~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 Masihi


Assalamualaikum


Fuhhh! Tak sangka hari ni hari terakhir tahun 2012 masihi. Siyes memang masa berlalu pergi dengan pantas.Memang tak terkejar woi. Hahaha. Masih banyak yang aku rancang pada awal tahun ni belum tercapai lagi. Takpa aku akan pastikan akan tercapai juga segala perancangan tu semua. Biasa lah kita sekadar mampu merancang kan? Tapi perancangan DIA lagi baik betul tak? Hahaha.

Sepanjang tahun yang telah berlalu ni takda banyak sangat kisah menarik yang aku nak kongsi dengan korang. Kebanyakkan masa aku sepanjang tahun ni dilebihkan di tempat kerja. Blog Budak Logam ni pon aku jarang singgah sangat sekarang. Siyes rindu juga la nak aktif macam dulu balik. Tapi masa saja tak mengizinkan. Hurm.

Sabtu, 22 September 2012

Sekeping Ijazah Tidak Jamin Kehidupan Lebih Baik?

Assalamualaikum



Hurm.. Kali ni aku tertarik nak kongsi dengan korang pasal satu artikel akhbar yang aku jumpa dekat Facebook.. Korang baca tajuk entri pun dah dapat tangkap apa yang ingin aku sampaikan kali ni.. Entri ni lebih sesuai untuk bakal graduan sebenarnya.. Sebelum tu aku nak Tanya korang satu soalan sahaja.. Apa tujuan korang sambung belajar sebenarnya?


Tak kisah la diperingkat sijil kah.. Diploma kah.. Ijazah kah? Untuk apa? Adakah niat korang sambung belajar kerana nak mengharapkan peluang pekerjaan mengikut kursus yang korang pilih setelah tamat belajar kelak? Atau untuk apa korang habiskan masa dalam beberapa tahun di kampus?

Sabtu, 4 Ogos 2012

Aku Mara Setapak Lagi Ke Hadapan


Assalamualaikum


Fuhhh.. Macam tak percaya aku dah melangkah ke angka 2#.. Tinggal lagi berapa angka saja lagi aku boleh join geng geng angka 30 pula.. Isk isk isk.. Dah tua aku ni rupanya.. Hahaha.. Ada siapa siapa lagi yang lahir pada 4 Ogos juga.. Kalau ada aku ucapkan selamat melangkah ke angka seterusnya lah ye.. Umur hanya sekadar angka kan? Tapi diri kena ubah lah ye.. Jangan umur meningkat diri masih macam tu juga kan? Hahaha..

Jumaat, 20 Julai 2012

Niat Puasa Ramadhan | Niat Puasa Sebulan Ramadhan | Doa Berbuka Puasa

Assalamualaikum


Hurm.. Ramadhan kembali lagi.. Bersediakah kita untuk mengharungi selama sebulan berpuasa di bulan Ramadhan ini? Sebelum itu aku nak berkongsi sedikit apakah itu pengertian puasa.. Puasa ialah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh mulai dari terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan niat kerana Allah S.W.T.. Begitu juga hendaklah menahan diri daripada perkataan sia-sia, perkataan yang menimbulkan syahwat, perkataan yang diharamkan dan dimakruhkan menurut syarat-syarat yang ditentukan..

Ingat ye puasa di bulan Ramadhan ini adalah wajib kerana merupakan salah satu daripada rukun Islam yang kelima.. Tiada alasan bagi kita untuk mengabaikan ibadat berpuasa ini kerana puasa bulan Ramadhan ialah puasa yang diwajibkan oleh Allah S.W.T. kepada seluruh umat Islam yang telah akil baligh sebagai salah satu daripada rukun Islam yang kelima.. Sesiapa yang sengaja meninggalkan puasa Ramadhan, ia wajib mengqada' dan membayar kifarat.. Namun jika sesiapa yang meninggalkan kerana uzur, hanya diwajibkan mengqada sahaja..

Ahad, 19 Februari 2012

Mengapa Sambung Belajar Di Tingkatan Enam Adalah Pilihan Bijak?

Assalamualaikum


Salam semua kepada pembaca blog Budak Logam.. Kali ni BL sekadar nak berkongsi entri tentang pendapat sahaja.. Terutama kepada adik adik yang ternanti-nanti keputusan peperiksaan SPM yang bakal diumumkan tak lama lagi.. Sudah pasti bagi mereka yang telah memasang cita-cita untuk melanjutkan pelajaran masih tertanya-tanya bidang apa yang bakal diceburi kelak bukan? Okay! Malas nak berceloteh panjang.. Sebelum tu sekadar nak bertanya satu soalan sahaja.. Berminat tak korang untuk menyambungkan pelajaran diperingkat STPM pula? Atau dalam erti kata lain masuk tingkatan enam la? Amacam? Berminat? Tak minat?

Ahad, 15 Januari 2012

Dunia Baru Aku

Assalamualaikum 

Fuhhh! Hari ni genap seminggu lebih aku dekat tempat kerja baru.. Baru aku tau macam mana rasanya kerja makan gaji.. Terikat dengan masa.. Masa join takaful dulu rilek je.. Ikut suka hati aku saja nak kerja atau tak.. Tu pun tak aktif sangat.. Tapi sekarang dah tak boleh macam dulu dah.. Penat tu boleh tahan juga la.. Tapi tak apa saja nak cari pengalaman kerja makan gaji macam mana.. Mengapa aku beralih kerja makan gaji pula? Selalunya dari makan gaji ke kerja sendiri.. Tapi aku terbalik pula.. Saja nak cari 'feel' baru.. Lagi pun tak la jauh mana pun tempat kerja aku dengan rumah.. Boleh la nak tambah pendapatan sikit.. Duit minyak pun boleh jimat.. 

Isnin, 2 Januari 2012

Dulu Lain Sekarang Lain

Assalamualaikum


~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)