~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Rabu, 13 April 2011

AWAS! Lelaki Guna Taktik Pukau Cabul Gadis Depan Lif

Assalamualaikum


AMPANG: Seorang lelaki mencabul seorang gadis selepas memukaunya, tengah hari kelmarin.

Lelaki berusia 40-an itu pada mulanya menyapa mangsa sebelum memukau dan merabanya selain meminta wang.



Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila lelaki terbabit menunggu mana-mana gadis di hadapan lif tingkat bawah sebuah pusat beli-belah, di sini.

“Mangsa yang bekerja di tingkat atas pusat beli-belah itu keluar pejabatnya untuk makan tengah hari. Sebaik mangsa tiba di tingkat bawah, mangsa disapa lelaki terbabit yang berbadan gempal.


“Lelaki itu menyapa mangsa konon dapat melihat tuah pada wajahnya. Seterusnya lelaki itu meminta tangan mangsa untuk ditilik,” katanya.


Beliau berkata, selepas mangsa menyerahkan tangan kanannya, dia berasa seperti dipukau apabila membiarkan saja diperlakukan lelaki terbabit.

“Lelaki itu meraba kemaluan dan payu dara mangsa selama beberapa minit. Selepas puas meraba, lelaki terbabit menyuruh mangsa naik ke pejabatnya semula dan mengambil wang tunai untuk diserahkan kepadanya,” katanya.


Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit.


sumber: myMetro

12 ulasan:

nikaviolet berkata...

aik dh kene pukau mcm mn die tau die kene raba ek???

Ujang9897 berkata...

suka2 jer raba2

bunga berkata...

ehh..cam bahaya..

Fyqa berkata...

makk aiihh. bahaya btul.

arep_lockermonth berkata...

bhya bhya~~~

udin berkata...

@nikaviolet

huhu~ tu la pasal.. tapi dr pengalaman member sy yg penah kena pukau.. bila kena pukau mmg kita tau apa kita buat.. tapi mcm kena kawal.. ikut aja ckp si pemukau tu.. hurm..

udin berkata...

@Ujang9897

peh ujang mai la.. haha! tu la suka sgt amik kesempatan kan..

udin berkata...

@bunga

haa.. mmg byk kes2 mcm ni.. member sy ada pengalaman kena pukau sampai habis hp dia.. kad bank.. kena kebas dgn si pemukau.. mmg bahaya golongan mcm ni..

udin berkata...

@fyqa

hati2 la bila ada org x dikenali tegur.. sebaik2nya p mana2 biarlah berteman..

udin berkata...

@arep

kena belajaq ilmu pendinding nih!

senydream berkata...

mintak di jauhkan la perkara2 cam gni..amin

udin berkata...

@senydream

hati2lah dgn org xkenal.. better kalau g mana2 ada teman.. zmn skrg byk yg suka amik kesempatan aja..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)