~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Selasa, 7 Jun 2011

Mengapa Wujud Istilah Bosan?

Assalamualaikum




Bosan! Bosan! Bosan! Hurmm.. Seringkali ungkapan ni digunakan di saat kita tidak tahu melakukan apa apa bukan? Lebih lebih lagi ketika keseorangan.. Rasa tak tentu arah jadinya bukan? Buat itu tak kena.. Buat ini tak kena.. Hurmm.. Mengapa wujud istilah bosan ni dalam hidup kita?




"Bosan la begini, asyik buat benda sama je."

"Amirul, keluar jom. Bosan la lepak rumah."

Kalimah 'bosan' seringkali digunapakai dalam kehidupan manusia sekarang untuk menggambarkan perasaan seseorang yang jemu dengan cara hidup yang dihadapi.

Tetapi, hakikatnya kalimah 'bosan' itu hanya wujud dalam kamus hidup manusia yang kosong jiwanya, malah lebih teruk manusia yang menjadi hamba kepada budaya hedonisme. Hidup terasa kosong apabila tiada hiburan yang melalaikan menjadi teman.

"Bosannya, internet buat hal la pulak. Banyak la notification nanti tak terbalas."

"Ala, hujan lagi. Sekejap lagi mula la astro buat hal. Melepas tengok Jozan buat lawak."

Bagi mereka yang kaya jiwanya, mereka akan terus sibuk dan sibuk mengimbangi amalan dunia dan bekalan di akhirat sehingga masa yang ada bagaikan tidak mencukupi bagi mereka. Seringkali mereka berjuang menggunakan setiap detik waktu yang masih bersisa mengabdikan diri kepada Tuhan.

Ingatlah, setelah dilahirkan ke dunia, kita diamanahan dengan misi yang penting. Kitalah hamba, dan kita jualah pemimpin.

Firman Allah:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." [al-Baqarah : 30]

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. [al-Dhariyat : 56]

Dua misi ini yang akan terus membuatkan kita berasa sibuk dan terus sibuk, sehingga kita tidak punya masa untuk merasa bosan dalam hidup. Berusahalah menghapuskan perkataan 'bosan' dalam kamus kehidupan seharian kita dengan mengabdikan diri kepada Allah dan mengimarahkan bumi Allah dengan menjadi khalifah yang soleh dan solehah. Insya-Allah..


5 ulasan:

berita sengsasi berkata...

tq info yg bagus..

M Fizan berkata...

betul2..tujuan utama kita lahir ke dunia nie untuk beribadat kepada Allah :)

bunga berkata...

betull..bosan bila jiwa kosong..:)

Nisa' berkata...

Ohh, snapped!

Fariz Danial berkata...

nice2 info.. aku suka baca post macam ni walaupun kopi pes..


anyways, nice entry =]

Maksud sebenar "Lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal"
► Play. ▌▌Pause.

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)