Assalamualaikum
haa.. rasa rasanya bulan ini rata rata pelajar sibuk dengan exam bukan.. memang macam macam ragam pelajar bila tiba hari peperiksaan ini.. ada yang terpekik terlolong sana sini.. duduk mencangkung sambil hafal nota depan koridor.. terlentang atas katil tapi buku atas muka.. dan macam macam lagi lah.. memang tak dinafikan.. bila tiba aja minggu peperiksaan ini semua pakat tension habis kan.. especially spesis macam BL yang suka study last minute.. kalau yang jenis kaki belajar tu kompem time ni relax aja main games kan.. layan movie ka.. keluar jalan jalan sana sini.. mau taknya semua dah ada dalam kepala otak tu kan.. hehehe..
antara gejala gejala pelajar di minggu peperiksaan :
1. Membaca tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Yang kepoh jadi pendiam. Orang masuk keluar bilik pun dah tak perasan. Kalau orang tanya, jawab pun dengan muka pandang buku.
2. Membaca dengan kadar yang cepat.
Faham atau tidak itu perkara kedua. Yang penting ada point untuk ‘goreng’ soalan subjektif. Soalan objektif lagi senang, bulat-bulat je. Hahadoii..
3. Nak turun kafe tu fikir 2,3 kali.
Tak pun sekali sehari je. Dah tu tak ada masa nak makan dekat kafe dah. Main bungkus je. Sambil makan dalam bilik boleh baca apa yang patut. Kalau ada kawan yang tolong bungkuskan makanan, sangatlah indah hidup.
4. Orang yang jenis audiotori pulak masa ni lah bukak mp3 volume paling sakit telinga.
Tapi masa ni memang tak sakit telinga sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
5. Kalau main mesej tu balas sikit-sikit je.
Pendek-pendek. Tak ada masa fikir nak taip panjang-panjang. Kawan punyalah taip tulis dua muka surat, kita balas ‘k’ je. huhuhu.. Nah! Ambil ubat. Kacau orang lagi!
6. Mula bukak buku yang tebal-tebal.
Buku yang patutnya perlu baca untuk satu semester, boleh habiskan dalam satu malam je. Fuh, dasyattt…
7. Asyik-asyik tengok jam.
Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Siap tanya lagi kawan sebelah. Yela, masa itu emas kan?
8. Stok Nescafe, kopi Tongkat Ali, kopi Mak Dara, cucu dara semua lengkap untuk jaga malam.
Tiap-tiap malam minum sampai dah tak ada kesan. :)
9. Meja belajar bersepah.
Mana dengan highlighter, pen biru, hitam, merah. Kertas-kertas nota lagi. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari perpustakaan semua nak bukak serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
10. Dekat ‘wall’ facebook penuh dengan status maaf dan ‘doakan exam nanti’.
Padahal sebelum ni ‘post’ status bukan-bukan.. huk3.
11. Waktu tidur dan bangun tidur telah bertukar shift.
Kadang kala sehingga dah tak boleh beza matahari dengan bulan bintang.
12. Jerawat mula tumbuh berkeliaran di muka seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ akibat daripada tekanan peperiksaan.
Pakej beserta kelemumur dengan uban sekali. Lengkap!
13. Dah tak ada masa nak sembang-sembang kosong.
Semua sembang akademik yang dapat menguji keintelektualan minda. Dah tak ada gosip-gosip. Hehehe..
14. Masa nak tidur tu tak lepas pegang buku dan nota.
Konon-konon dengan cara tu, maklumat dalam buku dapat serap masuk terus ke otak masa tidur macam copy filem daripada internal disk. Bijak bukan? (macam pernah buat je? huhuhu..)
15. Alhamdullillah, mula rajin dekatkan diri dengan tikar sembahyang.
Dah tak lengah-lengahkan solat, buat solat Hajat, Qiamullail, baca al-Quran dan berdoa mohon permudahkan urusan.
16. Masa ni mula terfikir kenapa tak belajar awal-awal dulu.
Haihh.. Pastu pulak buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam semester sekarang. Tup tup, semester depan sama je, malah lebih teruk. HAHAHA..
p/s : Konklusinya, jangan usik budak nak exam. Hormon mereka tengah berkeliaran masa ni. Cepat je naik kaki. Hmm.. anda nombor berapa? Keh keh keh.
Disalin dan diubahsuai daripada : Nur Duraney dan fieqilah.blogspot.com
sumber: Facebook
BL: hahaha! kepada yang bakal menduduki peperiksaan itu, belajar elok elok yer.. jangan sampai mudarat diri sudah!
14 ulasan:
setuju ngan gejala2 tu,,,
hehehe,,,
@miz ruha
hehehe..
aduhai..setepek kene btg idong.. haha~
@fasya
haha! ;)
i lagi pelik,makin nak exam ni la makin nk update blog,cm ner tuh
addoi....lawak plak bila baca...ekeke....
banyak jugak yang terkena kat batang hidung Nad....hihi........
Hehe..dah singgah n follow blog ni..blog awak dah tersenarai dalam bloglist saya yer..peace..
kebiasaanya yg xnk turun cafe sbb nak jimat masa.. tp dok order dr org lain.. org lain ade lak masa nk turun cafe lak ek.. :P
@Rozuan Ismail
haa.. jenis mcm ni.. sempoi.. hahaha!
@NURUL NADIAH MAMAT
hehehe.. ;)
@GreenAppleKu.com
huhu~ thanks.. :)
@b a m b a m ' s
betul2.. hehehe.. ;)
setuju dgn gejala2 di atas. apa pun sebagai org yang dah melalui semua ni, study last minit ni memang ada kelebihannya...terutamanya subjek yang bercorak fakta, apa pun perlu ada simple notes setiap topik.... sbgi org islam akhir skali kita perlu bertawakkal kpd allah.gud luck.
@harrazdani
haha.. betul2.. bergantung gak pd seseorang individu tu.. kalau jenis cepat tangkap takpa study last minute.. tapi yg jenis lambat tangkap tu yg jadi masalah.. apa2 pun bertawakkalh kepadaNya agar dipermudahkan segala urusan..
Catat Ulasan