Sabtu, 16 Julai 2011

Mengapa Masih Dianggap Zina Walaupun Sudah Bernikah?

Assalamualaikum


Salam semua.. Hurmm.. Entri kali ni sekadar perkongsian untuk renungan bersama.. Jika berlaku sesuatu kes dalam sesebuah keluarga dimana anak perempuan mengandungkan anak luar nikah, antara jalan penyelesaian adalah dengan mempercepatkan perkahwinan anak itu demi untuk menutup malu.. Tapi? Persoalannya adakah pernikahan seperti itu sah? Jika tidak sah, maka ini bermakna pasangan tersebut hidup dalam zina? Untuk menjawab persoalan ni sila teruskan membaca artikel ini.. Mengapa Masih Dianggap Zina Walaupun Sudah Bernikah?





Jangan pandang remeh soal hukum.. Semoga kita semua sentiasa mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa..

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA.. HIDUPLAH SEBAGAI UMAT YANG MEMPRAKTISKAN ISLAM DAN TIDAK HANYA SEBAGAI ISLAM BAKA'

Sesungguhnya, permasalahan ini berat.. Baca dengan teliti soalan-soalan di bawah ini..

Perkahwinan seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan.. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila..

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH.. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah.. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidaksah taraf.

Tolong jangan abaikan pesanan ini. Ini merupakan satu perkara yang serius. Jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

mafhumnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".



sumber: gempak.org


11 ulasan:

Shira Mary Jenn berkata...

hmm..saya ada kenal satu pasangan yg baru kawen nie..pempuan tu tgh mengandung time dorg kawen..anak "tutt" kalau xsilap..


bila baca sini, maknanya dorg tetap xsah sbgai suami isteri lah kan? hmmm

suria lekatlekit berkata...

pasal ni saya pernah search & merujuk dgn orang lain sebab pernah terbaca artikel tentang hukum kawen ketika hamil. Memang tidak sah.. tapi ramai yg berkahwin di sebabkan terlanjur & hamil di luar nikah tanpa berkahwin semula selepas melahirkan anak. Yang peliknya perkara ni mcm tak di pandang serius pun.. pihak hospital pasti tahu status bayi yg di lahirkan berdasarkan surat nikah ibu bapa bayi tersebut & tiada sebarang tindakkan di ambil oleh jabatan agama Islam sehingga kehari ni walau hukumnya pernikahan semasa hamil adalah tidak sah. Susah nak cakap sebab benda ni terlalu byk berlaku, kan??

ezza haniza berkata...

nice perkongsian:)

cik mas berkata...

thnks bagi info berguna ini :)

Encik JI berkata...

smpai ke sudah hidup tiada berkat. itu pntingnya ilmu.

Udin berkata...

mary ann ;)

jika mengikut artikel ni mmg x sah la.. sbb wanita tu wajar melahirkan ank itu dahulu.. sekiranya sah x mengandung baru lelaki tu boleh menikahi wanita itu secara sah..

apa2 pun sy sarankan saudari rujuk kpd para ustaz atau ulama utk kepastian.. :)

Udin berkata...

THE LEKAT LEKIT STORY

hurmm.. betul tu miss lekit.. hal2 macam ni dah tidak dititikberatkan kan.. padahal byk kes2 mcm ni yg berlaku dlm masyarakat kita..

Bunga berkata...

betul..bunga pun pernah baca tentang ni..

Aleen Aiden berkata...

mak aku selalu cakap pasal nih.nak mengingatkan anak2 die.hu3

ct N honey berkata...

jgn buat main2 dgn hukum agama..tapi mmg selalu berlaku keadaan ini dlm masyarakat kita

Tanpa Nama berkata...

izinkan saya mencelah..saya dah merujuk perkara ni kepada orang yg lebih arif..mereka yg berkahwin selepas perempuan itu mengandung anak luar nikah adalah SAH..kerana perempuan yg haram menikah ialah perempuan yg mengandung secara halal..yakni isteri seseorang..bru haram menikah..klu perempuan mengandung anak luar nikah sah berkawin kerana dia mengandung bukan di jalan perkahwinan..harap anda smua faham..tq

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)