Assalamualaikum
Salam semua.. Kali ini nak kongsi sedikit tentang Jin.. BL dapat info ini dari kuliah Ustaz Haji Ismail kamus.. Kenal tak siapa? Kalau tak kenal rajin rajin la 'google' apa yang patut.. Hurm.. Tahukah korang apakah itu Jin sebenarnya? Ni bukan Jin Kazama watak games Tekken itu okay.. Jin yang BL nak kongsikan ini merupakan antara makhluk ciptaan Allah S.W.T. seperti Malaikat dan juga Manusia.. Mengikut sumber dari kuliah ustaz Haji Ismail Kamus, Jin berasal dari Jan (Bapa Jin) dan gelarannya adalah Azazil.. Azazil ini dicipta dari api berwarna biru, dan telah beramal berpuluh ribu tahun lamanya..
Apabila Allah S.W.T. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam A.S., mereka ingkar.. Maka Allah S.W.T. melaknat dan perintahkan kaum Jin ini turun ke bumi.. Tahukah korang bahawa Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan. Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan sebaliknya.. <- Lebih kurang sama dengan manusia.. Status Islam tapi perangai macam? Korang boleh fikir sendiri.. Huhu.. :(
Makanan golongan Jin ini adalah dari api, contohnya asap.. Maka dengan itu orang orang Melayu dilarang menggunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.. Tetapi biasa la segelintir orang kita ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.. Percaya benda tahyul.. Ustaz Haji Ismail Kamus menambah lagi bahawa gologan yang suka hisap rokok itu lebih kurang adik beradik Jin la agaknya.. Hahaha.. ;)
Tempat tinggal golongan Jin ini adalah di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi, tandas dan kawasan perkuburan.. Ustaz menasihati bahawa apabila ingin membuang air kecil di perjalanan sebagai contohnya di kawasan jalan raya.. Maka baca doa ini, "SalaMun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin". InsyaAllah akan dilindungi dari gangguan mereka kerana mengikut sirahnya, Jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman A.S. Maka buang la tabiat orang tua dulu kala yang suka sangat membaca ucapan "Ampun datuk, anak cucu tumpang lalu". Mengarut! Masa bila pula Jin dapat pangkat datuk? Bila masa pula kita jadi cucu cicit jin? Haa.. Fikir fikirkan ye..
Selain itu, tak perlu la nak percaya sangat dengan dukun atau bomoh ini.. Mengarut! Tipu aja semua tu.. Syirik! Golongan Jin ini sebenarnya tidak mengetahui akan alam ghaib.. Mengikut sirahnya apabila Nabi Sulaiman A.S. memerintahkan Jin membina istananya, Sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan..
Semasa itu Nabi Sulaiman A.S. duduk di kerusinya dengan tongkat kayu.. Jin sedang tekun membuat kerja di hadapannya tidak sedar bahawa Nabi Sulaiman A.S. telah mangkat.. Sehingga Tongkat Nabi Musa A.S. reput dimakan anai-anai dan Nabi Musa A.S. jatuh baru Jin tahu bahawa Nabi Musa A.S. telah mangkat..
Ustaz Haji Ismail Kamus juga menasihati bahawa manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Hal ini kerana pada waktu itu Jin suka mandi.. Di larang juga membuang air di lubang-lubang tanah..
Selain itu, rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum diduduki lagi juga merupakan tempat tinggal Jin.. Maka digalakkan membaca surah Al-Baqarah sehingga habis sebelum menduduki rumah baru.. InsyaAllah, Jin akan lari selama 3 hari.. Tak perlu nak mengamalkan amalan tepung tawar bagai.. Mengarut!
Ustaz Haji Ismail Kamus juga memberi petua sekiranya budak menangis tengah-tengah malam.. Azankan berulang kali sebanyak 7 hingga 10 kali.. Jika tidak berhasil maka bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti.. Hurm.. Sampai sini sahaja perkongsian BL tentang Jin.. Sekian.. Wassalam..
Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri.. Hehehe.. ;) - Gambar dipetik dari Google
Sumber: Oh! Aduhai!
3 ulasan:
yang pasti..
jin tu juga makhluk Allah..^^,
dalam entry ni, ada tercatat "orang orang Melayu dilarang menggunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk.. " klu org meninggal tak boleh ke pakai kemenyan??
Ape jadah Plak nk bakar kemenyan bagai? Tlg la tggl kan smua tu,
Islam x ajar
Melayu je ajar
Plik sggu la dgn mnusia melayu yg brp amal kan islam ni
Catat Ulasan