Ahad, 15 Mei 2011

Penyeludupan Keluar Gula Dijangka Berkurangan?

Assalamualaikum




Kenaikan harga gula kepada RM2.30 sekilogram akan melumpuhkan aktiviti penyeludupan bahan subsidi itu ke negara jiran selain dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.


Beliau berkata penyeludupan gula menerusi sempadan sehingga sukar dikawal sebelum ini adalah disebabkan perbezaan harga hampir RM1 lebih mahal di negara jiran.

"Perbezaan yang ketara itu mendorong masalah penyeludupan berlaku untuk mendapatkan keuntungan besar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk di Kampung Teratak Pulai di Bachok, hari ini.

Kerajaan baru-baru ini mengumumkan kenaikan harga gula daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram.

Bagaimanapun, ia dilapor menimbulkan kegelisahan di kalangan sesetengah penduduk Kelantan kerana gula menjadi bahan penting untuk membuat kuih, perencah masakan dan air minuman.

Awang Adek berkata kerajaan berharap rakyat, termasuk di Kelantan, dapat mengurangkan penggunaan gula untuk menjaga kesihatan.

--Bernama


sumber: Malaysiakini

Tiada ulasan:

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)