Assalamualaikum
Salam semua.. Haa.. Macam mana persiapan raya? Dah beli baju raya ka? Kuih raya dah siap ka? Bila balik kampung? Haa.. Yang tengah memandu tu.. Hati hati la ye.. Ingatlah orang yang tersayang.. Hehehe.. Mesti ramai tak sabar sabar nak beraya bukan.. InsyaAllah.. Kemungkinan hari ni hari terakhir kita berpuasa.. Esok kita bakal menyambut hari kebesaran setelah sebulan berpuasa kan.. Lepas ni tunggu lagi 11 bulan lagi la menanti ketibaan Ramadhan yang bakal tiba.. Sedih gak la.. Sebab rasa macam amalan tahun ni agak kurang berbanding tahun tahun sebelum ni.. Semoga dipanjangkan umur bertemu lagi ramadhan tahun depan.. InsyaAllah..
Tahun ni agak unik kan.. Hari raya bakal disambut dengan hari kemerdekaan negara kita yang ke-54.. Wah.. Dah 54 tahun merdeka kan.. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Kira merdeka raya la tahun ni eh? Hehehe.. Hurmm.. Maka dengan ini saya penulis blog Budak Logam ini menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari rakan rakan blogger dan pembaca blog blog Budak Logam ini andai kata ada hasil entri entri saya sebelum ni ada menguris perasaan korang.. Saya mohon maaf dari korang ye.. Semoga ketibaan Syawal yang bakal tiba ni sama sama la kita bermaaf-maafan antara satu sama lain.. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin.. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-54 juga.. Sekian.. Wassalam.. :)
3 ulasan:
salam aidilfitri...^^
selamat hari raya ! :)
selamat hari raya, and happy merdeka
Catat Ulasan