~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Isnin, 28 November 2011

Harimau Muda Tewas Lagi!

Assalamualaikum


Alahai.. Sedih woo dengan kekalah pasukan Malaysia kepada Bahrain tadi 27 November 2011.. Malaysia 2 - 3 Bahrain.. Pada separuh masa pertama pasukan Malaysia telah mendahului Bahrain melaui gol Nazmi Faiz pada minit 29.. Memang terbaik gol dari Nazmi Faiz ini tadi.. Pada separuh masa kedua pula sekali lagi Mahali Jasuli berjaya menjaringkan gol pada minit 68.. Tapi ini tidak melemahkan semangat pasukan Bahrain.. Hasilnya pasukan Bahrain telah berjaya menjaringkan 3 gol dalam tempoh masa 6 minit.. Huhuhu.. Ini merupakan kekalahan ketiga berturut-turut pasukan Skuad Olimpik..




Ahad, 27 November 2011

Tolong Delete Laman Facebook Mengutuk Fakri Saarani!

Assalamualaikum


Salam 1 Muharram 1433 Hijrah.. Entri kali ni masih berkaitan dengan penyerang Harimau Muda, Fakri Saarani.. Sejak akhir akhir ini nama Fakri Saarani sering menjadi sebutan oleh peminat bola sepak tempatan.. Ada yang menyokong dan ada juga yang membenci penyerang Harimau Muda ini.. Gara gara corak permainan beliau yang agak kurang menyerlah sejak akhir akhir ini ada pihak yang sampai sanggup mewujudkan laman Facebook semata-mata untuk mengutuk si Fakri Saarani ini.. Hish! Tak patut.. Tak patut..

Sabtu, 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433 | Doa Awal Tahun Dan Akhir Tahun Hijrah

Assalamualaikum


Hurmmm.. Beberapa jam sahaja lagi tarikh 26 November 2011 Masihi bersamaan 29 Zulhijjah 1432 Hijrah akan meninggalkan kita.. Maka selepas Maghrib akan masuk ke tahun baru 1433 Hijrah.. Maka dengan ini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan salam Maal Hijrah kepada rakan blogger dan para pembaca blog Budak Logam.. Jika ada kelapangan adalah digalakkan untuk membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.. Doa akhir tahun ini dibaca sebanyak 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.. Manakala doa awal tahun dibaca sebanyak 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram..

Maharaja Lawak Mega Minggu 5 | Hiro Tersingkir

Assalamualaikum


Yeah! Maharaja Lawak Mega (MLM) kembali lagi di minggu ke lima.. Pada minggu ini hanya 10 peserta sahaja yang bakal beraksi di gelangang MLM.. Tema pada minggu ini adalah purbakala.. Korang dah tengok? Amacam? Best? Boleh la tahan kan.. Pada minggu ini peserta yang berada di kedudukan undian terendah adalah Adlin, Saehu dan Hiro.. Akhirnya nasib tidak memihak kepada kumpulan Hiro kerana tersingkir pada pentas Maharaja Lawak Mega minggu ke lima ini.. Takpa nak buat macam mana kan.. Hurmmm.. Apa apa pun tak sabar tunggu pentas Maharaja Lawak Mega minggu depan yang bertemakan muzikal komedi pula.. Mesti gempak! Harap harap menjadi la kan.. Jom layan video Maharaja Lawak Mega minggu ke lima.. Layannn.. Hehehe..


Jumaat, 25 November 2011

Hentikan Tohmahan Dan Kejian Melampau Terhadap Fakri Saaraini

Assalamualaikum


Alahai.. Sejak akhir akhir ini ramai peminat bola sepak tempatan yang menghamburkan tohmahan dan kejian terhadap penyerang Harimau Muda, Fakri Saaraini gara gara kegagalan beliau menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil.. Ternyata, peminat tempatan masih belum dapat melupakan ‘dosa’ Ahmad Fakri yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia sekali gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini.. 

Selasa, 22 November 2011

Harimau Muda Membaham Garuda Yang Tak Mampu Terbang! Tahniah Malaysia!

Assalamualaikum


Fuhhhh! Alhamdulillah.. Legaaaaa.. Tahniah buat pasukan Malaysia a.k.a Harimau Muda telah berjaya membaham sang garuda yang tak mampu terbang dengan kemenangan 4-3 pada penentuan penanlti selepas perlawan terikat 1-1.. Hahaha.. Tahniah! Tahniah! Tahniah! Tahniah Harimau Muda.. Kemenangan ini cukup besar buat negara kita Malaysia.. Walaupun bendera kita dibakar.. Pemain kita di perlekeh dan tidak mendapat layanan yang baik dari negara mereka.. Lagu kebangsaan kita "Negaraku" di boooo oleh mereka.. Tapi dengan kejayaan ini sudah cukup puas bagi aku.. Sekali lagi tahniah kepada pasukan Harimau Muda.. Semoga selamat sampai ke tanah air..

Sabtu, 19 November 2011

Maharaja Lawak Mega Minggu 4 | Jalil Hamid Tersingkir

Assalamualaikum



Pentas Maharaja Lawak Mega kembali lagi.. Di minggu ke empat ini hanya 11 peserta sahaja yang membuat persembahan.. Juri jemputan adalah Wangi dari the Fabulous Cats manakala Chef Wan tidak dapat terlibat sama menjadi juri pada minggu ini.. Persembahan kali ini peserta di berikan tugasan bertemakan cinta.. Pada minggu ini seorang lagi peserta bakal meninggalkan pentas Maharaja Lawak Mega.. Tiga peserta yang berada pada kedudukan undian terendah adalah Hiro, Syok dan Jalil Hamid.. Akhirnya keputusan telah dibuat dimana Jalil Hamid tersingkir pada pentas Maharaja Lawak minggu ke empat ini..

Ahad, 13 November 2011

Manusia Semakin Pelik!

Assalamualaikum


Hish! Aku tak tau la nak cakap apa.. Boleh istigfar aja la.. Semakin rosak manusia hari ni.. Semakin hari semakin pelik.. Dengan maksiat la.. Kes bunuh la.. Seks luar tabie.. Macam macam lagi la.. Korang tengok sendiri la gambar dekat bawah ni.. Hurmmm.. 

Sabtu, 12 November 2011

Video Maharaja Lawak Mega Minggu 3 | Kumpulan Anje Tersingkir

Assalamualaikum




Fuhhh.. Baru sempat layan dekat Youtube.. Penantian peserta manakah yang bakal tersingkir pada Maharaja Lawak Mega Minggu 2 terjawab iaitu seramai 5 peserta tersingkir iaitu Gebu, Caer, Rap, Lanun dan Comel.. Kumpulan Syok dan Anje masih lagi beraksi membuat persembahan di Maharaja Lawak Mega minggu ketiga ini.. Pada minggu ini seramai 3 peserta berada pada kedudukan undian terendah iaitu Syok, Anje dan Adlin.. Rata rata menjangkakan Adlin akan tersingkir.. Namun tidak kerana kumpulan Anje yang tersingkir meninggalkan gelanggang Maharaja Lawak Mega.. Adakah Adlin mampu lagi bertahan pada minggu hadapan? Sama-sama kita nantikan.. Jom layan video Maharaja Lawak Mega minggu 3.. Layannn.. Hehehe.. ;)

Jumaat, 11 November 2011

Apakah Rahsia Di Sebalik Tarikh 11 November 2011?

Assalamualaikum


Salam Jumaat kepada pembaca blog Budak Logam.. Entri kali ni masih lagi berkaitan dengan tarikh 11 November 2011 (11.11.11).. Hurmm.. Tahukah korang maksud tersirat disebalik tarikh ni? Yelah boleh dikatakan ramai macam teruja sangat dengan tarikh ni kan.. Kebetulan kepada yang bakal bertunang dan berkahwin pada tarikh ni, atau sambut hari lahir tarikh ni aku ucapkan tahniah ye.. Semoga selamat segala yang dirancangkan..

Khamis, 10 November 2011

Apakah Yang Menarik Dengan Tarikh 11 November 2011?

Assalamualaikum

Fuh! Perasan tak esok tarikh apa? Tak kan tak perasan kot.. Ce cuba pergi jengok kalendar kejap.. Haa.. Dah tengok? Dah perasan kot? Sekali sahaja tahun ni beb.. 11 November 2011 atau dalam angka 11/11/11.. Menarik kan? Ada sapa sapa sambut birthday tarikh ni? Tak pun bakal bertunang atau kahwin pada tarikh ni ka? Wah! Kalau ada tahniah la ye.. Siyes aku jeles dengan korang.. Huhu..

Sabtu, 5 November 2011

Salam Aidiladha Blogger!

Assalamualaikum


Hurmmm.. Puas layan Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) tadi? Best ker? Aku  tengok sikit sikit aja sambil layan youtube tunggu Maharaja Lawak Mega (MLM).. Entah la bagi aku macam bosan aja.. Sekadar boleh cuci mata aja la.. Tambah dosa yang dok ada.. Paham paham jelah kan.. Seksi seksi wooo.. Masing masing pakat nak tayang barang masing masing kan.. Hurmmm.. Entah la.. Aku takmo komen pasal hal ni.. 

Jumaat, 4 November 2011

Maharaja Lawak Mega Minggu 2

Assalamualaikum




Fuh! Boleh la tahan Maharaja Lawak Mega (MLM) minggu kedua ni.. Kumpulan Bawal Power (BP) memang terbaik ah! Gila gila betoi depa ni.. Hahaha! Pada minggu ni Adi Sith Sense merupakan juri jemputan di gandingkan bersama juri tetap MLM 2011.. Dimana pada minggu ni berkemungkinan lima peserta yang mendapat undian terendah akan tersingkir.. Hurmmm.. Adakah akan ada penyinkiran pada minggu ni? Peserta manakah yang akan tersingkir? Jom layan video Maharaja Lawak Mega minggu 2.. Layannn.. Hehehe.. ;)

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)