Assalamualaikum
anda suka pakai cincin? sebab apa anda memakai cincin terutama lelaki? adakah mengikut trend atau disebabkan sesuatu? salah atau tidak jika seseorang lelaki memakai cincin? jawapannya adalah tidak salah bagi lelaki untuk memakai cincin tetapi harus mengikut apa yang disarankan oleh Baginda Rasullullah S.A.W..
Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina Ali k.w. sebaik mengahwini puteri baginda Sayidatina Fatimah r.ha. Baginda berpesan kepada Sayidina Ali, jika memakai cincin, pakailah di:
1. Jari manis
2. Jari kelingking
Rasulullah s.a.w. menegah memakai cincin pada jari tengah (jari hantu) dan jari telunjuk. Kenapa? Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Lut berhias. Kaum Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka kepada-Nya.
Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah sunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin. Bukan sahaja jari manis dipandang, malah dapat pahala pula.
Jumhur fuqaha' berpendapat ia adalah sunnah Nabi; Imam al Baihaqi dalam al Jami' menjelaskan ia adalah sunnah. Imam az Zuhri meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahwa Nabi bersabda,aku diperintah memakai kasut dan cincin (alQadhi dalam kitab libas wal zinah min assunnah hal.172)
Bahan/logam pembuatan cincin?
Imam al Baihaqi: perak bagi lelaki dan emas bagi wanita. Dalil diharamkan emas bagi lelaki, HR Ibn Abbas meriwayatkan Nabi telah terlihat seorang lelaki memakan cincin mas, baginda mengambilnya dan melemparkannya. (HR Muslim) Logam-logam lain: Ibn Rajab al Hambali; makruh memakai cincin besi, tembaga dan tembaga merah. Harus memasukkan batu permata pada cincin; kecuali batu permata atau seumpamanya yang berkaitan dengan khurafat.
Hukum membuat tulisan pada cincin?
Imam al Baihaqi: harus menulis tulisan pada cincin kerana berdasarkan amalan Nabi saw yang membuat sebentuk cincin dr perak dan menulis kalimah Muhammad RasuluLlah.Ibn Umar, Imam Syafi'iy, para khalifah dan hakim menulis nama-nama mereka pada cincin merka. Imam Nawawi (alAzkar) harus menulis kalimah zikrullah atas cincin
Hukum memakai beberapa bentuk cincin?
Imam al Baihaqi: tidak ada keterangan melarang amalan memakai cincin lebih daripada satu. Ia terpulang kepada adat, tempat dan kumpulan manusia
Mana lebih afdhal, pakai pada tangan kiri atau kanan?
Al Baihaqi: Rasulullah saw dan seluruh para khulafa arrasyidin memakai pada tangan sebelah kiri. Namun ia menjadi khilaf fuqaha': Malik dan Syaf'iy: afdhal tangan kiri; Hanbali dan Hanafi: sebelah kanan.
Imam Nawawi: (kitab: syarah sahih Muslim) Jumhur fuqaha' berpendapat harus pada jari kiri tetapi tiada makruh memakai pada jari kiri atau kanan.
Pada jari manakah lebih afdhal?
Imam Malik, Syafi'iy dan Hanbali: yang paling utama ialah jari kelingking, sesudah itu jari manis (al binsyir)
Keutamaan memberi cincin sebagai hadiah?
Ibn Hajar asqalani (al Isti'dad): HR Aisyah menceritakan sebelum Allah memasukkan ahli syurga ke Syurga , Dia mengutus Malaikat yang membawa pakaian dan sesuatu hadiah; ditanyakan apakah hadiah itu. jawab Aisyah: 10 bentuk cincin
Menjadikan cincin sebagai sebahagaian daripada mahar (maskahwin)?
Ia harus dan menjadi sebahagian daripada adat umat Islam menjadikan cincin sebagai tanda pertunangan dan mahar, Ini menepati dengan firman Allah dan kamu telah memberikan kepada seseorang di antara mereka (wanita yang dikahwini) dengan mahar yang banyak.: (maksud s An Nisa': 20)
sumber: sini
20 ulasan:
errr.. cik pulau selalu gak pakai cincin kat jari hantu..
huhu..
nak kna tukar r pasni..
ramai gak yg tgur..
tp wat xtau je.. huhuu
@cik pulau
sy masa zmn studi dulu pon suka gak la pakai cincin kat cari tengah.. sampai penah kena tegur dgn cousin.. lepas dah tahu pasal hukum pakai cincin ni.. terus ubah pakai kat jari kelingking..
p/s: takpe.. buang yg keruh.. amik yg jernih.. :)
wahh.. nak kena cari cincin ka ni. hee.. tunggu ada orang adiah la bro. :P
@nadh
hehe.. takpa time nak nikah nanti baru pikiaq lain kot.. ;)
tak geti lak nak pakai cicin ni...rimas dan susah nak buat keje.
lagu kat blog ni sangat aku suke..^_^
hurm..... tapi ada jugak yg pakai kt jari ibu... huhuhu... tapi selalunya jari manis la kan
dari dulu mmg pakai di jari kelingking
hehehe
fuh! nsb baek la sy pkai cincin di jari kelingking sblh kiri. Cincin pun cincin perak. Sy ad jgk tegur sesetengah org, yg salah pkai cincin, tp msing2 bt x tau je...
sequel N3 baru aku! hehe~ gud job!
info yg bagus.tp klu pakai kat jari telunjuk dan manis sekali tu blh ke?
@Taufan Bin Ribut
haha.. takpa2.. masing2 ada citarasa sendiri..
@puteri katek
ada yg pakai semua jari pon ada.. tapi disarankan pakai dkt jari kelinking dgn jari manis la.. hehe..
@alien
hehe.. terbaek! ;)
@Fir Ikhwan Affandi
takpa janji awk dah tegur.. dah diorang taknak ikut.. nak wat mcm mana kan.. hehe.. ;)
@aini
i like that entry.. maceh noh singgah sini.. ;)
@Chempaka Aziz
seelok2 nya pakai kat jari kelingking dgn jari manis ja.. elakkan pakai dkt jari hantu dgn jari telunjuk.. sbb menyamai cara kaum nabi Luth berhias.. hehe.. ;)
Nak beli cincin now!!hehhehe
dulu ade beli cincin. Tapi besoo.. Last2 pakai kat ibu jari..hahahha
@sofiey
hehe.. beli2 jgn beli.. ;)
suker2 entri ni..
@bunga
hehe.. ;)
Catat Ulasan