Rabu, 6 Julai 2011

Apabila Golongan Wanita Menjadi Penarik Beca

Assalamualaikum


Salam semua.. Entri kali ni BL nak kongsi sikit info tentang kerjaya.. Sebelum tu BL nak tanya apa pendapat korang tentang Penarik Beca? Mesti ramai beranggapan pekerjaan seperti ni leceh, tak mendatangkan keuntungan, atau seseuai untuk golongan yang tidak berpendidikan tinggi bukan? Majoriti yang menjadi penarik beca ni sudah tentu golongan lelaki bukan? Tapi tahukah bahawa dengan hanya menjadi penarik beca boleh menjana pendapatan sebanyak RM 1000 sehari? Kini golongan wanita pula yang mula meneroka kerjaya sebagai penarik beca ni.. Kenapa? Tak percaya?





MELAKA: Suasana malam minggu di Bandar Hilir Melaka bagaikan pesta, dengan kunjungan beratus-ratus orang dari luar, berdasarkan deretan kereta dengan nombor plat negeri lain.

Di sebalik suasana hiruk-pikuk dan deruman enjin kenderaan, kedengaran pula lagu-lagu bergenrekan sentimental, pop mahupun rock dalam pelbagai bahasa, daripada beca-beca yang lalu.

Dengan lampunya yang mengerlip, ditambah pula dengan hiasan kreatif si pemilik beca, pengangkutan awam yang amat popular sekitar era 60-an dan 70-an itu, mengembalikan nostalgia bagi sesiapa yang menaikinya.

Ramai yang boleh membayangkan gaya penarik beca mengayuh becanya di jalan, menggunakan tenaga, mengangkut penumpang untuk sedikit bayaran selepas itu.

Si penarik beca itu akan dibandingkan dengan watak miskin Amran, lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam filem "Penarik Beca".

Hari ini penarik beca hanya mengayuh beca untuk pelawat yang mahu merasai pengalaman unik menaiki beca. Pemilik beca di Bandar Hilir Melaka sentiasa bersedia menggembirakan penumpang dengan membawa mereka mengelilingi bandar raya ini.

WANITA TURUT SERTA

Di luar kawasan Menara Taming Sari, sekumpulan penarik beca berbaris menunggu penumpang. Dalam kalangan yang ramai itu, seorang daripada mereka menarik perhatian.Nor Hasliza Hanafi, 20, ialah seorang daripada sekumpulan kecil penarik beca di situ yang masih meneruskan kerjaya ini.

Beliau pernah sebelum ini bekerja di Giat Mara, dan berhenti semata-mata kerana mahu menjadi penarik beca.

Apa yang meyakinkan beliau berbuat demikian? "Bukan sebab terpaksa, tetapi kerana minat. Sebagai penarik beca, saya berpeluang berjumpa dengan ramai orang dan antaranya Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

"Di sini juga saya bertindak sebagai duta kecil, menceritakan kepada pelancong mengenai sejarah Melaka dan setiap tempat yang dilawati. Sebelum ini, saya tidak berapa tahu mengenai sejarah, tetapi sejak terlibat dengan pekerjaan ini saya sudah mula tahu.

"Berjumpa dengan ramai orang dengan pelbagai ragam, memberi kesempatan kepada saya mempromosi Melaka kepada pelancong. Saya rasa pekerjaan ini sesuatu yang mulia,"katanya kepada Bernama baru-baru ini.

MENGAPA HARUS MALU?

Pekerjaan ini bukan sesuatu yang asing baginya kerana bapa Nor Hasliza juga seorang penarik beca.

Beliau masih ingat sering diejek oleh rakan sekolah tentang pekerjaan bapanya yang dikaitkan dengan kesusahan dan kurang pendidikan.

Nor Hasliza bagaimanapun mengerti bahawa pekerjaan itu tidaklah seteruk yang dianggap masyarakat sekeliling. Hari ini ramai lulusan universiti turut memilih kerjaya sebagai penarik beca.

"Mulanya memang saya malu dengan pekerjaan ayah, bawa beca. Tetapi secara kebetulan saya ada menyertai satu perbincangan dengan penarik beca. Dari situ saya mula memahami akan kerjaya ini dan kalau rajin memang boleh jana pendapatan.

"Dari situlah saya ambil keputusan berhenti kerja dan jadi penarik beca. Awalnya, memang malu sedikit. Tetapi lama-kelamaan rasa malu itu sudah hilang.

"Apatah lagi, saya pernah dapat RM1,000 sehari, tetapi itu mesti disusuli dengan kerajinan," katanya bangga.

Satu jam perjalanan menaiki beca dari Taming Sari ke Pokok Melaka, A Farmosa dan Jonker Walk dikenakan tambang RM40.

CABARAN SI PENARIK BECA WANITA

Golongan hawa penarik beca turut berdepan dengan pelbagai persepsi dan diskriminasi.

"Bahaya perempuan bawa malam-malam, ada orang jahat; Larat ke perempuan hendak bawa?". Itu antara persepsi biasa.

Nor Hasliza, anak kedua daripada empat beradik, bersyukur kerana dalam kalangan rakan sekerja yang majoritinya lelaki, amalan diskriminasi tidak pernah timbul. Malah, mereka sentiasa memberi kerjasama padu kepadanya serta bergerak sebagai satu pasukan untuk mempromosi Melaka.

"Memang ada penumpang tanya sama ada saya larat atau tidak. Tetapi, selepas mereka lihat saya boleh bawa, mereka tidak kata apa-apa.

"Mengenai bahaya, saya tidak nafikan pekerjaan ini kadang-kadang sampai malam dan paling lewat pun, saya pernah hingga 1.30 pagi. Tetapi, setakat ini tiada apa-apa yang buruk berlaku, cuma pernah kena tipu pelanggan.

"Saya bangga dengan pekerjaan ini. Sekali gus membuktikan bahawa perempuan juga boleh," katanya.

PENARIK BECA DI KALANGAN ORANG MUDA

Tatkala sibuk berbicara, lirik mata melihat beberapa kelibat penarik beca dalam kalangan orang muda. Agak menarik, kerana selalunya pekerjaan ini dikaitkan dengan golongan berumur.

Mengajukan persoalan itu, Nor Hasliza sambil tersenyum berkata: "Memang sudah ramai anak muda memilih kerjaya ini, sama ada sepenuh atau separuh masa, macam saya juga".

"Sekarang sudah jadi trend, paling muda, 14 tahun, (dia) mungkin hendak tolong bapa dia cari pendapatan lebih selepas sekolah.

"Tetapi, saya rasa daripada melihat anak-anak muda melepak atau merempit, lebih baik jadi penarik beca, dapat duit. Saya pernah nasihatkan kawan saya yang suka melepak tidak tentu hala, untuk jadi penarik beca dahulu sebelum dapat pekerjaan lain. "Akhirnya, dia pun turut serta jadi penarik beca," katanya.

Seorang lagi penarik beca muda ialah Mohamad Hidier Abd Muttalib. Sudah lima tahun menjadi penarik beca, anak muda berusia 24 tahun ini memilih kerjaya itu pada waktu malam untuk mencari rezeki lebih.

"Waktu pagi saya bekerja sebagai mekanik, malamnya saya bawa beca. Tidaklah setiap hari, tetapi hari Sabtu dan Ahad."

BECA TIDAK AKAN PUPUS

Presiden Persatuan Penarik Beca Kota Melaka, Arman Saleh berkata senario ini merupakan petanda positif dan menyakinkan bahawa pengangkutan awam itu tidak akan menjadi tinggalan sejarah.

Mengalu-alukan pradigma ini, Arman berkata ia dapat mengelak golongan belia daripada terlibat dengan gejala negatif.

"Sejak tiga hingga empat tahun kebelakangan ini, memang sudah nampak pembabitan orang muda dalam pekerjaan ini.

"Sekarang ini, jumlah penarik beca di Melaka ialah 194 dan antara 80 hingga 90 daripada jumlah itu adalah orang muda," katanya. -BERNAMA



sumber: mStar


BL: Hurmm.. Macam mana? Berbaloi tak jadi penarik beca? Bagi BL la kan tak kisah apa apa jenis kerjaya sekali pun, janji kita enjoy dengan apa kita lakukan.. Disamping itu kena la betul betul gigih dan tekun kan.. InsyaAllah, boleh menjana pendapatan.. Hehehe..

2 ulasan:

Bunga berkata...

xsesuai la,,hheee

cik izars berkata...

tapi larat ke nak kayuh..adess

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)