Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 Masihi


Assalamualaikum


Fuhhh! Tak sangka hari ni hari terakhir tahun 2012 masihi. Siyes memang masa berlalu pergi dengan pantas.Memang tak terkejar woi. Hahaha. Masih banyak yang aku rancang pada awal tahun ni belum tercapai lagi. Takpa aku akan pastikan akan tercapai juga segala perancangan tu semua. Biasa lah kita sekadar mampu merancang kan? Tapi perancangan DIA lagi baik betul tak? Hahaha.

Sepanjang tahun yang telah berlalu ni takda banyak sangat kisah menarik yang aku nak kongsi dengan korang. Kebanyakkan masa aku sepanjang tahun ni dilebihkan di tempat kerja. Blog Budak Logam ni pon aku jarang singgah sangat sekarang. Siyes rindu juga la nak aktif macam dulu balik. Tapi masa saja tak mengizinkan. Hurm.



Tahniah aku ucapkan kepada mereka yang dah selamat bertunang, selamat berumah tangga dan telah menimbang cahaya mata. Maaf aku tak dapat hadir segala jemputan kenduri sesetengah rakan blogger kerana tidak mendapat perlepasan cuti dari pihak majikan. Jenuh dok buat muka manja la depan manager last last jawapan dia boss besaq tak lulus cuti pasal tak cukup pekerja. Hampeh! Nak buat macam mana kan? Terima jelah. Hahaha.

Dengan kesempatan yang ada ni aku nak ucapkan selamat menyambut tahun baru 2013 masihi yang bakal tiba berapa jam saja lagi. Semoga ketibaan tahun baru ni segala urusan kehidupan kita akan Berjaya dan berhasil. InshaAllah. Haa. Lagi satu kepada yang merancang nak pulang ke kampung halaman tu sempena cuti umum tahun baru ni berhati-hati lah ye. Ingatlah orang yang tersayang. Kalau korang tak sayang diri korang. Fikirkan lah perasaan mereka yang sayangkan diri korang tu okay. Tak salah nak sambut tahun baru ni pon. Tapi adalah lebih baik disambut dalam keadaan bersederhana sudah. Kalau over sangat takut jadi musibah pulak kan? Hurm. Sekian, Wassalam.



BL: Woi apa azam korang tahun ni? Kah masih bawa pakai azam tahun lepas jugak? Aku? Biarlah rahsia. Hahaha.

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)