~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Ahad, 2 Oktober 2011

Khasiat Pokok Ayam Emas

Assalamualaikum


Subhanallah, memang unik kejadian Allah S.W.T. Pagi tadi setelah sarapan di restoren Subaidah, Seberang Jaya, BL terus bergerak ke Pasar Tani, Padang Serai. Macam biasa la aktiviti hari minggu cari bahan dapur apa yang patut. Sampai saja ditempat yang dituju, BL tertarik melihat sejenis tumbuhan yang bagi BL agak unik dan pelik la. Kira kali pertama la BL jumpa tumbuhan pelik macam ni. Tapi sekadar tengok aja la. Tak beli pun. Hehehe. Mungkin ada segelintir pembaca pernah dengar tentang pokok Ayam Emas ni.



pokok ayam emas dipetik dari google



Menurut sumber dari wikipedia, Pokok Ayam Emas ni merupakan sejenis pokok paku gajah yang tergolong dalam keluarga pakis Dicksoniaceae. Pokok ni juga dikenali sebagai Penawar Jambi, Pakis Monyet, Pakis Emas, Pakis Sun Go Kong, Pakis Hanuman, dan golden chicken fern dalam bahasa Inggeris. Nama saintifik tumbuhan ni adalah C. barometz merupakan tumbuhan asal sebahagian China dan sebelah barat Semenanjung Malaysia. Pokok ini tumbuh hanya pada ketinggian 1 m (Templat:Convert/kain), apabila tegak tetapi sering kali rundup, membentuk kelompok di cerun hutan terbuka dan di kawasan dibuka. Bukaannya mencecah panjang hingga 3 m (10 ka).

Herba ini mempunyai kegunaan perubatan. Bulu pokok ini dikatakan boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sungguhpun mempunyai taburan yang luas, ia dikutip secara meluas di Asia Tenggara, menyebabkan kemerosotan dalam saiz populasi dan jumlah individual. Ia dipercayai sebagai "Vegetable Lamb of Tartary" pada zaman pertengahan.

Spesies ini merupakan salah satu sejumlah kecil pokok pakis yang pada awalnya diletakkan oleh Carl Linnaeus dalam keluarga pakis Polypodiaceae dalam bukunya Species Plantarum.

Menurut penerangan daripada pakcik yang menjual pokok Ayam Emas ni, selain dijadikan hiasan banyak juga la khasiat yang boleh diperolehi daripada pokok ni terutamanya untuk dijadikan ubat. Sebagai contoh bulu pokok ni dapat merawat luka dengan cara mengambil sedikit bulu yang terdapat pada pokok ni lalu dibakar dan ditampal ditempat luka. Selain itu, pokok ni juga dapat merawat sakit gigi. Caranya ialah dengan mengumpal sedikit bulu pokok ini dan ditampal pada lubang gigi yang sakit tersebut.

Ubi pokok Ayam Emas ni juga dapat merawat penyakit resdong, darah tinggi, kencing manis, orang kena santau, wanita lepas bersalin (selepas 40 hari), angin dalam badan, sakit urat, tambah tenafa batin, dan menambah selera makan. Caranya ialah dengan memotong beberapa keping ubi ayam emas tersebut kemudian direbus. Minum air rebusan tersebut dengan menjadikan amalan setengah cawan pagi dan malam. Insya'Allah penyakit tersebut akan sembuh.

Sumber: Wikipedia

BL: Nasihat BL tak salah untuk berusaha berubat secara tradisional ni dengan syarat harus yakin bahawa yang menyembuhkan setiap penyakit itu adalah Allah S.W.T. Jangan pula buat tanggapan bahawa pokok Ayam Emas ni yang merawat segala penyakit tersebut. Syirik wooo.

5 ulasan:

aleen aiden berkata...

mak aih,xnampak macam pokok pon..hu3

Sunah Sakura berkata...

ish peliknya tumbuhan ni..pestime tengok!

jelah berkata...

owh.....x perasan ade pokok cmtu di malaysia..

fRaMe+LenSeS berkata...

ptama kali jmpa pokok ni.. hebat kan? kuasa ALLAH, segala yang ada disekeliling kita ni ubt. bl kita tahu gunakan klebihan y ALLAH bg. ;)

Tanpa Nama berkata...

ada setengah tempat panggil bulu burit.. sy pnh guna..mmg bagus utk henti pendarahan.

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)