Assalamualaikum
Salam semua.. Kali ni nak kongsi pasal ceramah yang saya dengan masa dalam kereta nak pergi pasar malam petang tadi.. Banyak juga isu yang dibincangkan hari ni.. Tapi apa yang saya nak kongsi tentang perlunya kita berhati hati dalam melafazkan sesuatu ungkapan.. Lebih lebih lagi berkaitan dengan ungkapan Nikah, Talak dan juga Murtad.. Kadang kadang kita mungkin menganggap ungkapan yang diucapkan itu hanya sekadar jenaka atau suka suka.. Tapi secara tidak langsung memberi impak disebaliknya..
Nikah
Mengapa ungkapan nikah ni tidak boleh dibuat main main? Sebab kadang kadang dikalangan rakan rakan pun kita seperti melakonkan seakan akan mengangkat nikah bukan.. Sebagai contoh macam ni la.. Seorang pemuda berjenaka dengan seorang pak cik seakan akan menikahi anak dara pak cik tersebut disebuah warung.. Si pakcik tu pula mengiakan atau dalam erti kata lain menerima lafaz nikah pemuda tersebut.. Manakala saksi di warung tersebut mengesahkan lakonan lafaz nikah berkenaan..
sekiranya si pemuda itu telah cukup syarat rukun nikah untuk berkahwin.. Serta si anak dara pakcik itu juga telah cukup syarat nikah untuk berkahwin.. Maka lafaz nikah itu adalah sah dalam perkahwinan.. walaupun hanya sekadar jenaka semata mata.. Kerana si pak cik itu merupakan wali kepada anak dara dia bukan.. Si pemuda itu pula sebagai calon suami yang melafazkan akad untuk menikahi anak dara pakcik itu.. Apabila menepati rukun nikah maka perkahwinan itu adalah sah.. Maka sebaik baiknya elakkan daripada melafazkan ungkapan melibatkan nikah ni..
Talak
Seperti mana ungkapan nikah tadi, ungkapan talak juga jangan di buat main main.. Kerana jika si suami membuat ungkapan talak kepada si isteri walaupun hanya sekadar guraun.. Tapi dari segi hukum memang betul betul berlaku talak tersebut.. sebagai contoh macam ni la.. Si suami sedang menonton televisyen.. Manakala si isteri sedang membuat kerja di dapur.. Tiba tiba si suami meminta si isteri itu membawa minuman kepadanya.. Tapi si isteri menyatakan di sibuk membuat kerja di dapur.. Tiba tiba juga si suami itu membuat ungkapan si isteri akan jatuh talak jika tidak membawa minuman kepadanya.. Walaupun hanya sekadar gurauan.. Tapi si isteri memang sibuk di dapur dan tidak membawa minuman kepada si suami.. Maka sudah jatuh talak disitu.. Maka dalam hubungan suami isteri, si suami haruslah berhati hati supaya tidak bermain main dengan ungkapan talak ni..
Murtad
Ungkapan murtad juga jangan dibuat main main.. Jika kita melafazkan sesuatu yang akan menyebabkan jatuh murtad, maka secara tidak langsung akan jatuh murtad secara tidak sedar.. Sebagai contoh macam ni la.. Si A seorang yang beragama Islam.. Tapi mengaku tidak beragama Islam.. Maka sudah jatuh hukum yang si A itu telah murtad kerana telah membuat pengakuan walaupun hanya sekadar gurauan.. Oleh itu, sebaik baiknya jangan sesekali bermain main dengan ungkapan murtad ni..
Hurmm, segala apa yang saya sampaikan ini sekadar apa yang saya faham tentang ceramah yang saya dengar sebelum ni.. Tapi untuk mengelakkan sekiranya ada kekeliruan, saya mengsyorkan pembaca merujuk kepada para ustaz dan ulama untuk mendapatkan penjelasan lebih terperinci.. Sekian.. Wassalam..
4 ulasan:
saya ada gak dgr pasal ni...
kene berhati-hati ketika bercakap..
jgn ikut sedap rasa je walau pun bergurau...
thumbs up!
ceramah yg mnarik
kalau dlm filem tu selalu buat lafaz2 nikah dan murtad
mcm mana pulak yer?
syahira ariff
thanks saudari syahira..
okay ni sekadar pendapat sy berdasarkan ceramah yg sy dgr tempoh hari.. jika pelakon yg melakonkan babak talak itu adalah suami isteri yg sah.. maka akan jatuh hukum talak.. kerana mereka mmg sah suami isteri.. jika tiada apa2 ikatan takpa.. kalau pasal babak lakonan murtad tu sy x pasti.. sebab menurut penceramah tersebut jika seseorang itu membuat pengakuan murtad maka akan jatuh hukum murtad.. apa2 pun sy sarankan saudari merujuk kpd para ustaz atau ulama utk mendapatkan kepastian.. hehehe.. :)
Catat Ulasan