Ahad, 22 Mei 2011

Wajarkah Jenazah Osama Dikebumi Di Laut Arab?

Assalamualaikum


Jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama Laden telah dikebumikan di utara Laut Arab dari atas geladak kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat, USS Carl-Vinson.


Ini dilakukan selepas jenazah beliau dimandikan dan dilaksanakan mengikut cara Islam, kata pegawai pertahanan Amerika, semalam.


Dalam pada itu, beberapa ulama menyatakan persemadian Osama di laut sebagai melanggar tradisi Islam dan akan menjurus militan untuk menuntut bela dengan menyerang sasaran Amerika.

Sebilangan besar ulama kanan menyifatkan tindakan Amerika itu sebagai satu penghinaan dan tidak mengendahkan amalan mengebumikan jenazah dalam kubur dan menghadap ke kiblat di Makkah.

Menurut mereka, persemadian di laut hanya dibenarkan dalam kes tertentu seperti apabila kematian berlaku di atas kapal yang sedang berlayar.

Imam Besar Masjid al-Azhar, Sheik Ahmed al-Tayeb, berkata persemadian Osama di laut "bertentangan dengan prinsip syariah, nilai agama dan amalan kemanusiaan".


Seorang ulama di Lubnan, Omar Bakri Mohammed, berkata: "Amerika mahu menghina orang Islam menerusi persemadian seperti ini dan saya tidak fikir ia satu kebaikan untuk pentadbiran Amerika."
Osman dibunuh dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad, Ahad lalu.

Sementara itu, seorang jurucakap Universiti Al-Azhar berkata Islam menentang pengkebumian di dalam laut.


"Jika benar mayat itu (Osama) telah dicampak ke dalam air, maka Islam menentang sepenuhnya perkara itu," kata Mahmud Azab yang juga merupakan penasihat Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb.

Katanya, setiap mayat jika menjadi mangsa bunuh atau mati secara semulajadi mesti dihormati. Mayat penganut agama atau tidak, Islam atau Kristian, mesti dihormati.

"Islam hanya membenarkan pengkebumian di dalam tanah kecuali kes yang tidak boleh dielakkan seperti mati lemas," tambahnya

- Agensi


sumber: Malaysiakini

4 ulasan:

feyza berkata...

asal tanah mati pun mstlah dlm tanah..
>,<~~

Udin berkata...

@pijahh

amerika ni mmg sengaja nak bangkitkan kemarahan umat ISLAM..

Unknown berkata...

TAKBIR..ALLAHUAKBAR!!

calmehan berkata...

ok,ini anggapan aku jela k.amerika ckp,orang palestin xnak terima jenazah osama disemadikan dekt ngre palestin.tp sebenarnya,osama tu adalah pembela kepada wanita2,kanak2 dan lelaki di palestin(menurut hamid karzai).mane mungkin rakyat dorg xnk terima jenazah osama.dan ap yg amerika buat tu,xtaw sbb pe,just nk matikan watak osama yg dorg ckp perisik dlm CIA.n ni pon mungkin regarding election us tahun depan.

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)