Assalamualaikum
Big Show
Jangan mudah merasa rendah diri jika kamu termasuk dalam kategori lelaki berbadan gemuk. Ini kerana kebanyakan lelaki yang memiliki badan agak berisi, gempal, atau gemuk dikatakan lebih setia jika dibandingkan dengan lelaki berbadan kurus & sederhana. Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah pertubuhan di Jerman baru-baru ini.
Soal selidik tersebut yang dilakukan terhadap 1000 orang lelaki Jerman berusia antara 31-69 tahun. Setiap responden ditanyakan soalan tentang tarikan mereka terhadap seksual. Hasilnya, didapati 23% lelaki yang termasuk dalam kategori memiliki berat badan ideal mengakui bahawa mereka tertarik untuk bersikap curang. Sedangkan lelaki dalam kategori berat badan berlebihan hanya 11% yang tertarik untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka. Manakala, 19% lelaki yang memiliki berat badan kurang atau terlebih kurus akan bersikap curang terhadap pasangannya.
Justeru itu, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa lelaki gemuk apabila jatuh cinta, akan lebih memilih untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius & bersedia member komitmen jika dibandingkan untuk mencari bersikap curang.
Selain itu, perut berotot yang dimiliki lelaki atau sering disebut dengan istilah ‘ six pack’, ternyata tidak menjadi perkara utama untuk menarik perhatian wanita. Kumpulan penyelidik dari University of Queensland, Australia membuat kesimpulan tersebut dari pemerhatian terhadap iklan yang menampilkan bentuk tubuh lelaki. Tanggapan penyelidik terhadap tubuh lelaki berotot sama sahaja dengan iklan yang menonjolkan tubuh lelaki memiliki ukuran rata. Para responden yang terlibat dalam soal selidik itu, memberikan tahap sama pada lelaki bertubuh sedikit berisi, ramping & berotot.
Phillippa Diedrichs, seorang penyelidik mengungkap promosi iklan tidak perlu terlalu menekan pada otot yang kuat & perut berotot. Hasil kajian ini telah menjadi bahan perdebatan di antara pihak media tentang bentuk tubuh lelaki paling sempurna. Malah, hingga kini secara khusus telah memberi gangguan pola pemakanan di kalangan wanita muda.
Diedrichs menunjukkan contoh iklan jeans, barangan rawatan kulit & pewangi tubuh yang menggunakan model lelaki berotot kini sudah mencecah lebih dari 600 golongan remaja lelaki. Hasilnya memang para remaja member kesan positif terhadap iklan yang menggunakan lelaki berotot. Tetapi, faktanya iklan yang hanya menonjolkan produk lebih efektif dari apa yang dibawakan oleh model tersebut.
“Beberapa responden beranggapan bahawa model lelaki berotot menunjukan imej homoseksual. Imej tersebut bagi mereka mungkin tidak menyenangkan,” kata Diedrichs, seperti diperoleh dari Times Of India. Hasil kajian Diedrichs pada tahun 2008 menunjukkan bahawa model lelaki memiliki tubuh berisi atau gemuk sama kesannya dengan model langsing. Dan ini telah mematahkan prinsip industry yang menganggap model berisi ‘tidak boleh dijual’.
p/s: hurm.. apa pandangan korang pula pasal artikel ini.. bagi aku ini hanya sekadar kajian aja kan.. kalau gemuk sangat pon tak elok juga.. karang banyak penyakit pula.. apa apa hal ikut pada citarasa masing masing.. asal bahagia bersama pasangan masing masing sudah.. tidak kisah lah sama ada gemuk atau kurus kan.. tapi aku lagi prefer badan kurus la.. haha! ;p
22 ulasan:
kesimpualnny..tak payah g gym untuk buat six pack..haha..
setuju sangat. ni kajian je..
kurus ke gemuk ke.. masing2 ada tarikan tersendiri..
and cik pulau prefer kurus gak.. lalala~ ^^,
hurmm.. personally, sy rasa kalau bdn berisi tu takpe asalkan sihat.. sbb kdg2 saiz tubuh ni suatu yg subjektif. boleh jd seseorang tu bersaiz besar sbb mmg genetik die saiz bulat2..tp penyakit kronik mmg tak ade. kalau bab2 relationship ni, sy xtau la sgt, yg ptg kan semua org dah diciptakan pasangan masing2, tak kira saiz ape pon.. heeee
@nazrul ashraff
haha!
@cik pulau
hehe~ ;P
@Si DauN CeRi
huhu~ yup.. mmg x dinafikan.. ada juga yg bdn besar disebabkan genetik.. but still masih lagi sihat.. takda apa2 penyakit.. kadang2 yg kurus pon ada mcm2 penyakit jugak.. tapi segelintir aja la kan.. btw setiap pasangan ada citarasa tersendiri.. asal masing2 bahgia sudah kan.. :)
based on my observation agak tepat lah...but then everybody got their own taste...=) just respect
wah interesting en3...i like...=)
minta izin utk share serba sedikit ttg en3 ni...tikiu very much...=)
@jia
yeah! masing2 ada citarasa tersendiri.. urm, amik la takda hal.. heee~ ;)
tq tuan belog...=)
bro.. beh tu kalau aku nak setia aku kena jadi gemuk ng gempal cket la ni.. :p
errr... kalau buncet?
kalau masa bercinta kurus..dah kawen nnt gemok..cemaner pulak?
keh2
anda ditag:
http://islandgurlz88.blogspot.com/2011/03/jom-terjah-bloglist-mas.html
@fRaMe+LenSeS
haha! cuna ang try tgok bro jadi lagu mana.. mana tau kot betoi ka teori mat saleh ni kan.. ;p
@Chieda Hafiz
urm.. maybe lebih kurang ja kot.. haha!
@Nasuha Salleh
haa.. tu tandanya hati senang.. terlebih kasih syg kot.. lalala~ ;p
@cik pulau
maceh sbb tag ye.. :)
@jia
same2.. :)
saya tak gemuk..tp saya comeylll...wink2...
@Mohd Sukur Ibrahim
haha!
ad entry ttgk kamu , jom view ! :D
http://fidoodidooo.blogspot.com
@sri juju
huhu~ thanks :)
Catat Ulasan