~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Isnin, 4 Julai 2011

Kucing Masih Lagi Hidup Walaupun Telah Ditembak 30 kali

Assalamualaikum


Subhanallah! Anda percaya atau tak bahawa seekor kucing mempunyai 9 nyawa? Sama ada anda percaya atau tidak menurut laporan akhbar Daily Mail, Seekor kucing di Britain masih lagi hidup walaupun telah ditembak sebanyak 30 kali. Dasyat bukan?



Apabila pemilik kucing yang dinamakan Hope itu berdarah, beliau menyangkakan haiwan kesayangannya itu diserang anjing.

Bagaimanapun selepas dibawa ke klinik haiwan, doktor memberitahu yang badan kucing itu penuh kecederaan akibat tembakan. Kebanyakan kecederaan di belakang dengan empat peluru di kepalanya.

Pakar perubatan mengeluarkan sebahagian 10 serpihan tetapi berputus asa mengeluarkan yang lain kerana bimbang akan mendatangkan komplikasi.

Persatuan Diraja Mencegah Kekejaman Haiwan (RSPCA) membuka siasatan ke atas kes itu.

Inspektor (RSPCA), Amy Collingsworth berkata, “Hope sangat mesra dan kucing yang menawan dan agak sukar memahami mengapa seseorang mahu menembak haiwan tidak bersalah,”.

“RSPCA menyiasat kejadian ini dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai tembakan ini menghubungi kami,” katanya.

RSPCA melaporkan 567 kes penderaan haiwan membabitkan senjata tahun lalu saja. Hope sudah pulih dan dijangka dikembalikan kepada tuannya tidak lama lagi. – Agensi.




BL: Ini lah menunjukkan kekuasaan Allah S.W.T. Segala urusan nyawa makhluk di mukabumi ni adalah kekuasaanNya.. :)

10 ulasan:

Penyair SenjA berkata...

subhanallah...

Nik Thoha berkata...

Salam. alahai kesiannya kucing tu. kejam sungguh siapa yang melakukan..

udin berkata...

Penyair SenjA

subhanallah.. :)

ainihussin berkata...

Subhanallah~

Sunah Sakura berkata...

aha..pernah baca, kucing ada 9 nyawa... :)

udin berkata...

aini

Subhanallah.. :D

udin berkata...

sunah

hehe.. :)

udin berkata...

Nik Thoha

betul.. mmg sgt kejam.. takda perikemanusiaan langsung! huh!

bunga berkata...

subahanallah..:)

udin berkata...

bunga

Subhanallah.. :)

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)