Assalamualaikum..
hurm.. kali ni aku nak kongsi hal berkaitan hukum agama pulak.. aku terbuka hati nak kongsi pasal isu ni setelah terbaca akhbar kosmo hari ni di ruangan soal jawab agama.. penah kah korang terdengar dari sapa sapa samada member member atau keluarga yg mengatakan jika kita mandi bogel telanjang maka amalan yg kita lakukan selama 40 hari tidak dikira? biar betul? cuba bayangkan selama 40 hari amalan yg kita dilakukan tidak diterima.. Nauzubillah.. mintak simpang jauh la.. persoalannya adakah benar fakta ini?
sebenarnya tidak ada hadis sahih yg menyatakan amalan kita tidak diterima selama 40 hari sekiranya mandi bogel telanjang.. yg sahihnya hukum mandi bogel telanjang di tempat yg tertutup adalah Makruh, manakala adalah Haram sekiranya mandi bogel bertelanjang di khalayak ramai..
sedarilah bahawa Allah S.W.T. Maha Melihat lagi Maha Mengetahui setiap yg tingkah laku yg kita lakukan.. tanamkanlah perasaan malu dan tunduklah kepada Pencipta.. kita digalakkan supaya mandi menggunakan kain basahan atau sebagainya bagi mematuhi adab-adab ketika mandi..
terdapat hadis daripada Mu'awiyah bin Haidah RA. yg menceritakan;
Aku telah bertanya Rasulullah; "Ya Rasulullah! Bilakah masanya wajib kami tutup dan bila masanya harus kami buka?"
jawab Baginda:
"Jagalah aurat kamu kecuali kepada isteri kamu atau kepada hamba yg kamu miliki".
Aku bertanya lagi, "Bagaimanakah jika sekiranya seseorang daripada kami sedang bersendirian?"
Nabi menjawab:
"Allah lebih layak untuk kamu malu daripada manusia"
(Riwayat Imam Abu Daud, al-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah. Kata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan).
p/s: aku sekadar berkongsi tentang isu ini.. jika ada apa apa persoalan sila rujuk kepada Ustaz Ustaz atau Alim Ulamak yg berdekatan.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan