Assalamualaikum
Selamat malam dan salam sejahtera kepada pembaca blog Budak Logam. Hurm, seperti mana tajuk di atas entry kali ini adalah berkaitan dengan isu rokok. Jika isu lelaki merokok memang sudah menjadi kebiasaan. Tapi bagaimana pula persepsi anda terhadap golongan wanita yang merokok?
Tahukah anda bahawa lebih ramai remaja wanita yang berumur diantara 13 hingga 15 tahun di negara ini mula merokok sehingga jumlah perokok di kalangan mereka berada pada tahap membimbangkan hanya kerana terpengaruh dengan budaya Barat dan ingin menjadi 'cool'. Persoalannya 'Cool' ke wanita hisap rokok?
Pertumbuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membuktikan melalui Kajian Tembakau Remaja Global yang menunjukkan jumlah perokok remaja wanita di negara ini meningkat dari 4.2 peratus pada tahun 203 kepada 5.3 peratus pada 2009, manakala remaja wanita yang pernah merokok juga menunjukkan peningkatan iaitu dari 11.5 peratus pada 2003 kepada 12.4 peratus pada 2009.
Kebanyakan mereka ini terpengaruh dengan budaya Barat, filem, Laman web dan Internet, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
“Kita lihat trend ini membimbangkan. Jadi, saya ingin menekankan seseorang itu lebih ‘cool’ jika tidak merokok kerana mereka mementingkan kesihatan. “Jangan terpengaruh dengan iklan, filem atau mana-mana media yang menyebarkan maklumat tidak tepat, kami nak tukar trend ini dan mereka boleh menyertai pelbagai program yang disediakan,” katanya.
sumber: myMetro
9 ulasan:
bkn wnita jer.. lelaki pn x cool bile hisap rokok ..!!
zacky786
hehehe.. betul2.. udah2 la hidap menda tu.. baik simpan duit utk keperluan diri sendiri & family lagi baik..
x cool langsung... nampak teruk ada la...
salam, risau...risau...remaja perempuan yg merokok semakin meningkat.
huhu..nampak dalam paper semalam..
first impression :
"pompuan huduh lar hisap rokok.."
nak meniru laki sangat..tapi tak sesuai dengan fitrah wanita yg sepatutnya penuh kelembutan...huhuh
semua xcoll laki ke pompuan ke..semua xcool..haaa
wohhh.. Datuk Seri Liow comel sebut 'cool'...:D
risau nak didik anak masa depan, dengan gejala sosial yang makin menjadi2 ni..
katakan TIDAK pada ROKOK..x COOL langsung hisap rokok..huhuh.. tambah penyakit lagi ade lar.. :P
lelaki yg smoke pun saya xberkenan, apatah lagi perempuan. seriously, anybody who smokes is not COOL at all. lagi2 yg isap rokok dalam bas mcm pos lam blog nie:
http://jannahheaven.blogspot.com/2011/08/curb-your-smoking-habit.html
Catat Ulasan