Sabtu, 16 April 2011

Peristiwa Ngeri Di Awal Pagi

Assalamualaikum


bila berbicara pasal hantu tentu ramai yang akan menganggap bahawa kisah sebegini hanya tahyul semata mata.. bagi aku pendapat sedemikian bagi mereka yang belum pernah tercebak dalam situasi sedemikian.. bagi yang pernah terserempak atau diganggu oleh makhluk halus ini hanya boleh jadikan pengalaman ngeri tersebut sebagai peristiwa kelam.. jika hendak diceritakan kepada orang belum tentu lagi yang akan mempercayainya..


mengapa aku tiba tiba buat entry pasal makhluk halus ini? sebenarnya sama ada korang mahu percaya atau tidak terpulanglah.. aku juga pernah mengalami peristiwa ngeri ini suatu ketika dahulu.. kejadian ini berlaku sewaktu aku sekolah menengah.. rasa rasanya masa itu aku baru tingkatan dua kot.. lebih kurang macam tu la.. sebab seingat aku peristiwa ini berlaku sebelum aku menduduki peperiksaan PMR..

kisah pengalaman ngeri aku ini terjadi sewaktu aku terjaga dari tidur diawal pagi.. rasa rasanya dalam pukul 3 pagi kot.. entah macam mana pula boleh sakit perut pula masa itu.. maka terus sahaja aku bergegas ke tandas melangsaikan segala bebanan yang aku alami ketika itu.. setelah selesai sudah berjalan aku dalam keadaan separuh sedar ke bilik semula..

tapi entah kenapa pada pagi itu aku rasa semacam aja.. aku rasa macam ada kelibat seseorang diruang tamu rumah.. masa itu tidak terlintas langsung difikiran aku tentang benda benda pelik ini.. maka untuk memuaskan persoalan yang bermain difikiran.. maka aku menuju ke ruang tamu rumah untuk memastikan kelibat manusia yang aku perasan tadi..

setibanya aku diruang tamu.. tergamam aku melihat kelibat makhluk yang berkain putih duduk di atas sofa diruang tamu.. masa itu tidak dapat digambarkan perasaan aku apabila melihat kelibat mahluk tersebut dengan mata kasar aku sendiri.. entah kenapa juga mata aku begitu fokus tumpu melihat kelibat makhluk misteri itu.. tiba tiba makhluk itu mengangkat kepala lalu memalingkan kepalanya ke arah aku.. dengan serta merta juga aku menjerit sekuat hati memanggil mak aku.. sebab masa itu bapa aku ke luar negara untuk urusan kerja..

tiba tiba juga aku mendengar suara makhluk itu menengking aku.. "haish! awat yang dok menjerit pagi pagi buta nih! malu aih dekat jiran sebelah!" rupa rupanya baru aku tersedar makhluk berkain putih diatas sofa itu mak aku sendiri.. dia tertidur diruang tamu selepas solat Isyak..
adoi malu pula dekat diri sendiri.. adakah patut dalam rumah sendiri pon takut.. hahaha! bila aku terkenang peristiwa ini tersengih aku sendirian..


p/s: sorry.. aku bosan gila malam ni tak tau nak buat apa.. so merepek jelah tulis entry nih.. huhu.. nak layan AF pun macam tak best ja.. sebab aku memang tak minat AF.. lain la tayangan konsert Metallica ka.. Search ka.. haa.. kalau jenis macam tu aku layan kot.. ;)

4 ulasan:

suria lekatlekit berkata...

ia wujud tp jgn terlalu takutkan mereka sehingga lupa mereka juga mcm kita makhluk Allah.. dan minta la pertolongan & perlindungan dari Allah bila menerima gangguan dr makhluk ghaib & jgn sesekali menggunakan makhluk2 tu sbg perantaraan.

TERKINI: pengantin berbogel untuk jimat kos, penyanyi singkong & keju meninggal dunia & kisah sebenar yang anda tidak tahu tentang titanic. semuanya ada kat sini

Udin berkata...

@cik lekat lekit

ye.. terima kasih atas nasihat yg diberi.. :)

Bunga berkata...

hhahahah..lau kena kat bunga takt gak..nasib baik mak kan..haha..

Udin berkata...

@bunga

dulu la.. masa zmn skolah.. huhu~

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)