Assalamualaikum
di suatu pagi yang agak suram kedengaran jeritan cikgu Aini terpekik dengan penuh semangat mengajar matapelajaran sejarah.. sememangnya menjadi kebiasaan cikgu Aini menggunakan teknik pembelajaran dengan menyoal kembali murid segala apa yang telah diajarnya pada kelas sebelum ini.. BL merupakan antara murid yang telah disenaraikan sebagai calon utama untuk menjawab segala soalan soalan maut cikgu Aini.. tapi pada pagi itu mood cikgu Aini agak kurang okay sikit.. akibat tidak dapat menjawab segala soalan soalan yang disoal oleh cikgu Aini.. maka BL telah dikenakan hukuman yang sampaikan sekarang tidak akan BL lupakan..
Cikgu Aini: murid murid sekalian berdiri! seperti biasa saya akan memberikan beberapa soalan tentang topik topik yang telah kita bincangkan sebelum ini..
semua murid hanya mendiamkan diri sahaja.. hanya menanti dengan penuh tekun segala soalan yang bakal disoal oleh cikgu Aini pada setiap murid..
Cikgu Aini: haa.. kamu jelaskan kepada kelas apakah itu perjanjian Burney?
BL: errrr.. tak ingat sangat la cikgu..
Cikgu Aini: huh! habis tu apa yang awak ingat?!
BL hanya mampu mendiamkan diri.. semua murid disekolahn itu telah tahu bagaimana perangai cikgu Aini.. jika dilawan cakapnya parah la jawabnya..
Cikgu Aini: apa yang awak buat dekat asrama?!
BL masih lagi mendiamkan diri..
Cikgu Aini: awak ambil buku teks pergi berdiri di depan!
lalu cikgu Aini meneruskan sesi soal jawab dengan murid murid yang lain.. akhirnya hampir sepertiga daripada bilangan murid kelas itu yang berdiri didepan akibat tidak dapat menjawab segala soalan dari cikgu Aini.. lalu cikgu Aini memulakan leterannya..
Cikgu Aini: awak semua ni patut bersyukur sebab terpilih masuk keseolah ni.. ramai lagi diluar sana yang masih menaruh harapan untuk masuk ke sekolah ni tapi tidak terpilih.. tapi awak semua mensia siakan peluang yang telah diberi! apa nak jadi dengan awak semua ni! membazirkan wang mak bapa awak hantar awak belajar disekolah ni!
kami hanya diam sahaja mendengar leteren cikgu Aini pada pagi itu..
Cikgu Aini: baiklah sekarang awak semua ambil kerusi masing masing.. junjung atas kepala! gigit buku teks tu keliling blok sekolah!!!
maka pada hari itu BL dan rakan sekelas yang senasib mengelilingi blok sekolah sambil menjunjung kerusi diatas kepala dan mengigit buku teks sejarah.. tebal muka ditertawakan murid murid dari kelas lain.. hari itu merupakan kenangan yang tidak akan BL lupakan.. merupakan antara kenangan semasa disekolah dulu.. namun BL tidak memendam apa apa perasaan dendam pada cikgu Aini.. sebab memang salah BL pun kerana agak kurang belajar.. tapi alhamdulillah akhirnya berjaya juga memegang segulung ijazah.. terima kasih diucapkan kepada bekas guru dan pensyarah yang telah mengajar BL selama ni.. jasa mereka memang tiada nilainya..
maka sempena hari guru yang bakal tiba esok.. maka BL ingin mengucapkan selamat menyambut hari guru kepada seluruh guru guru diseluruh dunia.. jasa anda mendidik anak anak murid adalah satu tugas yang mulia.. cuma BL harapkan supaya segala imej negatif segelintir guru guru dapat dikikis sedikit demi sedikit.. sedih la kan.. atas sikap segelintir guru yang membuat onar.. seluruh imej guru tercalar dan dipandang serong.. semoga bakal bakal guru dapat menanamkan niat untuk menjadi pendidik yang berjuang demi anak bangsa..
2 ulasan:
semua yg guru buat adalah untuk kebaikan kita sebagai peringatan apabila membuat salah..try skrg cikgu buat mcm tu silap2 kena saman kes dera..Zaman skrg kan mana dah ada cikgu2 garang mcm ni
Eheh. teringat zaman selalu kena denda dgn warden ms sekolah menengah dulu..
eit, perjanjian burney tu ape? Macam tak familiar plak..hu
Catat Ulasan