Selasa, 24 Mei 2011

Topi Puteri Beatrice Dilelong RM400,313 Di Laman Internet

Assalamualaikum




Haha! Macam macam.. Topi yang agak luar biasa dipakai Puteri Beatrice pada majlis perkahwinan diraja Britain bulan lalu dijual dengan harga £81,100 (RM400,313) melalui satu lelongan di laman internet..



LONDON: Topi yang agak luar biasa dipakai Puteri Beatrice pada majlis perkahwinan diraja Britain bulan lalu dijual melalui satu lelongan di laman internet, eBay hujung minggu lalu dengan harga £81,100 (RM400,313).

Hasil jualan daripada topi direka Philip Treacy berkenaan akan dibahagikan dua antara Tabung Kanak-Kanak PBB, UNICEF dan Children in Crisis, sebuah badan kebajikan Britain.
Puteri terbabit, anak perempuan sulung Putera Andrew dan cucu kepada Ratu Elizabeth II memberikan saat paling dikenang pada hari dramatik itu apabila beliau mengenakan topi berbentuk seakan pretzel gergasi.
Malah ada yang membandingkan hasil rekaan topi itu seperti tempat duduk tandas dan ia mencetuskan penghasilan laman Facebook ‘topi perkahwinan diraja terburuk Puteri Beatrice’ yang mempunyai lebih 143,000 pengikut.

Puteri berkenaan berkata beliau sendiri ‘tidak percaya tindak balas yang mengagumkan kepada topi terbabit,” dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh UNICEF UK.

“Ia memiliki personaliti tersendiri dan saya sendiri gembira bahawa kita memungut sejumlah wang dan boleh membuat satu perubahan besar dalam kehidupan kebanyakan kanak-kanak yang memerlukan di seluruh dunia,” katanya. – AFP


1 ulasan:

::Mastura Zakaria:: berkata...

mak aiiiiiiii..mahai gila...hahah tapi takpa la buat amal..

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)