Ahad, 8 Mei 2011

Penonton Marah AC Mizal ‘Sokong’ Amir (Raja Lawak)

Assalamualaikum


AC Mizal memerhatikan Amir dari belakang.


PETALING JAYA: Pengacara AC Mizal mengakui ada segelintir penonton Maharaja Lawak kurang bersetuju dengan caranya yang seolah-olah menyokong Amir (Raja Lawak).


AC sering kali menyebut nama Amir sebagai peserta kegemarannya ketika mengendalikan program tersebut pada setiap Jumaat, pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132).

Menjelaskan perkara tersebut, AC berpendapat Amir merupakan peserta underdog dan cuba memberi semangat kepada pemuda itu yang sering memberikan persembahan kurang memuaskan.

Ironinya, AC tidak menyokong sesiapa sebaliknya dia berbangga dengan keberanian Amir.

“Saya tahu ada juga yang marahkan saya tetapi ada yang faham maksud tersirat kenapa saya berbuat begitu. Saya kasihankan Amir. Pada saya, komedi memerlukan elemen yang abnormal. Dari segi penyampaian peserta, kebanyakannya memberikan komedi yang abnormal tetapi Amir pula mempunyai sifat atau perwatakan yang abnormal.

“Walaupun dia jenis yang ‘main belasah’ sahaja, tetapi dia tetap berani untuk bertanding dengan nama-nama besar seperti Jozan, Nabil dan Sepah. Jika saya berada di tempatnya, mungkin tidak berani masuk pertandingan ini,” kata AC kepada mStar Online.

Jelasnya, dia ada menerima komen di laman sesawang Facebook daripada peminat yang memarahinya kerana memberitahu Amir sebagai peserta kegemarannya.

“Ramai yang cakap saya tolong underdog dan mengata saya menjadi penyebab Amir masih kekal dalam Maharaja Lawak.

“Saya hanya beri sokongan moral bukan sahaja kepada Amir tetapi juga kepada peserta lain. Misalnya saya ada juga memberikan pendapat tentang persembahan mereka selaku salah seorang penonton. Tetapi, saya tidak benarkan diri saya mengundi setiap peserta,” ujarnya.

Tambah AC: “Apabila mengendalikan program ini, saya anggap kami sebagai satu pasukan. Kalau boleh saya nak semua peserta bagus supaya ramai penonton mahu menonton Maharaja Lawak.”

Menjangkakan tentang peserta yang dirasakan layak ke peringkat akhir, AC melihat kumpulan Jozan, Nabil dan kumpulan Jambu mempunyai peluang berdasarkan kekuatan masing-masing.

“Jambu sentiasa memberikan persembahan yang bagus setiap minggu, Jozan dan Nabil juga mempunyai kekuatan tersendiri,” katanya.

Pada minggu hadapan, peserta diberikan tugasan dengan tema silent comedy.

Mereka juga diberi mandat untuk mengundi keluar mana-mana peserta yang tidak disukai untuk disingkirkan.

Bagaimanapun, sekiranya peserta yang diundi keluar itu mempunyai markah keseluruhan (markah juri dan SMS) tertinggi, mereka tidak akan disingkirkan, melainkan peserta tersebut mendapat kedudukan di tempat kedua dan ke bawah.


sumber: mStar

6 ulasan:

Along Usop berkata...

amir.. =.=

sampai bile la die nk bertahan... hmm

Shafa berkata...

x kisahla kata nak sokong amir pun tapi ni citer maharaja lawak bkn rajalawak. kita nak cari pelawak yang terbaik dari yg terbaik. Masalahnya amir kat pentas maharaja lawak pun persembahan dia tak konsisten dan tak ramai yg gelak. sebab tu org marah bila AC kuat sgt sokong amir.

Unknown berkata...

x sokong x pea janji undi..hahaha

Udin berkata...

@Along Usop

entah la.. harap2 minggu depan dia keluar.. bukan tak suka.. cuma dari org lain dok caci maki dia.. better dia keluar.. kalau sampai boleh masuk final.. peh! tak tahu la nak kata apa.. hahaha!

Udin berkata...

@Shafa

haha.. tu la pasal.. nasib badan la kan si AC tu.. takpa kita tengok lagi berapa lama si Amir ni boleh bertahan..

Udin berkata...

@berita sengsasi

hahaha.. :D

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)