Assalamualaikum
LAMAN web Yantra mempamerkan lelongan dara milik pelajar berusia 21 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle.
AMSTERDAM, Belanda - Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.
Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.
Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut.
Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor.
Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom.
Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam.
Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).- Agensi
sumber: Kosmo!
10 ulasan:
dara pon ley wat auction..dunio dunio..
erk. tersedak den tengah makan.
makin nak kiamat ni, makin huru hara n pelik plak manusia ni kan..
apabila maruahboleh dijual beli....seperti dunia semakin menghampiri penghujungnya...
pelik y teramat..:(
what the hell..
bak kata avril lavigne,..
lalala~
@fasya
mcm2 sgt skrg nih.. huhu~
@mutiara bernilai
betui2.. mcm2 hal skrg nih..
@harrazdani
petanda dunia dah nak sampai penghujungnya..
@senydream
sgt2 pelik skrg nih.. huhu~
@cik pulau
hahaha.. ;)
Catat Ulasan