Ahad, 8 Mei 2011

Aku Sangat Menyanjungi Wanita Ini

Assalamualaikum


yaa.. BL sangat menyangjungi wanita ini.. satu satunya wanita yang telah banyak berkorban dalam hidup BL sejak didalam kandungan hingga ke hari ini.. wanita ini lah yang menjaga dengan penuh kasih sayang sewaktu BL kecil dahulu.. jasa wanita ini memang tidak mampu dibalas dengan wang ringgit yang berjuta juta.. sungguh besar pengorbanan wanita ini dalam hidup BL.. wanita yang BL maksudkan adalah ibu BL sendiri.. lebih mesra dengan panggilan "mak"..


ingat lagi sewaktu BL masih di bangku sekolah dahulu.. waktu itu hari pelajar asrama pulang ke kampung.. maka setelah berkemas apa yang patut BL terus bergegas ke telefon awam sekolah untuk memberitahu ayah supaya datang mengambil BL disekolah.. namun yang menjawab panggilan adalah mak.. rupa rupanya ayah tiada dirumah.. kena pergi outstation.. maka BL mengambil keputusan untuk pulang sendiri ke rumah.. namun mak halang.. mak suruh tunggu juga disekolah sebab mak nak minta tolong mak saudara BL untuk mengambil BL di sekolah.. maka BL akur dengan keputusan mak.. walaupun dalam hati membuak membuak untuk balik sendiri..

setelah beberapa jam menunggu.. BL terpandang kenderaan yang secara perlahan lahan menuju ke arah sekolah.. memang tidak syak itu kereta mak.. tapi siapa yang memandu? sebab mak BL memang tidak cekap memandu walaupun ada lesen memandu.. dalam fikiran BL mungkin mak ngah kot (mak saudara BL).. tapi jangkaan BL salah.. rupa rupanya yang memandu kereta tersebut adalah mak BL sendiri.. memang tidak disangka.. soalan pertama yang keluar dari mulut BL masa mak sampai di depan sekolah "huh! mak bawa keta???" mak hanya tersenyum lalu menyuruh BL cepat masuk kedalam kereta.. terharu sungguh BL kerana mak sanggup bersusah payah memandu kereta semata mata hendak mengambil BL pulang.. padahal mak bukan cekap sangat memandu..

hari itu kereta mak merupakan kenderaan yang paling perlahan bergerak di jalan raya.. walaupun berpusu pusu memotong serta memaling ke arah kami.. tapi BL bangga kerana pengorbanan mak membuang perasaan takut memandu kenderaan semata mata untuk mengambil BL di sekolah.. memang sungguh terharu.. banyak lagi pengorbanan mak terhadap BL dan adik adik.. memang tidak dapat dibalas segala pengorbanan mak itu.. terima kasih mak!!!

maka hari ini sempena hari ibu sedunia dengan setulus hati BL ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada mak atas segala pengorbanan mak selama ini.. terima kasih mak!!! sungguh besar jasa mak dalam membesarkan BL dan adik adik selama ini.. terima kasih!!! terima kasih mak!!! terima kasih!!!

4 ulasan:

fRaMe+LenSeS berkata...

Selamat hari lahir kat mak Udin. kim salam ng lafaz assalamualaikum pada mak ye.. Nadh plak y tacing baca kisah ni.. huuu.. T.T

zacky786 berkata...

:)

krm slm mak.. hehe

harrazdani berkata...

kasih ibu tidak ternilai....dan tahniah, kerana anda seorang anak yang baik....bukan semua anak menghargai dan mengingati jasa yang telah dicurahkan kepada mereka....

semutsengal berkata...

selamat hari ibu yea !!

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)