Assalamualaikum
Alhamdulillah.. berkat keberkatan azan, akhirnya remaja yang tersesat di dalam hutan Bukit Mertajam kelmarin telah selamat ditemui.. ketika ditemui mangsa berada di dalam gaung sedalam kira-kira enam meter..
BUKIT MERTAJAM: “Selepas melaungkan azan berkali-kali, baru saya terdengar suara Hanif minta tolong,” kata seorang penduduk Kampung Cherok To’ Kun, di sini, yang terbabit dalam operasi mencari mangsa sesat dalam hutan Bukit Mertajam, kelmarin.
Shahruddin Che Amat, 38, berkata selepas mendengar suara mangsa, dia bersama beberapa penduduk terpaksa meredah dan menebas belukar sejauh 10 meter sebelum menemui Mohd Hanif Hashim, 23, dalam gaung.
Mohd Hanif ditemui jam 12 tengah malam semalam dalam keadaan keletihan selepas sesat dalam hutan kira-kira tujuh jam.
Shahruddin berkata, sebaik mengenal pasti Mohd Hanif berada dalam gaung sedalam kira-kira enam meter itu, dia meminta dua remaja turun ke gaung untuk menyelamatkan mangsa.
“Kami dapat mengenal pasti lokasinya selepas berhubung melalui telefon bimbit serta butiran kawasan yang diberitahunya.
“Dua remaja kampung ini terpaksa turun ke gaung untuk membantu dan menyelamatkannya,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, Hashim Ibrahim, 53, berkata anaknya kerap mendaki bukit berkenaan tetapi kali ini anaknya menggunakan laluan baru.
Katanya, Mohd Hanif menghubunginya jam 6.45 petang memaklumkan sesat di hutan itu sebelum dia meminta bantuan pihak berkuasa dan penduduk.
“Mohd Hanif hubungi saya dan memberitahu dia terjatuh serta sesat dalam hutan itu dan bimbang kerana keadaan semakin gelap.
“Begitupun, saya bersyukur dia selamat ditemui dan hanya calar sedikit. Menurutnya, dia terjatuh dua kali ketika mencari jalan keluar sebelum kali terakhir jatuh ke dalam gaung,” katanya.
Operasi mencari dan menyelamat bermula kira-kira jam 7 malam dengan bantuan 200 orang yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
Selain penduduk, turut terbabit dalam operasi menyelamat ialah polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Pasukan Bomba dan Penyelamat serta pertubuhan sukarela.
Dalam operasi itu, polis menggunakan pelbagai cara termasuk menyalakan bunga api serta tembakan cahaya merah (SOS Fire).
Difahamkan, kejadian orang hilang di bukit berkenaan sering berlaku, terutama selepas lewat petang.
sumber: myMetro
10 ulasan:
Alhamdulillah .~
tak thu sy klw brada d tmpt die mse tu..
Hebat betul kuasa azan..Sampai boleh bantu cari budak hilang..
oh.. BM kah? nasib baik selamat~
@zacky ~786~
kalau sy di tmpt dia juga xtahu la mcm mana.. alhamdulillah.. nasib baik xda apa2 yg berlaku..
@H Y D E
yup.. BM bro.. aku rasa bukit yg org selalu dok p jogging tu.. mana lagi kalau kat area cherok to' kun..
@Alan Rizque
ini lah kekuasaan Allah.. melindungi hamba2Nya yg dlm kesusahan..
naseb baek selamat..
alhamdulillah...
@hana
ye.. nasib baik dia slmt.. alhamdulillah..
betapa besar sungguh keajaiban tuhan
@rozuan ismail
betul2..
Catat Ulasan