~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Sabtu, 16 Julai 2011

Pagi Pagi Dah Bikin Darah Aku Mendidih!

Assalamualaikum


Alahai.. Pagi pagi dah bikin mood aku spoil.. Mendidih darah aku tadi.. Sebelum itu aku bagitau awal awal entri ni agak emo sikit.. Sekadar luahan perasaan yang tengah membuak buak ni.. Kalau korang nak baca silakan.. Tak mau baca pon takpa.. Grrrrrr!


Kalau nak berniaga tu buat la elok elok.. Ni tidak tak jaga langsung pelanggan.. Baik tak payah berniaga.. Tutup aja kedai tu.. Saja ja nak bagi darah aku mendidih pagi pagi ni.. Tadi aku ada singgah satu kedai mamak.. Macam biasa la pagi pagi cari breakfast roti canai ka.. Apa ka.. Selalunya aku pergi kedai dekat area aku aja.. Saja pagi ni nak ronda jauh sikit.. Nak ubah selera la kononnya.. Grrrrr!

Boleh layan pelanggan macam tu eh? Mungkin dengan orang lain boleh la kelentong kan.. Dengan aku silap besar la macha.. Aku sikit punya manis mulut minta order elok elok kan.. Lu layan gua macam ni eh? Apa lu ingat gua bodoh ka? Senang kena kelentong macam tu aja.. Grrrrr! Tadi aku order roti canai dalam 10 keping macam tu aja.. Tunggu punya tunggu si mamak ni mai antar.. Aku tengok apa pasal kecik semacam aja bungkusan.. Aku panggil si mamak tu balik..

"Macha tadi saya order 10 keping roti canai kan?" Boleh dengan selamba si mamak ni jawab.. Yelah sudah 10 keping bukan? Aku apa lagi buka bungkusan tu depan dia.. Tunjuk dekat dia.. 10 keping apa macha? Ni ada dua aja? Mana lagi lapan? Terus muka si mamak tu dah lain macam.. Pelanggan lain semua pakat pandang dekat dia aja.. Pastu baru nak cakap elok elok mau goreng lain.. Grrrrr! Apa punya orang ma..

Aku perasan tauke kedai tu renung semacam aja dekat pekerja dia.. Pelanggan india sebelah aku senyum aja dekat aku.. Mungkin nak ambil hati kot pasal bangsa dia bersikap macam tu.. Entah la.. Tunggu dalam beberapa minit lepas tu.. Si mamak tu antar lagi bungkusan.. Aku diam aja sambil renung mata si mamak tu.. Ni kompem sudah lapan keping ka macha? Si mamak tu hanya angguk kan kepala aja.. Mungkin dia rasa segan kot dapat pelanggan jenis macam aku ni.. Segan la sangat kan..

Aku terus pergi kaunter mau bayar.. Tauke kedai senyum aja dekat aku.. Siap tanya lagi aku okay ka tak.. Konon nak amik hati la kan.. Huh! Sori la tauke pasal lu punya pekerja buat hal.. Lu punya kedai masuk list antara kedai yang gua anti! Grrrr! Nasihat aku kepada perniaga perniaga dekat luar sana.. Tolong la berniaga elok elok.. Tak rugi aih.. Kalau hangpa ikhlas dan jujur berniaga.. Mesra dengan pelanggan.. Servis pon elok.. Tarak tiada hal punya.. Bisnes korang mesti baik punya.. Hurmm..

5 ulasan:

FaKArePa!n berkata...

lempang aje macha tu..bodoh punya macha..

Tengok jugak ni..
Lautan Kuning Atau Lautan Merah ??

legacyeqmal berkata...

kalau aku terus berambus je dari situ,,nak mkan pun xda mood

nik Thoha berkata...

Tak tengok dulu sebelum hantar..kalau saya pon marah kot kena macam tu..

nur berkata...

KALAU TAK LAPAR SANGAT SURE DAH BLAH JE DARI SITU.. NASIBLA KEDAI TU.. KAT MANA TU.. HEHE..

udin berkata...

nur

urm, kalau ikut ati mmg nak blah dah tadi.. tapi last2 tunggu sampai di buat gak.. kedai cikai aja ni.. dekat area alma.. lepas ni p makan tempat biasa aja senang.. huhuhu~

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)