Rabu, 12 Januari 2011

lelaki, perempuan, dan ....

Assalamualaikum..




hurm.. korang penah da pengalaman x terserempak dgn menda menda pelik??? menda pelik yg BL maksudkan macam makhluk halus ka.. atau menatang pelik ka.. haha.. macam mana perasaan korang time tu??? sapa sapa yg da pengalaman macam ni mesti rasa macam nak luruh jantung ja kan.. yg masih lom rasa korang kira masih bernasib baek la.. ni BL ada satu cerita ngeri nak share dengan korang.. kisah ni berlaku kat sorang mamat yg dok kat area Ipoh.. jangan tanya BL mana dapat cerita ni.. sebab BL dengaq dari mulut ke mulut ja.. so kemugkinan cerita ni hanya rekaan semata mata atau betoi betoi berlaku.. terpulang lah pada korang nak percaya atau pon tak..


mamat yg BL maksud kan ni dikenali sebagai Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia amik shif petang so kena balik tengah malam la.. satu malam tu dia lalu la kat jalan nak g airport kat area Ipoh ni.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid ni ada tempat sampah.. dah nama tempat sampah kompem la busuk kan.. tapi nak jadi cerita malam tu tempat tu jadi wangi.. masa tu mamat ni dah rasa lain macam ja.. tapi masih maintain cool teruskan perjalanan.. then ntah mana mai tiba tiba muncul kelibat pompuan pakai baju serba putih tahan dia.. kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung.. mamat ni jenis tak caya sangat menda menda karut so tanpa pikir panjang bagi la si pompuan ni tumpang..

semasa dalam perjalanan tiba tiba mamat ni terbau sesuatu yg sangat wangi.. bau wangi ni sama macam tempat sampah depan masjid tadi.. mamat ni memang dah syak sesuatu dah.. dia pon dah rasa naik seram sejuk.. tapi masih lagi maintain cool teruskan perjalanan.. then sampai la kat satu jalan yg berbukit so dia press la minyak moto dia sepenuhnya coz nak cepat dan dah rasa semacam ja bawak pompuan ni.. tapi yg herannya lepas ja kawasan bukit tu.. dia rasa ringan ja moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok tengok pompuan tu dah hilang.. tapi bau wangi masih ada.. dia ni apa lagi terus pecut moto balik umah.. sampai ja umah terus masuk selimut tidoq bawah katil..

keesokan harinya dia g keja lagi.. masih lagi balik ikut jalan yang sama jugak.. sampai kat tempat semalam, pompuan semalam yg dia jumpa ada lagi kat situ.. time tu mamat ni memang dah gabra gila dah.. bulu roma pon dah naik.. so apa lagi terus pecut moto tak ingat dunia.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul betul depan pompuan tu.. tiba tiba enjin moto mati.. memang malang betoi nasib mamat ni malam tu.. nak wat macam mana kan dah terstop kat situ.. pompuan tu tanpa segan silu terus naik atas sit moto mamat ni.. time tu mamat ni dah jadi macam kena pukau semacam ja.. mau tak mau bagi jugak lah si pompuan ni tumpang.. so dalam keadaan seram sejuk mamat ni terus kan ja perjalanan.. dia bawak moto pon tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yg patut.. 

jalan punya jalan sampai la kat tempat berbukit kelmarin.. tiba tiba pompuan tu tepuk bahu mamat ni.. gila masa tu macam macam menda dok main kat pikiran mamat ni.. so dia wat bodo ja tak nak paling tengok belakang.. pompuan ni masih lagi tepuk bahu dia.. so bila dah dua tiga kali tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat mamat ni cam ni "abang, jangan bawak moto laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini"..




p/s: apa macam seram tak? kahkahkah :D

6 ulasan:

ch!natsu berkata...

sib bek aku tkot nak bw moto.. haha..
aku xprnh trserempak lg..
tp takat kene kcu skit2 tue prnhla.. huhu~

Udin berkata...

@ch!natsu

wooo.. seram.. kne kacau sikit2 pon bahaye gak tu.. haha! :D

Mat Ganu berkata...

hahaha...adik suke kat abg lah...hehehe

Wardah alisya berkata...

kesian adik tu..haha
alisya folow kembali :)

Udin berkata...

@Mat Ganu

hahaha! abg pon suka kat adik... ;)

Udin berkata...

@Alisya

huhu.. cian kat dia kn.. ;) makaseh follow.. salam perkenalan dr BL.. hehehe :)

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)