Khamis, 6 Januari 2011

Magika

Assalamualaikum




hurm.. sambil sambil jejalan usha blog kekawan aku aku terbaca satu n3 sorang blogger yg di kenali L yg menyediakan link utk muat turun filem Magika.. dh lama filem ni.. tahun lepas punya.. filem ni merupakan arahan sulung Edry Abdul Halim bertemakan filem muzikal fantasi.. plot mengisahkan tentang dua adik beradik yg menemuai sebuah alam fantasi yg berasaskan pelbagai kisah dongeng, mitos dan lagenda melayu lama..





Magika


Barisan Pelakon Dalam Filem Magika










Magika merupakan sebuah filem muzikal fantasi Malaysia arahan sulung Edry Abdul Halim yang dibintangi oleh Diana Danielle, Mawi, Ziana Zain, M. Nasir, Ning Baizura, Nabil, Saiful Apek, Senario dan pelakon kanak-kanak Fimie Don. Filem ini mengisahkan dua adik-beradik yang menemui sebuah alam fantasi yang berasaskan pelbagai kisah dongeng, mitos dan legenda Melayu ternama.
Filem yang dilaporkan menelan belanja RM 2.40 juta ini mula-mula ditayangkan dalam tayangan amal di pawagam Cathay Cineleisure, e@Curve, pada 10 Februari 2010, sebelum ditayangkan kepada umum di pawagam pada 23 September 2010.

Plot

Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan.
Sinopsis filem Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib.
Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baik kerana dia bertemu dengan Badang (Mawi)yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.
Magika menggabungkan lebih 15 pelakon ternama sebagai tarikan penonton ke pawagam. Kaya dengan mitos dan kisah legenda Melayu, Magika menampilkan beberapa watak yang dekat di hati orang ramai seperti Badang, Bawang Putih Bawang Merah, Pak Pandir, Mak Mandir, Mahsuri, Hang Tuah, Puteri Gunung Ledang dan Batu Belah Batu Bertangkup.

Pelakon & watak

  • Diana Danielle - Ayu (Pelakon Utama)
  • Mawi - Bad (Pelakon Utama)
  • Shafimie Saedon - Malik (Pelakon Utama)
  • Ziana Zain - Nenek Kebayan (Pelakon Utama)
  • Ning Baizura - Puteri Gunung Ledang (Pelakon Utama)
  • Maya Karin - Bunian (Pelakon Utama)
  • M.Nasir - Penunggu Gua (Pelakon Pembantu)
  • Raja Azura - Mak Andeh (Pelakon Utama)
  • Norman KRU - Pokok Bersaudara (Pelakon Utama)
  • Edry KRU - Pokok Bersaudara (Pelakon Utama)
  • Yusry KRU - Pokok Bersaudara (Pelakon Utama)
  • Aznil Nawawi - Pak Pandir (Pelakon Pembantu)
  • Datuk Jalaluddin Hasan - Murad (Pelakon Pembantu)
  • Ogy Ahmad Daud - Ija (Pelakon Pembantu)
  • Sharifah Amani - Bawang Putih (Pelakon Pembantu)
  • Sharifah Aleya - Bawang Merah (Pelakon Pembantu)
  • Adibah Noor - Makcik Halia (Pelakon Pembantu)
  • Ruminah Sidek - Tok Wan (Pelakon Pembantu)
  • Sabri Yunus - Bendahara (Pelakon Pembantu)
  • Saiful Apek - Hang Tuah (Pelakon Pembantu)
  • Mazlan Pet Pet - Hang Jebat (Pelakon Pembantu)
  • Azlee Senario - Hang Kasturi (Pelakon Pembantu)
  • Hamdan Ramli - Hang Lekir (Pelakon Pembantu)
  • Illya Buang - Hang Lekiu (Pelakon Pembantu)
  • Vanidah Imran - Mahsuri (Pelakon Pembantu)
  • Norman Hakim - Lembing Awang Pulang Ke Dayang (Pelakon Pembantu)
  • Nabil - Orang Minyak (Pelakon Pembantu)
  • Zaibo - Nujum Pak Belalang (Pelakon Pembantu)
  • Hadziq - Belalang (Pelakon Pembantu)
  • Marsha Milan Londoh - Puteri Santubong (Pelakon Pembantu)
  • Azhari Mohd Zain - Doktor (Pelakon Pembantu)


Penerbitan

Filem ini merupakan percubaan sulung Edry Abdul Halim, yang bongsu daripada tiga adik-beradik KRU, selaku sutradara filem, walaupun beliau berpengalaman sebagai pengarah pementasan sebelum ini. Proses penggambaran awal filem Magika dijalankan mulai Februari 2008 hingga Januari 2009. Adalah diwar-warkan bahawa filem ini bertujuan untuk memastikan kesegaran dan kelestarian cerita rakyat tradisional Melayu di depan mata generasi Malaysia semasa. Kata Edry kepada pihak akhbar pada malam tayangan amal, "Bagi saya, Magika sebenarnya membantu menaikkan kembali cerita-cerita mitos popular orang-orang tua kita, seperti kewujudan nenek kebayan, kisah Pak Pandir, Badang dan pelbagai cerita lagi yang bukan saja relevan untuk tontonan kanak-kanak tapi seisi keluarga". Memandangkan ini filem muzikal, Edry turut mencipta empat belas lagu baru khas untuk filem ini untuk dinyanyikan oleh para pelakon sendiri, tanpa bantuan penyanyi profesional.

Tayangan

Tayangan julung kali Magika berupa majlis tayangan amal bersama anak-anak yatim pada 10 Februari 2010, disusuli tayangan diraja di Dewan Kapitol, Perlis pada 3 Julai, istimewa sempena ulang tahun kesepuluh pemerintahan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail. Filem ini akhirnya ditayangkan kepada umum di 56 buah pawagam di Malaysia dan beberapa lagi pawagam di Brunei Darussalam pada 23 September 2010.

Sambutan

Pihak KRU meletakkan sasaran RM4 juta untuk Magika sepanjang tayangannya di pawagam. Pada empat hari pertama tayangannya (23–26 September 2010), filem Magika dilaporkan mengutip RM 1.3 juta dari pawagam di Malaysia dan Brunei. Di carta pawagam seluruh Malaysia, filem Magika menduduki tangga ketiga pada hujung minggu pertamanya.

Ulasan

Pada tayangan amal pada bulan Februari, filem Magika dilaporkan mendapat sambutan hangat dari para hadirin akhbar. Antara yang membuat ulasan awal berdasarkan tayangan khas itu termasuk Nur Safina Othman untuk portal hiburan CinemaOnline dan Tupai, yang berani memberikan lima bintang kepada filem ini dengan ulasan berikut:

Memanglah benar kebanyakan pelakon Magika adalah penyanyi yang hebat … Namun pujian harus diberikan kepada pelakon-pelakon lain kerana mereka juga tidak kurang hebatnya, terutama sekali Diana Danielle; Walaupun lakonannya agak sedikit kaku di sesetengah babak, namun nyanyiannya menutup kekurangannya itu. Gabungan Diana sebagai 'kakak' kepada pelakon cilik Fimie Don juga serasi. Lakonan Mawi pula layak diberi pujian walaupun masih kaku. Namun jika dibandingkan dengan lakonannya melalui filem arahan Azahari Mohd Zain "Jin Notti" (2009), lakonannya kali ini ada peningkatan dan ia tidak mengecewakan.
Dengan sinematografi yang cantik, CGI yang nampak benar, lagu-lagu 'catchy' dan lakonan hebat, "Magika" telah meletakkan satu 'standard' baru dalam industri filem tempatan.

Anugerah

Filem Magika mengungguli senarai pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke-23 dengan 12 pencalonan dan berjaya memenangi sebahagiannya, iaitu:

  • Filem Terbaik(Menang)
  • Pengarah Harapan - Edry Abdul Halim(Menang),
  • Poster Terbaik,
  • Pereka Kostum/Busana Terbaik - Dee Hasnan Yaacob(Menang),
  • Lagu Tema Asal Terbaik - Penyembuh Rindu(Edry Abdul Halim)(Menang),
  • Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Fimie Don(Menang),
  • Penataan Bunyi Terbaik - Edry Abdul Halim, Mohd Mohsin Othman & Amaludin Syukri,
  • Penataan Seni Terbaik - Johan Lucas & John Kajang(Menang),
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Ziana Zain,
  • Filem Komedi Terbaik,
  • Skor Muzik Asal Terbaik - Edry Abdul Halim(Menang),
  • Sinematografi Terbaik - Mohd Noor Kassim
  • Cerita Asal Terbaik - Edry Abdul Halim.


sumber: magika

p/s: sapa dh tengok filem ni? amacam best x? tgh plan nak masukkan dlm list utk muat turun filem ni.. link untuk muat turun filem magika klik sini

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)