Sabtu, 30 Julai 2011

Best Sangat Ker Filem Sekali Lagi Ni?

Assalamualaikum


Huhu.. Best sangat ker filem Sekali Lagi? Errr.. Best ker? Hurmm.. Boleh la tahan.. Aku kasi dalam 3 bintang setengah macam tu la.. Baru aja tadi baru lepas layan filem ni.. Padahal dah berkurun orang layan cite ni udin oi.. Biasala aku jenis kurang minat sangat nak layan filem jenis jiwa dan perasaan ni.. Haa.. Habis tu yang pegi layan buat apa? Memandangkan hari ni boring tak tau buat apa.. Layan aja la apa apa koleksi filem dalam hardisk aku ni..


Hurmm.. Kisah cinta terlarang yang tidak direstui oleh kedua dua pihak keluarga Sheila (Lisa Surihani) dan Arman (Shaheizy Sam).. Hingga akhirnya mereka berpisah.. Mula mula masa babak Sheila jadi macam fobia nampak Arman kat hospital tu.. Aku ingat Sheila dah silap orang ka.. Aku ingat dia masih dibayangi bayangan bekas suaminya yang telah meninggal dunia.. Rupa rupanya si Arman ni memang bekas suaminya dulu.. 

Fuh! Kalau letak watak ditempat Sheila tu.. Memang tak tahu nak kata apa la kan.. Kena tinggal macam tu aja dengan Arman.. Masa babak ni aku ingat si Arman ni jenis dah tak tahan dengan hidupnya ketika tu.. Kira jenis tak bertanggungjawab la kan.. Yelah anak orang berada kan.. Tapi rupa rupanya dia buat keputusan tu sebab tak mahu Sheila tahu dia ada masalah penyakit Autisme.. Hurmm..

Apa apapun dalam filem sekali lagi ni.. Aku suka watak Haris (Bront Palarae) yang sanggup melepaskan Sheila kembali kepada Arman setelah mengetahui segala kisah hidup Sheila Sebelum ni.. Padahal dalam hati memang dia memendam perasaan terhadap Sheila.. Namun akhirnya Sheila tetap memilih Haris juga kan sebagai pasangan hidup.. Aku mati mati ingat ending filem ni Sheila kembali kepada Arman walaupun dengan keadaan macam tu.. Yelah si kecik Amy (Mia Sara Nasuha) pun dah tahu siapa bapa dia sebenarkan.. Hurmm..

2 ulasan:

~..Lesung Batu..~ berkata...

dah tengok jugak..best cite ni..sedih..huhu

My Name is Mar berkata...

Wa pun bagi 3.5 bintang je...
Pernah buat review pasal cerita ni after tonton kat wayang... Huhuhu...

Untung ke jadi SILENT READER?

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)