~> KONSERT TERHANGAT DI PASARAN <~

Isnin, 13 Jun 2011

Wanita Solek Demi Pikat Rakan Sejantina?

Assalamualaikum




Selamat malam dan salam sejahtera pembaca blog Budak Logam. Entry kali ini adalah berkaitan dengan berdandan atau dalam istilah lain mekap atau solek. Bila sebut aja tentang mekap tentu berkaitan dengan golongan wanita, kerana boleh dikatakan wanita akan menghabiskan berjam-jam di hadapan cermin untuk bersolek bukan? Persoalannya untuk siapa mereka bersolek? Mesti untuk menarik perhatian golongan lelaki bukan? Tapi, percayakah anda sebenarnya tujuan golongan wanita bersolek adalah untuk menarik perhatian rakan sesama jantina?



Satu kajian telah dibuat dimana melalui kajian tersebut mendapati pendapat bahawa wanita menghabiskan berjam-jam di hadapan cermin semata-mata untuk menarik perhatian golongan lelaki adalah tidak benar, sebaliknya mereka berdandan untuk menarik perhatian rakan sama jantina.

Satu kajian terhadap 2,000 orang oleh jenama penjagaan kulit Simple mendapati dua pertiga berpakaian cantik untuk mendapatkan pujian daripada wanita lain manakala enam daripada 10 orang berusia antara 18 hingga 30 tahun, berkata mereka lebih banyak memikirkan mengenai rakan wanita apabila memilih apa yang hendak dipakai.

Lebih satu pertiga berkata pujian sebenar yang diperoleh adalah daripada rakan wanita yang mereka kenali dan bukan daripada golongan lelaki.

“Ada satu tanggapan bahawa wanita berdandan untuk menarik perhatian jantina bertentangan tetapi kajian ini mendedahkan bahawa ia bukanlah perkara sebenar,” kata Daily Mail yang memetik seorang jurucakap Simple.

“Fakta bahawa ramai wanita mengambil berat mengenai apa yang difikirkan rakan wanita mengenai penampilan mereka adalah semula jadi.

“Secara keseluruhan, wanita lebih mengetahui apabila ia membabitkan pakaian, solekan dan gaya, jadi ia bukanlah satu kejutan bahawa wanita berdandan untuk menarik perhatian wanita lain berbanding lelaki,” kata jurucakap terbabit.

Dalam kajian terbabit, lebih separuh wanita berkata mereka tidak pernah berdandan semata-mata hanya untuk menarik perhatian seorang lelaki manakala 22 peratus berpendapat bahawa pandangan seseorang lelaki langsung tidak penting bagi mereka.

Sejumlah 48 peratus wanita pula sebenarnya lebih suka untuk mendapatkan satu pujian daripada seorang wanita yang tidak dikenali berbanding seorang lelaki.

“Penampilan ternyata amat penting bagi wanita, mereka mahu sentiasa kelihatan menarik sepanjang masa.

“Ia lebih baik mengetahui bahawa wanita lebih suka menarik perhatian rakan sesama jantina dan ia langsung tidak ada kaitan dengan jantina bertentangan,” kata jurucakap Simple terbabit. – Agensi


sumber: Berita Harian

6 ulasan:

cik pulau berkata...

eh yeke..
hahaha..tak suka makeup..
biasanya just pakai bedak johnson je..
haihh.. tak reti nak makeup...
ada gak org macam cik pulau ni kan..lalala~

mushroom berkata...

hehe igt kn les td :P

bunga berkata...

hahahha.xtau..sbb bunga lebih suka hanya berbedak n pakai lip balm..xsuka mekap2..rimas..hahah..

Chempaka Aziz berkata...

org perempuan ni suka buat xperimen.bermain color,pasal tu suka bermekap.apa-apa pun terpulang kepada niat diri msg2 tatkala mula mengenakan makeup di wajah. untuk apa dan kepada siapa...

azana berkata...

cam 2 ekkk.... pelik jugakkk 2...

eQin_BaD berkata...

mybe sbb nk bersaing kot.. sbb 2 mekap berjam-jam

~> JURI AWAM <~

Get this widget

~> GENRE <~

Berita (95) Artikel (87) Perasaan (87) Santai (46) Renungan (40) Segmen (38) Informasi (35) Lawak (32) Aku (25) Isu (17) Muzik (14) Blog (13) Hukum (13) Pendapat (13) Kisah (12) Maharaja Lawak (12) Maharaja Lawak Mega (12) Ramadhan (10) Tokusatsu (10) Bloglist (9) Lirik (9) Tip (9) Puasa (7) Sukan (6) Band (5) Filem (5) Laman Sesawang (5) Misteri (5) Raya (5) Tahun Baru (5) Aidilfitri (4) Anime (4) Facebook (4) Kerjaya (4) Review (4) Tokoh (4) Yahudi (4) Gusti (3) Hari Lahir (3) Iklan (3) Petua (3) Seram (3) Teka Teki (3) Doa (2) GA (2) Kempen (2) Kesihatan (2) Motivasi (2) Penyakit (2) Seni Bela Diri (2) Tag (2) Tarikh (2) Aidiladha (1) Contest (1) Drama (1) Illuminati (1) Maal Hijrah (1) Manga (1) Merdeka (1) Mukadimah (1) Nuzul Al-Quran (1) Perkenalan (1) Raja Lawak (1) Resepi (1)