Assalamualaikum
DETIK-DETIK mencemaskan ketika seorang gadis cuba terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah KB Mall di Kota Bharu semalam..
KOTA BHARU – Pusat beli-belah KB Mall di sini yang pernah gempar ekoran tragedi kereta ‘menjunam dari langit’ pada tahun 2009 sekali lagi menjadi tumpuan semalam apabila seorang gadis cuba terjun disyaki untuk membunuh diri dari tingkat tiga bangunan tersebut.
Kejadian pada pukul 3.30 petang itu menarik perhatian ramai apabila mangsa yang berusia 20 tahun dikatakan berdiri di birai bangunan sambil memegang sebilah pisau dan sebuah telefon bimbit.
Sesekali gadis yang bekerja di pusat beli-belah Wakaf Che Yeh dekat sini itu dilihat cuba mengacu dan meletakkan pisau pada lehernya.
Mangsa yang berasal dari Kampung Gaung di sini dipercayai bertindak demikian kerana tertekan dengan masalah keluarga dan cinta.
Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa kira-kira sejam untuk memujuk gadis tersebut.
Ketua Operasi Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusman Mat Yusof berkata, cubaan pihaknya untuk menarik mangsa gagal apabila gadis itu terlepas daripada genggaman anggota bomba dan terjatuh ketika dia meronta-ronta untuk terjun.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini..
sumber: Kosmo
klip video gadis cuba bunuh diri di KB Mall semalam..
cubaan bunuh diri di KB Mall
awek cuba bunuh diri di KB Mall
18 ulasan:
hadoiiii buek malu den je..huhuh
aku tick hampeh pun sebab hampeh kat peremuan tu je..
agaknya camne dgn perempuan tu..
selamat ke?
moga-moga selamat kerana kalau dia mati lebih pedih seksaaa yang dia rasa sebab orang yang bunuh diri ni tempatnya di syurga..
jika dia masih lagi dipanjangkan nyawa semoga Allah bukakan hatinya untuk bertaubat..
amin~
bunuh diri bukan jalan penyelesaiannya
buat malu org islam jer pompuan ni..
sy tagged kamu~
http://www.arepnakbebel.com/2011/03/contest-kami-fotogenik.html
eee. dodolnyer! sawan! lalala~
huh!!~
xde keje...
da byk sgt pahala kot..
jom singgah n follow belog saya..
http://inibelogfyna.blogspot.com/
@Yaya^Pink
huhu~
@budak awam
orait2.. takda hal.. mmg hampeh pun perangai suka bunuh diri ni.. mcm la takda cara lain kn.. ala kalau gaduh dgn balak pon takkan sampai mcm tu skali.. memalukan bangsa & agama ja.. huh!
@perempuan manis
ye.. sgt2 memalukan imej org Islam.. hurm..
@arep
orait bro thanks.. nanti aku terjah ko punya blog.. ;)
@ainihussin
huhu~
@fyna
huhu~ tu la pasal.. hurm..
p/s: okay cik fyna.. nanti sy singgah k.. :)
selamat x?..
Assalamualaikum. Kena kuatkan iman di dada. Sentiasa ingat Allah tempat meminta.
dah die nak mati, x payah la selamat kan org yg nk bunuh diri sendiri, kalu tgk zaman sekarang nie, TUGAS UTAMA BOMBA ADALAH MENYELAMATKAN ORG YANG NK BUNUH DIRI, bukan lagi menyelamatkan rumah terbakar :)
@senydream
rasanya selamat.. sebab diorang dah letak tilam kat bawah tu.. kalau tak.. dah lama arwah awek ni.. huhu~
@Mahfuzah Husna Zulkifli
Wassalam.. ye.. dengan iman saja dapat bendung diri kita dari bertindak diluar batasan..
@manja
hoho.. sy no komen pasal menda ni.. ;)
Catat Ulasan