping aja.. Makan angin.. Usha apa yang patut.. Tapi belasah gak la sepasang baju dengan dua helai seluar jeans.. Boleh la.. Malas nak membazir sangat raya tahun ni.. Baju tahun tahun lepas pun berlambak penuh dalam almari..

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?

Assalamualaikum



Jawapan Dr Asri Tentang Isu Larangan Bacaan Al-Quran Menggunakan Pembesar Suara Di Masjid Dan Surau Di Pulau Pinang

Assalamualaikum


Hurmm.. Sekadar berkongsi artikel jawapan dari Dr. Asri tentang isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di negeri Pulau Pinang.. Sila fahami betul betul apa yang tersurat dan tersirat yang ingin beliau sampaikan.. Aku harap segala persoalan dan keraguan tentang isu ini akan terjawab..

Sabtu, 13 Ogos 2011

Pelakon Fizo Omar Sibuk Jual Serunding?

Assalamualaikum


Gambar dipetik dari Yahoo


Apabila bulan Ramadhan tiba, pasti ramai selebriti yang akan mengambil peluang untuk berniaga bagi mencari duit lebih. Tidak terkecuali adalah pelakon kacak kelahiran Kelantan, Fizo Omar yang sibuk menguruskan perniagaan serundingnya.

Gambar Lelaki Lutsinar Bersembunyi Di Pasaraya

Assalamualaikum


Haa.. Percaya tak kewujudan lelaki lutsinar atau dalam bahasa Inggeris di panggil 'Invisible Man'.. Percaya tak? Percaya tak? Tak percaya gak? Mai usha gambaq ni.. Hehehe..


Haa.. Nampak macam real kan.. Hehehe..

Isu Larangan Bacaan Al-Quran Menggunakan Pembesar Suara Di Masjid Dan Surau Di Pulau Pinang

Assalamualaikum


Hurmm.. Isu larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara di Masjid dan Surau di Pulau Pinang.. Majlis Fatwa Kebangsaan meminta Jawatankuasa Majlis Fatwa Pulau Pinang menimbangkan sehalus-halusnya larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh di negeri Pulau Pinang kerana ditakuti mendatangkan kesan pada penyatuan Umat Islam di negara ini.. Baca selanjutnya di Sini..

Aku sebenarnya tak layak untuk mengulas tentang isu ini.. Cuma cuba kita kaji balik bukankah hanya Azan sahaja yang sewajarnya disebarkan menggunakan pembesar suara untuk memberitahu dan memperingati umat Islam bahawa sudah masuk waktu solat.. Perkara lain seperti bacaan Al-Quran seelok-eloknya dibaca tapi tidak sehingga menganggu ketenteraman orang lain kerana mengikus hadis Nabi Muhammad S.A.W. juga melarang mengangkat suara bacaan di Masjid sehingga menganggu mereka yang lain beribadah, atau menyakitkan orang lain..

Lelaki Bertindak Liar Bunuh Bapa, Tikam Ibu Angkara Marah Kucing Menjelang Berbuka Puasa?

Assalamualaikum



Gila!!! Memang sakit mental nih.. Gara gara marahkan kucing berkeliaran ketika menjelang waktu berbuka puasa.. Seorang lelaki bertindak liar menetak bapanya sendiri sehingga mati manakala ibunya menerima lima jahitan di kepala kerana cuba untuk meleraikan pergaduhan itu.. Suspek kini masih belum ditemui kerana telah melarikan diri kedalam hutan dibelakang rumah.. Hurmm..

Raja Farah Bertudung?

Assalamualaikum


Raja Farah dan suami,Megat Bashirun Qhuyum Zakaria


Eh? Raja Farah dah bertudung ker? Betul eh? Alhamdulillah.. Semakin ramai artis yang dah mula bertudung sekarang ni.. Raja Farah mengakui dia lebih selesa dengan penampilan terbarunya itu..

Tandatangan Mamat Buat Fida Jatuh Hati?

Assalamualaikum


Gambar dipetik dari Yahoo


Fuhhh.. Siyesss jelesss aku baca artikel ni.. Pengakuan Fida yang mula tertarik dengan Mamat (Sepah) sejak melihat dia menandatangani autograf dalam tulisan jawi kepada peminatnya sewaktu sama-sama mempromosikan filem "Man Sewel Datang KL"..

Khamis, 11 Ogos 2011

Pengikut Murtad Diberi Ganjaran RM 60,000

Assalamualaikum


Astafirullah Al'azim.. Mengucap panjang aku bila baca artikel ni.. Sangup mengadaikan akidah sebagai Muslim semata mata dikaburi dengan wang ringgit.. Hurmm.. Siapakah yang harus dipersalahkan?

KUALA LUMPUR: Beberapa umat Islam yang dipercayai murtad dan menjadi pengikut sebuah pertubuhan Kristian di negara ini mendakwa dijanjikan ganjaran lumayan sekiranya berjaya memesongkan akidah umat Islam lain termasuk golongan mualaf dengan menarik dengan menarik mereka menyertai pertubuhan itu. Difahamkan, mereka akan menerima ganjaran sehingga RM60,000 bagi setiap kejayaan memesongkan akidah umat Islam sebaik upacara pembaptisan dilakukan.

The Star Siarkan Artikel Juadah Berbuka Puasa 'Daging Babi'?

Assalamualaikum


Gambar dipetik dari Malaysiakini


Haish! Biadap betoi la.. Tak ada sensitiviti langsung! Grrrrr.. Tak kan la tak tahu kot 'Ramadhan Delights' tu untuk apa? Mesti la panduan untuk umat Islam mencari restoren untuk berbuka puasa kan.. Habis tu apa kes siarkan juadah daging babi tak halal kat ruangan tersebut? Apa motif? Huh! 

Mereka Memang Licik!

Assalamualaikum


Hurmm.. Hurmm.. Licik.. Licik.. Mereka memang licik.. Haa.. Apa yang licik licik nih? Aku rasa ramai dah tahu kot pasal benda ni.. Ka ada yang tak tahu lagi? Straight to the point terus jelah yer.. Bagi yang dah pakai domain ka.. Atau berhosting sendiri mungkin tak ada masalah.. Tapi mereka mereka yang masih gunakan url blogspot akan secara tak sengaja menjadi mangsa mereka mereka ni..

Isnin, 8 Ogos 2011

Identiti Makcik Murtad Dah Kantoi Ka?

Assalamualaikum


Hurmm.. Hari ni buka aja blog.. Aku perasan ramai yang buat entri pasal pendedahan identiti sebenar makcik murtad bla.. bla.. bla.. yang buat onar caci maki tak tentu arah tu.. Korang tahukan pasal isu ni? Memang rasa nak bakar hidup hidup baca caci maki makcik ni kutuk agama di laman blog dia sebelum ni.. Dekat laman mukabuku pon ada.. Grrrr.. 

Jumaat, 5 Ogos 2011

Suasana Perang Sepanjang Bulan Ramadhan

Assalamualaikum


Fuh! Hari ni dah masuk ramadhan ke 5.. Amacam? Okay.. Mesti okay kan.. Tak kan dah besaq panjang nak memonteng posa lagi kot.. Malu aih kat bebudak kecik yang baru belajaq posa tu.. Kan.. Kan.. Hehehe.. Tapi kalau ada sebab musabab.. Tak bole nak buat apa la kan.. Hurmm.. Bila masuk bulan posa ni.. Satu benda aja aku ternanti nanti.. Berita kat tibi nuh.. Apa lagi kes main mercun la.. Sampai putus jari la.. Buta mata sebelah la.. Rambut terbakor la.. Macam macam lagi la.. Grrrr.. Agak agak tahun ni ada lagi tak berita macam tu eh??? Harap harap takda la kot..

Khamis, 4 Ogos 2011

Awak Sayang Kite Tak?

Assalamualaikum


*Tajuk entri ntahapehapentah.. Grrrr.. Korang layan jelah..

Di suatu taman diwaktu antara petang nak masuk senja.. Pasangan merpati sejoli sedang berdua duaan sambil memerhati kelibat burung balik sarang.. <~~~ Burung pun reti balik sarang.. Korang tak reti balik rumah ker? Grrrr..

Alhamdulillah.. Mara Setapak Lagi Dihadapan..

Assalamualaikum


Alhamdulillah.. Tepat pukul 12 pagi hari ni usia aku telah melangkah setapak lagi.. Besyukur daku kepadaNya kerana masih lagi memberikan nafas untuk aku melihat wajah kedua dua orang tua ku.. Adik adik aku.. Sanak saudara dan rakan taulan.. Syukur.. Alhamdulillah..

Isnin, 1 Ogos 2011

Ramadhan Pertama Aku Sebagai Blogger

Assalamualaikum


Fuh! Selamat juga menjalani ibadat puasa kali ni.. Lega.. Haa.. Amacam puasa hari ni.. Okay? Makan apa masa berbuka tadi? Hari pertama ni masak dekat rumah aja.. Masak simple simple aja.. Buat mee goreng dengan teloq mata kobau.. Serta ayaq apa tah perisa anggur.. Lega kenyang.. Urpp.. Alhamdulillah..

BEN ASHAARI : RAMADHAN #1 : SAHUR DI KALA BUDAK..

Assalamualaikum




Hurmm.. Sebut pasal sahur.. Memang antara waktu paling mencabar bagi aku.. Tak kita la masa kecik ka.. Sekarang pon lebih kurang macam tu la.. Ala korang paham paham sendiri la macam mana kan.. Tahap nak mangkit bangun tu sikit punya liat.. Kadang kadang sampai satu tahap minum ayaq sejuk aja untuk bersahur.. Masa dekat kampus dulu la.. Tak tahan godaan bantal dengan tilam punya dok seru mendayu dayu suruh tidoq.. Grrrrr.. 

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)