Assalamualaikum
hurm.. Kisah Seorang Biduan.. korang penah layan x lagu ni? amat terkenal sekitar tahun 70an' dulu.. sapa yg x kenal dengan penyanyi lagu ni bukan? merupakan hasil karya Dhalan Zainuddin, bekas penyanyi dan pelakon veteren yg amat terkenal dengan lagu Kisah Seorang Biduan ni.. beliau dilahirkan di Ipoh, Perak..
antara lagu yg penah didendangkan beliau ialah Lagu Untukmu, Bersama Lagu Ini, Wajah-Wajah Cinta, dan Joget Kaki Lima.. selain itu beliau juga penah berlakon dalam sebuah filem yg juga bertajuk Kisah Seorang Biduan.. filem ini diterbitkan sekitar tahun 1979.. filem ini mengisahkan tentang kisah hidup seorang pemuda yg dekenali sebagai Dell, merupakan seorang penyanyi yg kecewa kerana kekasihnya telah berkahwin dengan orang lain..
lalu Dell membuat keputusan untuk membawa diri ke Kuala Lumpur dan mempertaruhkan nasibnya sebagai seorang penyanyi.. dengan hanya berbekalkan sebuah guitar tua Dell menghadapi berbagai rintangan tetapi akhirnya berjaya juga menjadi seorang penyanyi.. di saat kejayaannya, bekas kekasihnya telah muncul kembali.. Dell menjadi serba salah walaupun cita-citanya telah berjaya tetapi hatinya masih kecewa..
Dahlan Zainuddin
Kisah Seorang Biduan
Dhalan Zainuddin - Kisah Seorang Biduan
Dari sebuah desa
Berbekal gitar tua
Datang ke ibukota
Dengan penuh harapan
Menjadi seorang biduan
Oh biduan pujaan
Pujaan tua muda
Kau ditaburi cahya
Dan sinar kekaguman
Dan riuhnya tepukan
Meskipun kau tersenyum
Namun orang pun tahu
Apa isi hati mu
Tatkala kau lagukan
Lagu mu lagu sedih
Perjalanan hidup mu
Ditinggal kekasih mu
persoalannya apakah maksud tersirat yg ingin disampaikan oleh Dhalan Zainuddin melalui lagu Kisah Seorang Biduan ini.. adakah lirik ini hanya membawa maksud secara direct to the point terus yakni mengenai kisah seorang pemuda yg kecewa ditinggalkan kekasihnya, lalu membawa diri ke kota menjadi anak seni.. atau ada maksud tersirat sebaliknya..
mengikut pemahaman aku sendiri.. lirik ini juga boleh merujuk kepada anak anak muda terutama golongan mahasiswa dan mahasiswi yg masih terkial kial mencari peluang pekerjaan.. terpaksa membawa diri meninggalkan orang tersayang yakni kelurga untuk mencuba nasib mencari pengalaman kerja di kota.. sememangnya banyak cabaran yg bakal menimpa ketika hidup di kota kelak..
p/s: aku memang minat lagu ni.. kenapa sekarang radio jarang pasang lagu lagu macam ni yer?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan