Sabtu, 8 Januari 2011

dimanakah GRUNGE menghilang?

Assalamualaikum..




hurm.. Grunge.. time zaman skolah dulu dalam sekitar tahun 90'an istilah Grunge ni amat popular di kalangan remaja terutama budak budak muzik.. kebanyakkan akan mengaitkan istilah Grunge dengan Kurt Cobain dan Nirvana.. adakah kurt Cobain dan Nirvana ini merujuk kepada Grunge.. jawapannya adalah tidak.. Kurt merujuk kepada vokalis kumpulan Nirvana.. manakala Nirvana merupakan kumpulan muzik yg membawa genre Grunge.. kalau begitu apakah istilah Grunge ini sebenarnya?




Grunge ini sebenarnya merujuk kepada genre muzik rock alternatif yg diilhamkan dari genre muzik punk hardcore, heavy metal, dan rock indie.. jika di barat Grunge ini merujuk kepada "Seattle Sound" iaitu bunyi Seattle.. hal ini kerana muzik Grunge ini dicipta oleh kumpulan dari negeri Washington, terutama dari kawasan Seattle pada pertengahan tahun 1980'an.. muzik Grunge berjaya dari segi perdagangan pada pertengahan tahun 1990'an.. hal ini disebabkan tertubuhnya kumpulan Nirvana (Nevermind) dan Pearl Jam (Ten).. genre Grunge ini berkait rapat dengan Generation X di Amerika Syarikat, kerana kepopularan genre dan penggunaan istilah generasi timbul serentak.. Grunge adalah definasi awal fenomena muzik 1990'an, yang membezakan muzik rock 1990'an dari 1980'an..

muzik Grunge bercirikan muzik gitar elektrik "kotor-dirty", strong riffs, dan dram yang kuat.. bunyi kotor disebabkan pengunaan meluas pengherot gitar yang kuat (heavy guitar distortion), kotak fuzz dan bunyi sua balas (Audio feedback).. ia juga terhasil dari pertukaran stail dalam kaedah piwaian memainkan rock punk.. Grunge menggabung unsur punk keras dan heavy metal menjadi satu bunyi, sungguhpun kadang-kala ia dimainkan dengan penekanan pada salah satu darinya.. kumpulan Grunge terkenal kerana mentaliti dan atitud punk, dan muzik ini berkongsi dengan muzik punk dari segi bunyi kasar, tempo kencang, dan penyampaian vokal.. bagaimanapun, grunge turut membabitkan tempo lebih perlahan, (dissonant harmonies), dan peralatan rumit menyamai heavy metal.. lirik Grunge biasanya berkenaan tema yang sama seperti terasing dari sosial, tidak kisah (apathy), terperangkap dan keinginan untuk bebas.. ia biasanya dipenuhi kemarahan, kekecewaan, (ennui), takut, tertekan dan penagihan dadah sering kali diterokai dalam lagu grunge.. liriknya menyamai punk dan apa yang dianggap Generasi X.. beberapa faktor mungkin mempengaruhi lirik ini.. kebanyakan peminat dan pemuzik grunge menunjukkan kekecewaan umum (general disenchantment) dengan keadaan masyarakat dan tidak selesa dengan prejudis masyarakat.. mereka sering kali dianggap golongan tercicir dan penagihan dadah adalah biasa dikalangan mereka.. juga, ramai pemuzik grunge memulakan kerjaya mereka sebagai remaja atau pemuda, apabila perasan (angst) adalah biasa.. sungguhpun begitu bukan semua lagu grunge berkenaan tema sedemikian: Satirical Kumpulan Nirvana dalam "In Bloom" adalah contoh terkenal bagi penulisan lagu lebih melucukan.. malah, beberapa lagu grunge dipenuhi dengan samaada rasa muram atau riang atau lucu juga (sebagai contoh, Kumpulan Mudhoney "Touch Me I'm Sick" atau Kumpulan Tad "Stumblin' Man"), sungguhpun ini biasanya tidak disedari oleh umum.. lucuan dalam grunge seringkali berbentuk (parody glam metal) (sebagai contoh, Soundgarden "Big Dumb Sex") dan bentuk lain muzik rock yang popular semasa 1980'an..

minat terhadap muzik grunge bagaimanapun pendek sahaja.. terdapat beberapa faktor penting yg menyumbang kepadanya.. Sungguhpun sebahagian darinya mampu secara sendiri menamatkan kepopularan genre ini, ia dipercayai bahawa lebih dari satu faktor menyebabkan kemerosotan.. kebanyakan peminat dan sejarahwan muzik percaya bahawa kebanyakan kumpulan Grunge terlalu menentang kepada populariti umum (stardom) bagi mencapai sokongan berkekalan dari label syarikat rakaman utama.. kebanyakan kumpulan Grunge enggan bekerjasama dengan syarikat rakaman utama bagi menghasilkan ikatan ramah radio, dan syarikat rakaman berpaling kepada kumpulan baru yang sanggup melakukannya, sungguhpun dengan irama yang dikurangkan yang tidak begitu disambut baik oleh peminat lama genre itu.. kemerosotan jualan muzik pada 1996 turut mempengaruhi syarikat rakaman bagi melihat genre muzik berlainan dari mempromosi genre seperti grunge yang popular setakat itu.. bagaimanapun kemerosotan ini mungkin juga disebabkan penggunaan kumpulan yang lebih jinak iramanya oleh industri muzik itu sendiri..

antara faktor yang mungkin mendorong kemerosotan popular umum grunge adalah kebangkitan sub-genre grunge yang dikenali sebagai Post-Grunge.. Post-Grunge merupakan variasi grunge ramah radio yg tidak mempunyai bunyi "kotor" yang biasa didengari peminat Grunge.. sub-genre ini dipercayai didorong oleh esekutif syarikat rakaman yang mahu menjual variasi genre Grunge kepada pasaran lebih meluas dengan menyerupai bunyi muzik pop.. pada pertengahan 1990-an, syarikat rakaman mulai mengambil beberapa kumpulan yang menghasilkan muzik seperti itu dan memberikan mereka lebih dedahan.. sementara sesetengah kumpulan tersebut berjaya seperti Silverchair dan Bush, kebanyakan peminat grunge mengutuk kumpulan post-grunge sebagai pembelot.. ini jelas dalam kes Candlebox dan Collective Soul, yg dihina oleh kebanyakan peminat Grunge.. malah kumpulan Post-Grunge yang berjaya turut dituduh sedemikian oleh peminat Grunge, menyebabkan banyak dari mereka mempunyai kepopularaan yang lebih singkat berbanding kumpulan grunge awal..

Penggunaan dadah heroin dikalangan pemuzik grunge turut merupakan masalah utama bagi penerusan sesetengah kumpulan Grunge.. kematian Andrew Wood akibat terlebih dos pada 1990 merupakan tragedi utama pertama bagi lapangan Grunge, menamatkan karea kumpulan Mother Love Bone.. penggunaan heroin oleh Kurt Cobain dipercayai menyumbang kepada kematiannya pada 1994 (sungguhpun ia tidak pernah disahkan).. kematian Kristen Pfaff dari kumpulan Hole pada 1994, dan Layne Staley dari Alice in Chains pada 2002, turut di sebabkan terlebih dos heroin.. ia dipercayai ramai bahawa Grunge mulai merosot dengan kematian Cobain pada April 1994.. yg menariknya, Cobain seringkali dirakamkan gambarnya dengan mengenakan t-shirt menyatakan "Grunge dah Mati"..

Tahun 1996 terbukti tahun terakhir pemuzik Grunge dianggap aktif.. pada tahun ini, banyak "terakhir" berlaku.. Pearl Jam membebaskan album terakhir yang memenangi senarai (charts), No Code. Alice in Chains memberikan persembahan terakhir dengan penyanyi utama , Layne Staley yang sering sakit-sakit.. Soundgarden dan The Screaming Trees membebaskan album studio terakhir mereka, Down on the Upside dan Dust (Screaming Trees album).. dan Nirvana membebaskan album lansung From the Muddy Banks of the Wishkah..

antara kumpulan kumpulan muzik grunge barat yg menaikkan populariti muzik ini ialah Green River, Mudhoney, Nirvana, Pearl Jam, Alica in Chains, Soundgarden, mother love bone, temple of the dog, Melvins, Stone Temple Pilots, dan banyak lagi.. Di Malaysia pula adalah kumpulan Justaposed, Butterfingers, dan Dead Mushroom.. kini kini di Malaysia kumpulan kumpulan muzik grunge ini masih lagi aktif tapi bergerak di bawah nama kumpulan indie.. antaranya ialah kumpulan Dish, Green Love, Tyre Pancit, Disagree, Out of Tune, dan banyak lagi..




Grunge is not Dead!


Butterfingers - Kembali (2008)


p/s: aku harap sangat lagu lagu grunge masih lagi diputarkan di radio.. 

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)