Assalamualaikum
haish! muka depan akhbar Metro hari ni.. ada lagi yang jadi mangsa simbah asid.. tak paham betul la apa motif segelintir mereka yang bertindak menyimbah asid kepada orang awam ni? gila! kali ni yang menjadi mangsa seorang pemuda di kawasan Alor Setar pula.. Muhamad Hanif Sunaid@Shuib, 25 tahun telah melecur kira-kira 50 peratus di tubuh selepas disimbah asid dihadapan rumahnya..
ALOR SETAR: “Dia meraung minta tolong di tepi jalan hampir setengah jam sambil menggelupur kesakitan kerana seluruh badan dan mukanya disimbah hampir satu baldi asid,” kata Norhanim Hamzah, 47, ibu saudara Muhamad Hanif Sunaid@Shuib, 25, yang melecur kira-kira 50 peratus di tubuh selepas disimbah asid, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, Muhamad Hanif yang bekerja sebagai pemandu lori pasir sejak tujuh bulan lalu baru pulang ke rumahnya Kampung Sentang, Utan Aji, dekat Kangar, sebelum didatangi lelaki tidak dikenali yang memberi salam sambil mengetuk pintu.
Norhanim yang tinggal berhampiran rumah mangsa berkata, Muhamad Hanif yang tidak mengesyaki apa-apa menjawab salam lalu membuka pintu sebelum lelaki terbabit menyimbah asid ke seluruh badannya termasuk muka.
“Beberapa jam sebelum kejadian, lori dipandu Hanif rosak dan dia meminta bantuan pemilik lori berkenaan datang membaiki. Selepas itu, dia pulang ke rumah dan berehat kerana ketika itu dia hanya memakai tuala, mungkin baru lepas mandi.
“Tiba-tiba ada orang memberi salam sambil mengetuk pintu. Dia yang tidak mengesyaki apa-apa menjawab salam sambil membuka pintu.
SIASAT...anggota polis menjalankan siasatan di rumah mangsa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
sumber: myMetro
10 ulasan:
pelik org zaman sekarang nie.. hurm...
@forever love
mcm2 hal skrg nih kann.. hurmmm..
kasihanya orng tu..macam2 perangai manusia ni.. tak ke dia rasa bersalah buat mcm tu kat orng lain..ish!!
takutnyer..nape leh jd mcm ni kan..mintak2 di jauhkan..sangat takut..:(
takut sngt2 nk keluar rumah.. hmm.. habiskn cuti dlm umah ja la..
ehhh..nape la cam peraigai org sekarang pelik..semoga ALLAH sentiasa melindungi kita.
@ABU
ni kes cemburu punya pasal la.. tapi mmg tak patut la bertindak sampai mcm tu sekali..
@senydream
entah la.. sejak akhir2 ni byk sgt kes2 pelik jadi.. manusia dah mcm hilang pertimbangan.. bertindak ikut suka hati aja.. hurmmm..
@MiZ Rayy
kena waspada lebih2 lagi kalau ada yg tak puas hati dgn kita.. sebaik2 nya keluar dlm kumpulan lagi baik..
@bunga
itu lah yg kita harapkan.. semoga kita sentiasa dilindungi Allah S.W.T.. insha'Allah.. :)
Catat Ulasan