~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Selasa, 4 Januari 2011

Ludahan SYAITAN!

Assalamualaikum





hurm.. korang penah kena x gegata? sapa yg penah kena mesti taw kn mcm mana penangan kena gegata ni.. mmg x bleh tahan.. habis gatal satu badan.. bg sapa2 yg belom penah dengar gegata ni juga lebih dikenali sebagai kelopak garam.. gegata ni terjadi disebabkan alahan pada sesuatu samada makanan atau persekitaran kita..


tanda tanda bila seseorang itu terkena gegata ialah apabila badan terasa gatal gatal.. bila digaru akan menyebabkan timbulnya ruam berwarna merah seperti bintat.. penyakit ni tidak sakit cuma menyebabkan seseorang itu berasa tidak selesa.. kadang kala penangan gegata ni akan menyebabkan badan sesorang itu terasa bahang dan panas.. dinasihatkan jika sapa sapa yg terkena gegata ni jgn garu kerana kesannya akan merebak hingga seluruh badan..

ada juga pendapat yg mengatakan penyakit gegata ni juga dikaitkan dengan unsur halus kerana dikatakan terkena ludahan syaitan? betoi ka? ni kata kata org tua dulu dulu la kn.. kebiasaanya kata kata org tua ni ada maksud tersiratnya.. korang pikir pikir la sendiri ya.. hurm..



contoh gegata/kelopak garam:













petua petua utk merawat penyakit gegata ni antaranya:




~> minum air kelapa.. khasiat air kelapa ini berperanan utk melawan kuman.. kesannya mungkin akan bertambah gatal tapi awas jgn garu utk mengelak penyakit ni daripada merebak..

~> mandi air garam.. kena didihkan air dulu pastu dilarutkan garam kedalamnya.. tunggu sampai air menjadi suma kemudian mandi.. langkah mandi dengan air garam ni dapat mengurangkan kesan gagata pada keesokkan harinya.. tapi awas diulangi jgn garu kerana kesannya akan merebak ke seluruh badan..

~> sapukan calamine lotion.. dapatkan ubat ini di klinik atau kedai farmasi berdekatan.. sapukan ubat ni dikawasan yg terasa gatal gatal.. akan memberi keselesaaan terutama sewaktu hendak tidur di malam hari.. namun akan memeberi kesan lebih teruk jika garu..

~> mandi air sireh dicampur garam.. langkah ini sama juga dgn mandi air garam kena didihkan air dulu pastu masukkan sireh dan garam kasar.. kemudian mandi dapat mengurangkan kesan gegata ni..

~> sapukan isi bonglai.. bonglai ni lebih kurang mcm lengkuas dan halia.. langkahnya isi bongsai ini dilegat kemudian disapu ke bahagian yg terasa gatal gatal.. dapat mengurangkan kesan penyakit gagata ni..

~> sapukan abu tembakau.. langkahnya bakarkan tembakau.. kemudian ambil abu tembakau ni dan sapukan ke bahagian yang terkena gagata ni..

~> sapukan abu dapur kayu.. langkah ni sama juga dengan abu tembakau.. ambil abu dapur tersebut kemudian sapukan ke bahagian yg terkena gegata ni..

~> mandi air pucuk jambu batu.. langkahnya didihkan air kemudian masukkan pucuk jambu batu ni.. semasa mandi gosokkan pucuk jambu batu ni ke kawasan yg terkena gegata ni..

~> gosokkan dengan jaring.. langkahnya rendamkan jaring ke dalam air garam.. kemudian kosongkan jaring tersebut ke anggota badan yg terkana gegata..


* AWAS Jika Penyakit Gegata Ini Semakin Berlarutan. Langkah Paling Terbaik Pergi Berjumpa Doktor. Sekian Terima Kasih :D


BL: aku penah kena penyakit ni.. peh mmg gatai gila satu badan.. huhu :(

22 ulasan:

lavender harum wangi berkata...

xpenah kena.. tapi ada member penah kena, kesian tengok dia kegatalan~ haha, yup2, langkah terbaik adalah jumpa doktor.. baru la sembuh~ :D

udin berkata...

yup.. that's right.. better g jumpe doktor terus kalau kena penyakit ni :)

saljihitam berkata...

wuarghh ngerinyee --"

Liza @ Adzriel AB berkata...

kesian bila tergaru-garu.

Tanpa Nama berkata...

sekarang sy sedang alami ruam nih...perghh..memg gatal..xtahan...

tailor yous berkata...

aq penah kene byk kali....alergi mkn laut dan sejuk...terlupa nk elak mkn udang apalagi bdn aq trus jdi gegata....gatalnya punya la...aduh!!!!! x thn!!!!

Tanpa Nama berkata...

Anak sy baru kena gegata ni,kecian,dah mandi air garam,sekejap jer lega,lepas tu jadi blk..menangis laa ank sy ni..last sekali terigt asam keping rendam dlm air panas.bila dah mesra,sy sapu air tu kt tmpt gatal gosok dgn kain,ms tu mesti air panas2 suam.lepas tu. Ank rs ok n berhenti menggaru..alhamdulillah..cuba laa

cik berkata...

Nak cuba la petua ni. Ank sedara sy ni dah lm kn pnykit ni. Dah puas jmpa doc, mkn ubt klinik. X lega2 gak.

BanjaRboyZ93 berkata...

Saye kena nie...sblom ni xpena berpantang makan...maen bedal jew.....skali kena,tp mlm jew dtg gtalnye....

Tanpa Nama berkata...

Sekian lama tak kena baru nie kena balik.masuk kali nie dh 3 kali kena.habis satu badan,Allah shj yg tahu azabnya huhu

Tanpa Nama berkata...

Sy pun penah kena!


Tanpa Nama berkata...

Gatal nye mula drpd kaki...gatallll sesangat

dhoif berkata...

Pndpt pribadi sy,gelgata ni alahan mknan daging,atau mgkin korang x blh nk terima..di sbbkan ada gangguan makhlus halus,wallahhua'lam

Unknown berkata...

Mcm mane nk ilangkan yea..sy skrg tgh alami..mlm je kne..wkt siang ok plak..

Zuliekha Jue berkata...

Mcm mane nk ilangkan yea..sy skrg tgh alami..mlm je kne..wkt siang ok plak..

Tanpa Nama berkata...

Allahuakhbar.sy da alami selama sebulan lbih.gtl nye mengenyam sngt2! Puas thn p xthn garu jg.da g clinic mkn ubt p same jgk.xde perubahan.sy ade ank umr setahun.da sbln lbh ni sgala rase tertekan akibat gegata ni sy hnye mmpu sabar.ye lah dgn ank tgh lincah explore dunia.dgn thn gtl gegata.tlg la bg petua.ade yg ckp mcm gangguan jin.ludah jin.waallahualam..

Tanpa Nama berkata...

Saya tgh alami. Dh masuk 2mgu.mula2 time maghrib je gatal tu timbul.mula kt kaki n tangan. Sok pg clear. Baru2 ni bangun pg je dh tumbuh bintat2. Xgaru tp ttp merebak.2klinik swasta, pastu klinik krjaan.ubat dh abis.tp xsembuh2 gak

Tanpa Nama berkata...

Saya tgh alami. Dh masuk 2mgu.mula2 time maghrib je gatal tu timbul.mula kt kaki n tangan. Sok pg clear. Baru2 ni bangun pg je dh tumbuh bintat2. Xgaru tp ttp merebak.2klinik swasta, pastu klinik krjaan.ubat dh abis.tp xsembuh2 gak

Tanpa Nama berkata...

Saya tgh alami. Dh masuk 2mgu.mula2 time maghrib je gatal tu timbul.mula kt kaki n tangan. Sok pg clear. Baru2 ni bangun pg je dh tumbuh bintat2. Xgaru tp ttp merebak.2klinik swasta, pastu klinik krjaan.ubat dh abis.tp xsembuh2 gak

Nur Zahirah berkata...

saya tengah kena sekarang ni. dah 2 minggu kena ni. dah tiga kali pergi jumpa doktor, bagi ubat sapu tak berkesan jugak. rasa nak giveup pu ada.

Unknown berkata...

Wah sy pun tgh kene.bru kene dalam thn ni.bru perasan kebelakangan ni start hatal2 ni naik waktu maghrib.huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama! Saya pun sama. memang dari kecik2 sampai dah tua selalu kena. Skang dah umo 40. Masih blm jumpe ubat. Makan ubat alahan dan gatal bertahan 2-3 jam je..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)