Ahad, 16 Januari 2011

aku ada kuasa luar biasa!

Assalamualaikum..




kahkahkah! sambil terbaring BL tergelak sendirian terkenangkan peristiwa semasa BL kecik kecik dulu.. sampai skang masih dok terpikiaq terpikir macam mana boleh jadi macam tu.. sebelum tu BL nak tanya korang percaya tak pada kuasa luar biasa.. ala macam cite superhero kat tv tu.. kalau korang percaya sila gelengkan kepala.. kalau tak percaya pon tak pa just tolong anggukkan kepala sudah la tanda tak setuju k.. haha! siyes peristiwa yg BL penah alami ni bukan cite rekaan k.. memang betoi betoi penah berlaku pada diri BL.. so korang nak BL cite ka tak??? kalau nak mari teruskan membaca k.. kalau tak minat pon tak pa.. tak da paksaan.. just klik button pangkah kat atas tu sudah.. huhu.. wat sedey pulak kan..


peristiwa BL mempunyai kuasa luar biasa ni berlaku masa skolah rendah dulu.. kalau tak silap darjah dua kot.. maybe macam tu lah samada darjah dua atau tiga.. BL pon tak berapa nak pasti sangat.. ingat ingat macam tu ja.. besalah kuat sangat makan mi megi.. tu pasal cepat lupa kot.. hurm.. peristiwa ni berlaku kat kawasan kampung BL jugak.. time tu baru ja berpindah rasanya.. sebelom ni masa darjah 1 BL masih di Kelantan g.. macam besalah kecik kecik dulu petang petang selalu suka bersiar siar naik beskat basikal kecik BL.. boleh kata dengan beskat basikal kecik ni la BL ronda seluruh kawasan kampung.. nak p mengaji Quran dengan beskat basikal ni.. p beli cekelat kadai maksu ma pon naik beskat basikal ni.. memang time tu beskat basikal kecik ni amat bermakna dalam hidup BL..

nak dijadikan cite suatu petang tu BL tengah syok ronda pusing pusing kat area umah BL.. memang feeling habis time tu.. sambil mengayuh siap da bunyi moto g.. vrooooom.. vrooooom.. vroooom.. lebih kurang macam ni la bunyinya.. haha! sambil tengah syok mengayuh tu tiba tiba BL terdengaq terdengar suara seorang pak cik ni.. lekaih lari! lekaih lari!.. BL jadi heran.. awat pasai pa pulak pakcik ni suruh BL lari pulak.. masih wat bodo g dok layan kayuh beskat basikal.. tiba tiba BL terdengaq terdengar suatu dengusan dari jauh.. tapak kaki pon jelas kedengaran.. lalu BL memalingkan kepala kebelakang.. alangkah terkejutnya BL time tu.. senang cite memang dah gabra gila time tu? nak taw apa yg BL nampak.. cuba teka.. teeeet! masa dah habis.. hehe! menda yg BL nampak ialah sekor lembu yg bergegas lari menuju ke arah BL.. haha! BL pon apa lagi terus mengayuh beskat basikal dengan sepenuh daya yg ada.. kayuh punya kayuh tiba tiba rantai beskat basikal boleh tertanggal pulak.. aisey boleh tertanggal pulak time emergency macam tu kan.. lalu BL mencampakkan beskat basikal tu di tepi lalu berlari pulak.. time tu kalau da sapa sapa amek rekod pecutan larian BL silap silap boleh masuk genius world of record kot.. haha!

BL lari punya lari hingga sampai kat depan halaman umah Tok Wan BL.. lalu tanpa pikiaq pikir panjang terus melompat ke atas anak tangga umah.. fuh lega! nasib baik selamat landing.. terselamat jugak akhirnya.. BL memalingkan kepala melihat lembu tersebut masih menganas di halaman umah Tok Wan BL.. kemudian datang sekumpulan pakcik pakcik membawa tali untuk menangkap lembu tersebut.. fuh! nasib baik.. akhirnya berjaya juga di tangkap.. memang pro gila pakcik pakcik tu tangkap balik lembu tu.. rupa rupanya lembu tu mengamuk pasal terlepas masa tuan empunya nak ikat lembu tersebut di pokok.. hurm.. macam macam hal.. tapi menjadi persoalan.. macam mana BL boleh lompat sampai anak tangga atas.. agak tinggi jugak jarak anak tangga dengan tanah.. sedangkan masa tu BL masih kecik lagi.. adakah BL mempunyai kuasa luarbiasa untuk lompat tinggi??? 

kahkahkah! mengarut ja semua ni.. sebenarnya peristiwa yg berlaku pada BL ni mungkin akan berlaku kepada orang lain jugak apabila di dalam suatu keadaan yg mencemaskan.. memang kalau seseorang dalam keadaan cemas akibat sesuatu.. sebagai contoh dikejar binatang.. maka secara automatik akan berlaku suatu tindakbalas reflek hingga seseorang itu boleh melakukan sesuatu yg di luar batasan kemampuannya.. tak percaya try korang secara mengejut di kejutkan oleh sesuatu.. mesti ada menda menda pelik yg akan korang lakukan.. tapi maybe tak semua la kan.. haha!

hurm.. begitulah antara kisah BL masa kecik kecik dulu.. samada korang nak percaya atau tak terpulanglah.. yg pasti peristiwa tersebut masih berlegar di fikiran BL hingga hari ini.. haha! wokey sampai sini saja kot.. sat g nak p keluar senaman apa yg patot.. sekian.. wasalam.. :D


gambaran sewaktu kejadian berlaku


p/s: sori BL memang tak reti melukis.. main hentam ja.. so jangan marah na.. haha! :D

14 ulasan:

Qaseh Dalia berkata...

haha mesti kelakar ...dulu2 dalia lompat dr atas rumah ke bawah sakit giler tapi mase tu kat umah jiran coz dia sakit ..tiba2 dia mengamuk n pukul dinding so terkejut sgt haha kelakar ..sian kamu .. lembu tu nak bereknalan tu haha

Noor Fatin berkata...

hahha serius terkejut jugak. sampai anak tangga yang ke atas bleh lompat. sy dlu kan lari xlaju.mmg. slalu sgt kalau lumba lari asyik2 dpt num last. satu hari waktu malam sy kuar ke kedai dgn mak. tetiba ada anjing. tetiba anjing tu kejar sy, sy lari pnya la laju. kejap je smpi ke hujung jln. fuyooh!! msa tu sy pn pelik kah3! automatik kalau kita terlalu tgk! wee

Nora Shahaira berkata...

ish..akak dulu pun merasa..tenaga luar biasa. masa tu duk umah flat. tapi ntah apa yg akak kejarkan..lupa la..akak lompat sekali 8 anak tangga setiap tingkat. Masa tu sekolah rendah baru..hehe..akak follow ye..

niesz berkata...

hahahahaa..nsib x jtuh..

Udin berkata...

@Qaseh dalia adelia

hoho.. lompat dari ats bumbung eh? BL dapat rase mcm mane sakitnya.. perit ooo.. dulu masa dok hostel suka gak main terjun2 coz pintu bwh tangga terkunci.. sekali silap landing.. peh! perit gile.. hanya Tuhan ja yg taw.. haha! :D

Udin berkata...

@NOOR FATIN

haha! kn dah terbukti.. time kita dlm keadaan cemas.. memang x igt apa dah.. main redah ja semua.. janji slmat.. BL cukup fobia dgn anjing.. penah gak da pglaman kena kejar.. hehe! :D

Udin berkata...

@Nora Shahaira

haha! masa kanak2 dulu tenaga masih byk kn.. main sehari suntuk pon xpenah letih.. skang.. baru senaman seminggu sekali pon dah penat.. haha! :D

Udin berkata...

@niesz

huhu.. nasib baek kn.. kalau x mungkin dah amnesia kot.. haha! :D

bidadarihijau berkata...

hahaaa..klo time emergency mmg la...xingt ape dah..jnji selamat..hehe

Udin berkata...

@bidadarihijau

yup.. betoi tu.. redah je semua.. janji slamat kn.. haha! :D

farasakura berkata...

comelnye lembu,,,hahaha XD

Nazrul Ashraff berkata...

haha..flight or fight situation..ad j study mse bio dlm tajuk hormone..ad la adrenaline gland da secrete somethin 2..btw,, nasib baik BL selamat!! ahakz!!

Udin berkata...

@farasakura

macam perli je.. haha! :D

Udin berkata...

@nazrul ashraff

owh yeke.. tu punca dia eh.. haha! thanks 4 dat info.. :D

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)