~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Rabu, 13 April 2011

Email Dari Alam Ghaib

Assalamualaikum


haa.. korang pernah tak ada pengalaman tersilap hantar email kepada orang yang tidak dikenali? macam mana reaksi korang? gelabah? atau buat tidak tahu sahaja? hehe.. kali ini nak kongsi satu kisah seorang pemuda yang telah tersilap menghantar email kepada orang lain.. sepatutnya email tersebut ditujukan kepada isterinya..


kisahnya begini.. pemuda ini terpaksa menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur kerana perlu bertugas diluar.. tambahan pula setiap bilik di hotel tersebut disediakan kemudahan komputer.. disebabkan pemuda ini jenis yang tidak boleh berengang dengan isterinya itu.. maka pemuda ini mengambil keputusan untuk menghantar email kepada isterinya..

namun entah macam mana.. dalam tidak sedar si pemuda ini telah menghantar email tersebut kepada orang lain.. pemuda ini tidak tahu bahawa dia telah tersalah menaip alamat email isterinya itu.. email tersebut telah diterima oleh seorang wanita di sebuah rumah di Kedah.. wanita ini merupakan seorang janda yang baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya..

setelah berehat sebentar terlintas difikiran wanita tersebut untuk menyemak emailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya.. ketika membuka email wanita ini menjerit terperanjat lalu pengsan selepas membaca email pertama yang diterimanya.. anak lelaki wanita tersebut terus bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai.. anak lelaki wanita tersebut cuba mengejutkan ibunya namun masih lagi tidak sedar.. lalu si anak lelaki ini terpandang mesej yang terpapar di skrin komputer ibunya itu..


To : Isteri kesayanganku
Date : 28 Feb 2011

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini.

2 ulasan:

xazryx berkata...

haih .naya je .

udin berkata...

huhu~

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)