Assalamualaikum
SEORANG wanita menelan ikan mengandungi herba secara hidup-hidup mengikut kaedah ‘rawatan ikan’ di Hyderabad. - Foto AFP
Fenomena pelik tapi benar. Beribu-ribu penghidap asma percaya bahawa dengan menggunakan pendekatan luar biasa iaitu menelan ikan mengandungi herba rahsia secara hidup-hidup dapat mengubati penyakit asma mereka.
Demi untuk menjalani perubatan itu yang diberi oleh keluarga Goud, penghidap lelah sanggup datang dan berbaris panjang ke kota Hyderabad di selatan India dan berbaris panjang.
Fenomena itu hanya berlaku pada bulan Jun setiap tahun kerana hari rawatan berkenaan ditentukan oleh tukang tilik nasib. Keluarga Goud mendakwa, mereka memperoleh formula rahsia itu daripada seorang sami Hindu 170 tahun lalu dan menolak permintaan doktor untuk mendedahkan kandungan herba berkenaan atas alasan keberkesanan rawatan akan terjejas jika ia dikomersialkan.
Selepas menelan ikan bercampur herba itu hidup-hidup, penghidap asma terbabit akan memulakan diet makanan yang khusus selama 45 hari.
Diet itu membabitkan 25 jenis makanan berbeza termasuk daging kambing, nasi, gula, buah mangga kering dan bayam.
Mereka juga perlu mengelak daripada makan makanan yang digoreng serta mengulangi pendekatan rawatan itu dalam tempoh dua tahun.
Cara rawatan ikan itu bagaimanapun dikecam oleh saintis, doktor dan pertubuhan tempatan yang menyifatkannya tidak ada nilai ubat selain bukti saintifik mengenai keberkesanannya namun, dinafikan ahli keluarga terbabit.
“Ada kajian membuktikan kaedah rawatan kami tiada salah dan berdasarkan pendekatan tradisi,” kata Harinath Goud. – Agensi
sumber: Berita Harian
1 ulasan:
macam-macam hal..
jnji sembuh sudah..
AHAHAHAHHAAHHAHAHAAH
Catat Ulasan