Khamis, 28 April 2011

Wanita Dibelasah Teman Lelaki Gara Gara Tegur Tak Kerja

Assalamualaikum


KUALA LUMPUR: Berang dengan teguran teman wanita yang sering memintanya mencari pekerjaan, seorang lelaki melepaskan geram dengan membelasah wanita malang itu sehingga cedera parah serta retak tulang tangan kiri.


Lelaki berusia 32 tahun itu dipercayai tidak mempunyai pekerjaan sejak lima bulan lalu dan hanya bergantung kepada pendapatan teman wanitanya, 36, yang bekerja sebagai pegawai bank di ibu negara.
Difahamkan lelaki terbabit pernah beberapa kali bertindak ganas dengan memukul mangsa setiap kali dia ditanya mengenai usahanya mencari pekerjaan, tetapi tindakan itu hanya menyebabkan teman wanitanya cedera ringan.

Namun, dalam kejadian terbaru minggu lalu, suspek bertindak lebih ganas apabila menampar dan menumbuk mangsa sehingga menyebabkan wanita itu cedera di beberapa bahagian tubuh, selain retak tulang tangan kiri.

Kejadian itu berlaku di rumah mangsa di Bukit Indah, Ampang dikatakan berpunca apabila lelaki itu tertekan akibat ditegur berulang kali oleh teman wanitanya supaya mencari kerja.

Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Lily, berkata kejadian berlaku apabila dia bertanya mengenai perkembangan pekerjaan suspek semasa lelaki itu datang ke rumahnya.
“Dia (suspek) tiba-tiba naik angin dan mengunci pintu rumah sebelum membelasah sambil menengking saya. Saya hanya berserah pada tuhan untuk menyelamatkan nyawa ketika itu.

“Tidak puas dengan itu, dia juga memukul saya di dalam kereta sehingga menyebabkan tulang tangan kiri saya retak dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.

Lily yang kini ditempatkan di Hospital Ampang Puteri berkata, hidupnya kini trauma apabila melihat lelaki dan sering berada dalam ketakutan.

“Pada awal berkenalan, dia seorang lelaki yang baik dan memahami saya, tetapi sejak tiga bulan ini dia cepat marah dan memukul saya walau berselisih faham mengenai perkara kecil.

“Saya selalu menegurnya supaya mencari pekerjaan kerana kami bercadang mengumpul duit dan berkahwin,” katanya.

Lily berkata, tidak tahan dengan itu, dia nekad melaporkan kejadian itu kepada polis di Balai Polis Ampang Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.




BL: kes pukul lagi.. sejak kebelakangan ini banyak sangat kes macam ini.. dimanakah hilangnya nilai kesabaran dalam diri?

8 ulasan:

syuxer berkata...

asyik2 belasah je orang zaman sekarang..tua2 kelak konfirm kena belasah balik dengan anak..mental sungguh orang zaman sekarang..salah sapa?huhu..geram weh..memang x patut buat teman lelaki ni..

harrazdani berkata...

silap budak perempuan jugak....yang peliknya susah nak tinggal boyfriend yg sebegini, mungkin dah buat "aku janji" sblm kahwin...tp ini ok lagi...yang tikam isteri kejut subuh baru2 ni lagi zionist...pilihlah pasangan hidup seperti yg dianjurkan oleh islam..insyaalah selamat dunia akhirat.

Fyqa berkata...

haish macam2

suria lekatlekit berkata...

ada baca kat metro tadi... aparah punya lelaki.

Udin berkata...

@syuxer

ntah.. macam2 kes sejak akhir2 nih.. semakin hari semakin menjadi2..

Udin berkata...

@harrazdani

betul tu bro.. patut tinggalkan jer.. kalau laki tu syg dia tak kan bertindak sampai mcm tu sekali..

Udin berkata...

@fyqa

macam2 kan kes skang nih.. huhu~

Udin berkata...

@lekat lekit

betul2.. geram gak nih.. grrrr

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)