Ahad, 22 Mei 2011

Lelaki Terjun Bangunan Akibat Majikan Tak Bagi Cuti

Assalamualaikum


gila! gara gara tidak diberikan cuti oleh majikan.. seorang lelaki Asia bertindak membunuh diri dengan terjun dari tingkat ke 147, bangunan pencakar langit tertinggi dunia Burj Khalifa di Dubai kelmarin.. kes bunuh diri ini merupakan kejadian kali pertama sejak menara itu dibuka tahun lalu..




PANDANGAN di laluan pintu masuk ke Burj Khalifa di Dubai, lokasi cubaan bunuh diri, kelmarin.


DUBAI: Seorang lelaki Asia membunuh diri dengan terjun dari tingkat ke 147, bangunan pencakar langit tertinggi dunia Burj Khalifa di Dubai kelmarin kejadian kali pertama sejak menara itu dibuka tahun lalu, menurut pemilik bangunan dan laporan media tempatan.

Akhbar Gulf News dan 7 Days menyebut lelaki itu membunuh diri kerana tidak diberi cuti oleh majikannya.

Emar Properties, pemilik Burj Khalifa dalam satu kenyataan berkata kejadian itu membabitkan seorang lelaki dan ia dilaporkan berlaku jam 9 pagi waktu tempatan.

“Pihak berkuasa mengesahkan ia kejadian bunuh diri dan kami masih menanti laporan akhir,” kata Emaar. Beliau tidak mengulas lanjut.

Laporan media memetik pegawai keselamatan berkata lelaki itu jatuh dari tingkat 147 pada ketinggian 828 meter dan terhempas di dek pada tingkat 108. Ia adalah kejadian bunuh diri pertama daripada menara mercu tanda yang dibuka pada pada Januari 2010. – AP/ Agensi




BL: apakah reaksi anda sekiranya permohonon cuti anda tidak diluluskan oleh pihak majikan?

8 ulasan:

feyza berkata...

ISHH ADA GAK MCM TU~

Udin berkata...

haha! tekanan jiwa kot~ macam2..

harrazdani berkata...

kat malaysia pun ada yang mengamuk pasal cuti ni...tp takder laaa terjun bangunan...apapun majikan perlu ada rasa perikemanusiaan...ingat mereka berurusan dengan manusia yang ada hati dan perassan..bukannya robot...

p/s ..mr udin dah tukar pic profile nampak baik plak..;-)

syuxer berkata...

gila tinggi dia terjun..memang hati cekal la punye heheh..kalau terjun hidup lagi emm koma kot x pun mata je yang bergerak kan..huhu

Udin berkata...

@harrazdani

saja ubah mood lak bro.. hehehe.. ;-)

Udin berkata...

@syuxer

haha.. rasa2 mamat ni mati kot.. gila tinggi tu.. kalau hidup g mmg dasattt la.. haha..

fRaMe+LenSeS berkata...

terbaik perkongsian ni. terima kasih. ;D

Nadh suka dengan blog kamu, perkongsian kamu, Jum join contest Aku Ingin Berubah dengan Nadh nak?

Mungkin kita leh sama-sama sampaikan message positive pada masyarakat dengan perkongsian dalam ni plak.. :D

Udin berkata...

@nadh

thanks bro ats jemputan join contest nih.. nanti aku usha tengok mcm mana.. hehehe.. :D

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)