Assalamualaikum..
berita kali ni adalah lanjutan daripada insiden yg menimpa adik Hairuman hingga melecur separuh badan akibat di timpa tiang elektrik ketika sedang memunggut kelapa sawit..
KLANG: Mangsa renjatan kabel elektrik yang melecur hampir 35 peratus tubuhnya, akhirnya membenarkan kedua-kedua tangan serta ibu jari kaki kirinya dipotong akibat dijangkiti kuman selepas mendapat nasihat doktor yang mengesyorkannya untuk berbuat demikian.
Kakak Mangsa, Maryuni Miskon, 32, berkata adiknya, Muhammad Hairuman, 22, bersetuju menjalani pembedahan itu selepas mendapat nasihat doktor bagi mengelak keadaan menjadi lebih serius.
Muhammad Hairuman dilihat memasuki bilik bedah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada jam 4.45 petang semalam.
Sementara itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa dan berjanji menyalurkan bantuan kepada mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung.
“Kami sangat bersimpati dengan mangsa dan berjanji membantu mangsa untuk mendapatkan sumbangan daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di samping mendapatkan peralatan seperti tangan palsu.
“Saya juga akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung perkara ini bagi mendapatkan bantuan susulan selain Kelab Putera 1Malaysia akan membantu mangsa menjalani kehidupan selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita di ruang legar HTAR, di sini, semalam.
Abdul Azeez juga turut menghulurkan sumbangan RM1,500 daripada Kelab Putera 1Malaysia kepada mangsa yang diwakili kakaknya.
Muhammad Hairuman, pelajar kolej swasta di Kuala Selangor terkena renjatan ketika mengambil upah mengait kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjung Karang pada 26 November tahun lalu.
sumber: berita harian
6 ulasan:
kesiannya dia..
hope dia dan keluarga tabah mghadapi dugaan nie..
nak buat macam mana.. semua tu dah ketentuanNya.. nauzubillah..
kesiannya dia. muda lagi tapi terima dugaan mcm neh.
Kesian tgk gambar dia kat n.paper ritu. Sakit sgt2. Dugaan...
cian kat die..muda lg.. :(
@ch!natsu
betoi.. semoga adik ni tabah hadapi dugaan dariNya..
@Nina Juliana
betoi2.. segala ketentuan dariNya..
@noraim
mmg kesian.. semoga dia tabah hadapi semua ini..
@Mahfuzah Husna Zulkifli
sayu terkenangkn nasib adik ni.. hurm
@niesz
yup.. sangat terharu lihat keadaan adik ni.. huhu
Catat Ulasan