~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Isnin, 11 April 2011

Pelanggan Tergamam Hidangan Ikan Patin RM13,000

Assalamualaikum




Sekumpulan 50 pelanggan yang makan hidangan masakan kampung termasuk ikan patin di sebuah restoran di Temerloh, terkejut apabila mereka dikenakan bayaran RM13,000.


Menurut seorang daripada kumpulan itu yang enggan namanya disiarkan, beliau membawa rakan-rakannya menikmati makan tengah hari di restoran berkenaan baru-baru ini yang menyediakan ikan-ikan sungai, ulaman dan sayur-sayuran kampung.

"Selesai makan, pemilik restoran berkenan mengenakan bil berjumlah RM13,000 dan saya terpaksa membayar," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, jika dikira, setiap seorang daripada 50 orang itu, dikenakan bayaran RM260.

"Ini melebihi makan di restoran enam bintang di Kuala Lumpur," katanya.

Kejadian itu kini menjadi bualan peniaga serta penduduk di daerah Temerloh.

Bernama difahamkan ikan patin buah atau patin muncung dijual pada harga antara RM90 dan RM120 sekilogram, dan apabila dimasak, ia dijual dengan harga RM25 hingga RM35 seketul mengikut saiznya.

Ikan patin sangkar pula berharga RM15 sekilogram, dan jika dimasak, dijual antara RM5 dan RM7 seketul.

Ikan patin sungai berwarna kelabu manakala patin sangkar berwarna cerah dan putih di bahagian sisik atas dan bawahnya pula berwarna kemerahan serta banyak lemak.

Ketua Pegawai Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan cawangan Temerloh, Othman Din, meminta restoran dan kedai makan di Temerloh supaya mempamerkan tanda harga atau menyediakan harga pada menu jualan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai.

Mereka yang tidak mempamerkan tanda harga boleh dikenakan denda sehingga RM15,000 atau penjara dua tahun atau keduanya sekali, katanya.




sumber: malaysiakini

9 ulasan:

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

ikan tu pancing dr atas langit ker?? takpe la den sanggup makan ikan kembung jer..

udin berkata...

@cik lekat lekit

ntah.. kadang2 perniaga ni suka ikut hati ja letak harga.. padahal kos utk satu hidangan xla tinggi mana kan.. kalau cik lekat lekit mkn ikan kembung.. sy mkn ikan sardin jer.. huhu~

saya YANA berkata...

ish2.. pak cik Yana pon ada makan ikan patin ni.. dia kata mahal.. tapi tak tau la harga yang dia kene berapa.. huhu...

udin berkata...

@saya YANA

dulu masa melawat family kat pahang.. penah gak la mkn hidangan ikan patin ni.. tapi taklah mahal sampai mcm tu skali.. tapi tak tahu la harga skrg mcm mana.. dah lama tak g sana.. huhu~

arep_lockermonth berkata...

giler la~pengsan***

udin berkata...

@arep

haha!

bunga berkata...

dengar tadi di radio..terkejut gak..

udin berkata...

@bunga

haha.. boleh demam wooo.. sekali mkn ja dah beribu..

IQBAL ZARIN berkata...

tipu sgt~ aku brape kli da makan. paling mahal pun sepotong dlm RM5 je. org2 ni makan kat hotel gamaknye...

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)