Isnin, 16 Mei 2011

4 Beranak Berjubah Samun Stesen Minyak

Assalamualaikum


RAKAMAN CCTV menunjukkan ketua ‘geng jubah’ cuba melibas parang ke arah pemilik stesen minyak di Permas Jaya, Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU: Selepas menetak kepala anak saudaranya, seorang pemandu teksi bersama tiga anak lelaki yang masih bersekolah dan bersenjatakan parang, bukan saja menyamun sebuah stesen minyak malah menyerang anggota polis yang cuba menahan mereka, di Taman Pelangi di sini, kelmarin.


Ketika lelaki berusia 49 tahun itu bersama anak berusia 14 dan 15 tahun masing-masing berpakaian jubah dan kopiah masuk menyamun empat bungkus rokok dan coklat menggunakan parang di stesen minyak di Bandar Baru Permas Jaya, anak lelaki berusia lapan tahun dengan sebilah parang pula diarah mengawal di luar.

Pada masa yang sama, isterinya, 37, dan dua anak perempuan mereka berusia 18 bulan dan 12 tahun berada dalam teksi Nissan Sentra sepanjang rompakan itu berlaku.

Mereka sekeluarga singgah menyamun stesen berkenaan ketika melarikan diri daripada polis yang sebelum itu ke rumah mereka untuk menyiasat kes tetak yang dilaporkan berlaku.

Dalam usaha mengelak sebarang kecederaan terhadap mana-mana pihak, anggota polis terpaksa mengekori kenderaan suspek sekeluarga sejauh tujuh kilometer dari Bandar Baru Permas Jaya ke Jalan Pasir Pelangi, Taman Pelangi, sebelum berhasil memujuk mereka berhenti dan menyerah diri.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 12.05 tengah hari daripada seorang pemuda berusia 25 tahun yang cedera ditetak di kepala oleh bapa saudaranya hingga terpaksa menerima empat jahitan, dalam kejadian yang berlaku di rumah suspek pada jam 9 malam Jumaat lalu.
Zainuddin berkata, semua suspek berjaya ditahan di Jalan Pasir Pelangi, Taman Pelangi, pada jam 2.03 petang, selepas polis berhasil menghentikan kenderaan dan memujuk suspek menyerah diri.




BL: peh! dasat ni.. dengan imej alim berjubah siapa sangka rupa rupanya penyamun! siyes bagi BL kes macam ni hanya mencemarkan imej Islam.. sebelum ni kes ustaz cabul pelajar la.. itu la.. ini la.. apa? memang tak dinafikan atas kesesakan hidup hari ni.. pelbagai cara yang digunakan untuk mendapatkan sesuatu.. tapi persoalannya dengan cara apa? matlamat menghalalkan cara? tak peduli halal haram! janji duit masuk poket sudah! huh!

7 ulasan:

zacky786 berkata...

hadoii ~ dunia2

Bunga berkata...

dunia..dunia..

Max Printworks berkata...

ini btoi2 bad ass ni....apa raa..

azim_3110 berkata...

haihh...tu la yang dikesalkan dengan umat Islam kini..menipu, merompak, merogol, menghisap dadah, melacur dan semua me la lagi, kebanyakannya orang Islam itu sendiri..kenapa??bukankah agama Islam 1-1nya agama yang mensyariatkan segala yang baik.. (=_=U)

my life my story berkata...

maaf. klau tk tao cter jgan nk ckp-2.

Tanpa Nama berkata...

kita klau tak tahu apape, jangan bagi alasan yang bakal mengguris hati ahli keluarga si pesalah. kita tak tahu kisah sebenar. maybe ada sebab tertentu , kerana berdasarkan laporan, si pesalah di bwh keadaan tidak stabil akalnya. harap maklum. jgn lah kita mengaibkan sesiapa, kerana kita tak tahu hari yg mendatang jika hal yg sama menimpa keluarga kita.

Tanpa Nama berkata...

dont say anything if you dont know anything about it. we never know if someday, this thing would happen to our family member.

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)