Assalamualaikum
Selamat malam dan salam sejahtera kepada pembaca blog budak logam.. Peh! Baru tiga hari tak update blog rasa macam tiga tahun lak.. Hahaha.. Sori la kalau ada yang ternanti nanti update baru yer.. Konon konon macam ada la kan.. :p Okay malam ni sekadar nak berkongsi sikit pasal Pemasaran.. Tau tak apa itu Pemasaran? Tahukah anda Pemasaran amat dititikberatkan dalam suatu perniagaan?
Sebelum itu jom layan klip video di bawah ini..
Dah layan klip video tersebut? Apa pendapat anda? Kelakar bukan? Antara faktor penting dalam perniagaan adalah pemasaran.. Persoalannya bagaimana teknik atau cara pemasaran yang dilaksanakan? Promosi adalah salah satu cara untuk memasarkan produk atau perkhidmatan.. Sebagai contoh seperti kilp video di atas.. Merupakan teknik promosi secara pengiklanan.. Promosi yang terbaik jika dapat menarik minat seseorang individu untuk mendapat produk atau perkhidmatan kesan daripada promosi yang telah dilaksanakan..
Jika merujuk daripada wikipedia, Pemasaran merujuk kepada fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk mencipta, mengembangkan dan mengekalkan pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran barang dan perkhidmatan.. Pemasaran menyasarkan untuk mengenali dan memenuhi kehendak pengguna di dalam mengekalkan keuntungan aktiviti yang dijalankan.. Pemasaran berupa produk dan perkhidmaran hari ini boleh dijalankan dengan pelbagai cara.. Selain itu, pemasaran juga berkait rapat dengan 4P'S, SWOT dan AIDA.. Apakah itu 4P'S, SWOT dan AIDA?
4P'S merujuk kepada..
~> Promotion/Promosi
- Mengadakan promosi jualan..
- Contohnya roadshow, iklan dan sebagainya..
~> Place/Tempat
- Mempunyai kawasan atau tempat untuk berniaga secara strategik..
- Contohnya berada di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai..
~> Price/Harga
- Harga yang ditawarkan berpatutan..
- Contohnya tidak terlalu mahal dan pelanggan rasa ia berbaloi..
~> Produk
- Barang yang dtawarkan atau barang niaga..
- Contohnya alat solek, mouse, pen drive, minumam segera atau makanan segera dan sebagainya..
SWOT Pula merujuk kepada..
S - Strenght/Kekuatan
W - Weakness/Kelemahan
O - Opportunity/Peluang
T - Threat/Ancaman/Musuh/Pesaing dalam perniagaan anda..
Ini antara sedikit sebanyak tentang pemasaran yang dapat dikongsi untuk hari ini.. Selebihnya maklumat tentang pemasaran boleh dirujuk melalui buku buku yang terdapat di pasaran atau di mesin carian yang sedia ada.. Sekian.. Wassalam.. :)
sumber: Wikipedia
sumber: Wikipedia
3 ulasan:
woooww !!
businessman betullah !
bagus gak tu...bley ker ajar macam mana nak memasarkan blog
HAFIZAL
urm, sy sekadar berkongsi sedikit ilmu tentang apa itu marketing.. sy pon masih merangkak lagi dlm dunia blog ni.. pasal mcm mana nak memasarkan blog bergantung pada tuan empunya blog itu sendiri.. sama ada promote blog dkt group blogger di FB ka.. blogwalking ka.. join segmen, contest, GA dan sebagainya pon antara cara utk promote blog juga kan.. hehehe.. :)
Catat Ulasan