Jumaat, 24 Jun 2011

Laman Sesawang Muat Turun Percuma Akan Disekat

Assalamualaikum


Selamat petang dan salam sejahtera kepada pembaca blog Budak Logam. Hurm, BL pasti ramai sudah maklum bukan tentang isu SKMM membuat sekatan terhadap 10 laman sesawang perkongsian fail baru baru ini. "Sini" Atas tindakan tersebut juga timbul isu dimana beberapa laman sesawang Kerajaan digodam oleh satu kumpulan yang dikenali sebagai "Anonymous" bukan. Kemungkinan besar selepas ini keseluruhan laman sesawang untuk muat turun secara percuma akan disekat sebagai langkah untuk mencegah aktiviti cetak rompak yang semakin berleluasa kini.



ISU cetak rompak yang membelenggu karya seni tempatan umpama barah yang tiada penawar. Permasalahan ini berterusan tidak kira produk muzik atau filem menjadi mangsa pada pihak tidak bertanggungjawab.

Jika suatu ketika dulu, cetak rompak hanya membabitkan filem atau album lagu tiruan, kini selari dengan perkembangan teknologi maklumat, muat turun lagu secara haram di Internet makin berleluasa.

Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Norman Abdul Halim berkata, masalah ini perlu dibendung lebih serius dengan usaha kerajaan melakukan sekatan pada laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan pada pengguna untuk dimuat turun lagu tempatan secara percuma.

Katanya, peranan RIM mengadakan sidang media khusus ini sebagai tanda sokongan persatuan terhadap usaha kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap penjenayah alam siber ini.

“Kami mohon kerajaan melakukan sesuatu terhadap kewujudan laman sesawang ini kerana masalah yang berlaku memberi kesan pada pembangunan industri hiburan.

“Tidak dinafikan perkembangan jalur lebar begitu pesat dan ia memberi cabaran pada penggiat seni berdepan masalah seperti cetak rompak.

“Ketika ini, Akta Hakcipta masih dalam pindaan menerusi bacaan kedua di Parlimen. Begitu juga, satu arahan dikeluarkan SKMM pada minggu lalu untuk menyekat bahan hiburan secara haram ini.

“RIM sendiri ada membuat aduan terhadap laman sesawang, jiwang.org agar ia disekat. Apa yang dilakukan laman web ini sebenarnya satu bentuk penganiayaan dan menjadi mangsa adalah artis sendiri,” katanya.

Norman berkata, selepas arahan dikeluarkan wujud beberapa pihak menentang termasuk kumpulan Anonymous disertai 12,000 pengguna di facebook. Apa yang membimbangkan, kumpulan ini bermatlamat menggodam laman web milik kerajaan sebagai tanda protes.

“Di luar negara seperti Belgium, Kanada, Perancis dan Itali, usaha menyekat ini sudah lama dilakukan. Jika kita memulakan langkah ini, bermakna kita menjadi negara Asia pertama yang mengambil inisiatif ini.

“Ada laporan yang kami baca, usaha sebegini dikatakan melanggar hak asasi manusia tetapi RIM mahu rakyat negara ini faham apa yang dilakukan bukan atas alasan itu.

“Saya percaya jika kita mahu menjadikan negara ini berpendapatan tinggi, inilah caranya kita harus menyekat laman sesawang ini. Kewujudan laman sesawang seperti ini mengakibatkan kerugian pada negara.

“Setakat ini kita hanya mendapat perolehan pendapatan sebanyak RM100 juta berbanding RM300 juta setahun pada 1996. Sepatutnya negara kita terus maju dan lagu tempatan bukan lagi dimuat turun percuma,” katanya.

Dari 84 laman sesawang yang menyediakan produk tempatan ini, 10 laman sesawang dikenal pasti terbabit dalam masalah cetak rompak ini. Buat masa ini, laman sesawang jiwang.org masih belum disekat.

“RIM tidak tahu bila sekatan ini akan dilakukan dan cadangan mengenakan tindakan pada pengguna ini dikenali ‘3 Steps Rule’ sudah digunakan negara luar seperti Perancis, Korea Selatan dan New Zealand. Pengguna ini diberi peringatan pertama dan kedua seterusnya disekat perkhidmatan jika terus berdegil,” katanya.

Pada acara itu, hadir sama beberapa rakan artis yang menyatakan sokongan antaranya komposer Ad Samad, penyanyi Ana Raffali, pelakon Lisa Surihani dan Produser Metrowealth (MIG) Pictures, David Teo.


sumber: myMetro


BL: Hurm, apa pandangan korang tentang isu ini? Wajarkah laman sesawang muat turun percuma disekat?

2 ulasan:

fRaMe+LenSeS berkata...

ahh busan.. tadak makna la dok dapat unifi pa suma tu. donlod pn sekat.. arrgghh

Udin berkata...

Nadh

hahaha.. kalau betui2 kena sekat aku antara org pertama yg demam kot.. baik tak payah pakai unifi ka.. apa ka.. kalau tak leh sedut kan.. hahaha.. (ketawa dlm tangisan.. huhuhu)

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)