Assalamualaikum
semalam akhbar kosmo memaparkan berita bahawa seorang Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh menyatakan bahawa amalan akad nikah di masjid merupakan amalan Kristian kerana menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah.. sini.. namun sebenarnya penggunaan masjid sebagai tempat untuk upacara akad nikah tidak bertentangan dengan Islam dan boleh diamalkan selagi ia mengikut peraturan ditetapkan agama.. menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata ia juga memudahkan imam masjid menjalankan upacara itu selain menjadi perantara untuk menyebarkan dakwah apabila ramai yang datang ke masjid untuk menjalani akad nikah.. berita penuh.. sini..
sumber: berita harian
hurm.. tak pasti la apa maksud tersirat yang cuba disampaikan oleh ahli Majlis Fatwa Perlis ni bahawa amalan akad nikah di masjid merupakan amalan Kristian kerana menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah? sebab jika tidak dijelaskan secara terperici tentang isu ini akan menimbulkan keraguan.. tapi yang pasti sebenarnya tidak salah untuk akad nikah di masjid.. kerana hukum akad nikah itu sah dilakukan dimana sahaja termasuk masjid.. maka akad nikah di masjid tidak dilarang dan kita tidak boleh mengatakan sama ada akad nikah itu adalah sunnah ataupun afdal.. hal ini kerana tidak ada dalil yang sah dari al-quran dan sunnah.. jadi apabila Rasullullah S.A.W. pernah menikahkan seorang wanita yang datang ke masjid.. maka di sini hukum akad nikah di masjid adalah menjadi harus.. bukannya sunat ataupun haram.. namun untuk masakini.. adalah lebih baik sekiranya akad nikah itu diadakan di rumah perempuan.. hal ini kerana lebih mendekati sunnah dan dapat mengelakkan pelanggaran adab yang berlaku di dalam masjid.. seringkali, apabila berlaku akad nikah di masjid.. terdapat yang mendedahkan aurat, bergaul bebas, tidak solat tahiyatul masjid.. dan tidak kurang juga yang merokok, berada di dalam keadaan berhadas besar (contohnya Haid bagi perempuan) kemudian diiringi hilai tawa dan percakapan sia-sia dalam masjid.. sebaik diakad nikah, pasangan melakukan acara membatal wuduk di dalam masjid.. jika di rumah kan lebih bagus? itu belum termasuk, sebaik di akad nikah, suami isteri terus bersalaman tidak kira mahram atau tidak.. kerana orang-orang yang hadir ke majlis itu belum dikenali status hubungannya.. maklumat lanjut.. sini..
boleh juga merujuk tentang isu ini disini..
p/s: semoga segala kekeliruan tentang isu akad nikah ini akan terjawab.. :)
4 ulasan:
ha..??
@pijahh
nape??
konpius da aih . hhahhaa
@nadh
sebenaqnya macam ni bro.. apa yg aku paham tak salah nak akad nikah dekat masjid ni.. cuma kena jaga batas ja.. cuma seelok2nya akad nikah dibuat kat rumah perempuan.. hehe.. ;)
Catat Ulasan